Selalu juga bakal yang ibu datang ke klinik memberitahu mereka tidak pasti bilakah tarikh haid yang lalu. Ini bermakna mereka tidak pasti usia kandungannya berapa minggu. Cara yang terbaik ialah dengan membuat imbasan ultrabunyi. Saiz bunyi akan menyatakan berapakah ukuran atau umurnya. Cara tradisional yang boleh digunakan ialah dengan merasa saiz rahim dengan tangan. Rahim biasanya, tidak dapat dikesan kerana terlindung di bawah tulang pubis. Tetapi, rahim boleh dikesan sebaik sahaja berusia 12 minggu dan melepasi tulang pubis. Apabila rahim mencecah paras pusat, bayi berumur 20 minggu. Jika rahim menjangkau tulang dada dapatlah diketahui bahawa bayi sudah berusia 34 minggu. Tempoh kehamilan yang tepat ialah sekitar 38 hingga 42 minggu.
Kadangkala, ada juga bayi yang dilahirkan ketika usianya baru mececah 28 minggu. Keadaan ini disifatkan sebagai kelahiran yang sangat pramatang (extreme prematurity). Sementara kelahiran bayi pada minggu 36 dan 37 pula, dianggap kelahiran pramatang yang sederhana (borderline prematurity).
Perkara ini mesti diberi perhatian kerana berkait rapat dengan kemampuan bayi untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di luar rahim ibunya nanti. Semakin pramatang bayi tersebut, keadaan menjadi semakin sukar buatnya kerana fungsi sistem dan organ dalam badan masih belum bersedia.
Biasanya, bayi yang dilahirkan pada minggu ke 36 dan seterusnya memiliki peluang lebih baik untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, berbanding bayi yang lahir pada minggu ke 28. Sebabnya, sistem pernafasan, fungsi hati, perkembangan fizikal, urat saraf, sistem Urojenital dan kulitnya masih belum matang.
Beberapa dekad dahulu, kelahiran pada minggu ke 28 biasanya berakhir dengan kematian. Namum, sejak 20 tahun lalu, teknologi dan pengetahuan mengenai aspek penjagaan bayi pramatang telah berkembang dengan pesatnya.
Malah, sudah wujud pusat-pusat khas rawatan yang berjaya menyelamatkan nyawa bayi, walaupun dilahirkan pada usia 23 minggu. Tanpa rawatan khas, risiko kematian menjadi lebih tinggi. Jesteru jika kelahiran bayi pramatang dapat dicegah atau dikurangkan sama ada menerusi ubat-ubatan dan kaedah rawatan, pastinya jumlah kematian dapat diturunkan.
Malangnya tidak semua punca kelahiran pramatang diketahui, menyebabkan langkah-langkah pencegahan (intervensi) sukar dirancang. Namum, begitu sebahagian besar kelahiran pramatang kini dapat dihindarkan melalui aplikasi ubat-ubatan tertentu.
Punca Kelahiran Pramatang Berlaku
Tiada jawapan konkrit untuk menjelaskan kenapa kes ini berlaku. Dipercayai bahawa pecahan pada lapisan amonion yang terjadi lebih awal (premature rupture of membrane) dan kontraksi otot rahim (uterine contraction) dilihat antara penyebab kepada kelahiran bayi pramatang.
Ada juga sebahagian besar bakal ibu kerap melahirkan janin trimester kerana bahagian servik yang tidak kuat (cervical incompetence). Masalah itu boleh dirawat melalui pembedahan menguatkan servik, demi mencegahnya daripada berulang pada masa akan datang.
Pengidap darah tinggi (pre-eclamptic toxaemia) atau uri ibu berada di tempat kurang sesuai (placenta praevia) merupakan antara individu yang sering melahirkan bayi pramatang. Dalam sesetengah kes, uri terkoyak dari dinding rahim (abruptio placenta) dan menyebabkan pendarahan. Jika situasi ini berlaku terlalu awal, bayi yang dilahirkan itu mungkin pramatang.
Kadangkala, bayi sendiri yang terpaksa dilahirkan lebih awal. Misalnya disebabkan oleh 'Rhesus Isoimmunisation', di mana sel-sel darah merah janin pecah dengan cepat dan mengakibatkan antibodi ibu masuk ke dalam peredaran darah janin.
