Salah satu gejala yang kerap menyerang ibu hamil adalah sesak nafas. Gejala ini mudah berlaku setelah kehamilan memasukki usia 6 bulan ke atas terutamanya pada trimester terakhir kehamilan.
Keadaan ini disebabkan bayi yang semakin membesar dan menekan abdomen terutama di bahagian dada si ibu hingga mengurangkan ruang pada paru-paru yang menyebabkan anda sesak nafas atau adakalanya terasa sukar hendak bernafas.
Berikut tip yang boleh anda cuba amalkan bagi membantu mengatasi keadaan ini.

- Banyakkan melakukan senaman olahraga kerana ia akan membuat tubuh sihat dan segar serta membantu mengurangkan masalah sesak nafas.
- Duduk dalam keadaan tegak agar ruang pada bahagian paru-paru tidak tertekan dan mengganggu pernafasan anda.
- Semasa tidur pastikan bahagian kepala dan bahu agak tinggi sedikit agar paru-paru tetap mempunyai ruang yang cukup untuk memudahkan pernafasan anda.
- Jika anda berasa sukar bernafas, berhenti daripada aktiviti yang sedang anda lakukan, berehatlah dengan bersandar pada kerusi atau bantal.
No comments:
Post a Comment