Berkali-kali mencuba untuk hamil namum usaha itu masih juga tidak membuahkan hasil. Lama-kelamaan semangat juang semakin berkurangan malah perasaan bosan mulai menerjah. Apatah lagi adik-beradik mahupun saudara-mara mulai bertanya perihal cahaya mata kepada anda dan pasangan. Tekanan mahu hamil, semakin dirasai. Bagaimana mahu mengurangkan tekanan anda itu? Cuba beberapa kaedah yang boleh mendatangkan sikap positif dalam diri.
Belajar Redha
Dalam sesetengah kes, keinginan pasangan yang terlalu mengharapkan kehadiran cahaya mata kerap kali menemui jalan buntu. Seandainya diteliti dengan lebih mendalam, ternyata mereka sedang berhadapan dengan masalah tekanan. Apabila dilanda tekanan, tubuh isteri menghasilkan hormon-hormon stres yang menghalang ovulasi. Komposisi hormon LH (luteinizing hormone) dan FSH (follicle stimulating hormon) menjadi tidak seimbang sehingga mengganggu jadual menstruasi. hasilnya, sel telur tidak disenyawakan.
Sebaik-baiknya, belajar menjadi redha. Ia tidak bermaksud berputus asa hingga tidak mahu berusaha untuk mendapatkan anak. Cara yang terbaik adalah anda dan suami masih meneruskan hubungan intim tatkala waktu subur, menjalani kehidupan yang sihat, tidak merokok, tidak mengambil minuman keras, mengambil makanan seimbang dan melakukan senaman secukupnya.
Tenangkan Diri
Berzikir adalah satu bentuk latihan mengendalikan diri serta menghilangkan perasaan dan fikiran negatif yang ada dalam diri. Sikap tenang ini membantu anda dan pasangan untuk redha. Secara tidak langsung, anda akan terbiasa dengan keadaan tanpa kehadiran cahaya mata yang tidak kunjung tiba.
Tidak Menyalahkan
Dalam hal ini, anda tidak boleh menyalahkan suami atau menuduh isteri mandul. Tidak salah sekiranya anda belajar untuk mencari perkara positif yang ada dalam diri pasangan anda. Cari jalan penyelesaian punca ketidaksuburan yang dialami oleh pasangan.
Bulan Madu Sekali Lagi
Aktiviti ini boleh mengembalikan keromantisan dalam hubungan suami isteri. Pastikan ia benar-benar bulan madu antara anda dan pasangan. Jangan sesekali anda memikirkan untuk hamil saat menikmati bulan madu ini. Laluilah saat romantis itu bagaikan sepasang pengantin baru yang diijabkabulkan.
Mencuba Posisi Baru
Belajar untuk mencuba posisi baru ketika melakukan hubungan intim. Jangan malu untuk mencuba sesuatu yang baru, berfikiran terbukalah dengan pasangan anda. (pelajari 102 posisi hubungan intim). Disamping itu, boleh juga mencari lokasi yang berbeza daripada biasa untuk menimbulkan keghairahan antara anda dan pasangan.
Niat Yang Jujur
Apabila isteri tidak juga hamil setelah mendirikan rumahtangga bertahun lamanya, jangan sesekali suami menduakan isterinya. Elakkan mengunjungi kelab malam dan mengambil minuman keras. Ia akan merendahkan mutu sperma. Amalkan niat yang jujur dengan menyayangi dan mengasihi pasangan masing-masing walau dalam apa juga ujian yang sedang dialami.
Ambil Anak Angkat
Ketidakhadiran anak tidak bermakna, kehidupan rumahtangga anda akan berakhir. Anak adalah pelengkap, namum bukan semua orang dapat memperolehinya. Setelah berusaha dengan berbagai cara namum belum diberi keizinan dari Yang Esa tidak salah untuk anda mencuba mendapatkan anak angkat lalu mencurahkan sepenuh kasih sayang terhadapnya.
Kaedah Untuk Hamil

- Berjumpalah doktor, doktor akan memberikan ubat kesuburan dan anda boleh hamil secara semulajadi.
- Hamil secara semulajadi. Doktor membantu dari segi mengatur jadual perhubungan intim, pemantauan USG iaitu sewaktu subur, pasangan akan diberikan makanan tambahan vitamin E untuk kesuburan sperma.
- Melakukan permanian berhadas. Kaedah ini membolehkan peluang kehamilan mencapai sehingga 25 peratus.
- Mencuba kaedah bayi tabung uji. Peratusan untuk hamil adalah 28 peratus.
- Disamping itu memperbanyakkan ilmu pengetahuan dengan membaca buku-buku panduan serta risalah mengenai cara-cara untuk hamil. Disini terdapat dua bahan bacaan yang sangat berguna untuk dijadikan panduan (Rahsia Mudah Hamil / Panduan Untuk Hamil)
No comments:
Post a Comment