Mempercepatkan Kelahiran Bayi
Biasanya, sakit bersalin akan bermula dengan spontan tanpa paksaan. Pada kehamilan normal, bayi menentukan tarikh lahirnya sendiri yang lazimnya berlaku sekitar tarikh jangkaan kelahiran (EDD). EDD dikira mengikut hari pertama haid yang terakhir dicampur dengan sembilan bulan tujuh hari, menjadikan tempoh penuh bagi kehamilan selama 40 minggu. Walaupun demikian, bayi dianggap sudah cukup bulan apabila mencapai tempoh 37 minggu kehamilan.
Bagi mereka yang haidnya tidak teratur dan menyebabkan percantuman benih agak lambat, kiraan EDD ini akan berganjak sedikit. Risiko membiarkan bayi terus berada dalam rahim sehingga melebihi tarikh jangkaan lahir (EDD) ialah uri mungkin rosak. Jadi, fungsinya untuk membekalkan oksigen dan makanan kepada bayi akan terjejas. Masalah ini boleh mengakibatkan kadangkala berlakunya bayi mati sebelum bersalin, bayi lemas atau terus meninggal dunia ketika proses bersalin.
Mengapa kita perlu mempercepatkan kelahiran sesetengah bayi? Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:
1. Ibu mengalami penyakit darah tinggi atau Toxemia kandungan (pre-eclampsia) yang biasanya bermula ketika usia kehamilan mencecah 7 bulan. Ketika itu, fungsi uri terganggu mengakibatkan bekalan oksigen serta makanan kepada bayi terjejas dan mengganggu proses pertumbuhannya. Atas alasan itu, bayi perlu dilahirkan dengan cepat bagi mengelakkan risiko mati dalam perut.
2. Bayi juga akan menghadapi risiko mati dalam perut, sekiranya ibu yang mengidap penyakit kencing manis dan kesihatan dirinya kurang stabil. Paras glukosa dalam darahnya tidak dapat dikawal dengan ubat dan air kencing mengandungi gula. Maka, bayi selalunya menjadi terlalu besar melebihi kadar pertumbuhan yang normal dan boleh menyulitkan kelahiran. Mengikut amalan biasa, adalah lebih baik dan selamat jika bayi dilahirkan sebelum cukup bulan iaitu sekitar 37 minggu kehamilan.
3. Penyakit yang dihidapi oleh ibu hamil seperti sakit jantung, kurang darah (anemia) atau keadaan yang tidak diketahui puncanya boleh menyebabkan pertumbuhan bayi terjejas. Keadaan ini membuatkan uri menjadi rosak dan menjejaskan fungsi untuk membekalkan oksigen serta makanan kepada bayi.
bayi yang terbantut pertumbuhannya, dapat dikesan melalui berat ibu yang tidak meningkat, terutamanya apabila kehamilan masuk bulan kelapan. Pertambahan berat biasanya berlaku sekitar 10 hingga 12 kilogram. Jika berat ibu sama sahaja, ia menjadi petanda pertama apabila perut ibu diperiksa, rahimnya agak kecil dan bayi tidak membesar. Apabila ultrasound scanning dijalankan, jelas menunjukkan saiz bayi jauh lebih kecil daripada sepatutnya.
Jika keadaan ini dibiarkan sampai cukup bulan, bayi mungkin mati dalam kandungan. Biasanya, bayi seperti ini tidak mampu menahan proses sakit bersalin kerana kuncupan rahim akan menjejaskan bekalan oksigen kepadanya. Oleh itu, sekiranya gangguan pertumbuhan bayi agak teruk, adalah lebih selamat ia dilahirkan secara pembedahan. Tetapi jika keadaannya belum sampai ke tahap membimbangkan, bayi masih berpeluang untuk dipaksa lahir secara induction. Seeloknya bertemulah dengan pakar sakit puan anda untuk mendapatkan keterangan lebih jelas.
4. Sesetengah ibu akan memilih tarikh tertentu untuk melahirkan bayi. Mereka juga lebih selesa mengambil cara kelahiran yang dipaksa (induced) kerana tahu bila akan masuk ke hospital. Namum, cara ini hanya boleh dilakukan apabila bayi telah cukup bulan, iaitu selepas 37 minggu ke atas.
5. Bayi yang melangkaui tarikh jangkaan bersalin iaitu lebih 40 minggu (post maturity). Andai masih belum ada tanda-tanda bayi akan dilahirkan secara spontan dan saiz bayi telah mencapai ke tahap pertumbuhan yang memuaskan, lebih baik industion dilakukan untuk mencegah kemungkinan bayi lemas atau mati dalam perut. Sekiranya boleh dielak, doktor akan memberi ubat-ubatan dan memantau keadaan ibu agar dapat bersalin cukup bulan.

No comments:
Post a Comment