Menukar lampin bayi mungkin perkara mudah bagi anda. Namum, ada beberapa perkara perlu anda beri perhatian sewaktu menukar lampin bayi. Ini bagi mengelakkan risiko jangkitan apatah lagi ia berkait rapat dengan alat kelamin bayi iaitu salah satu bahagian yang sensitif dan mudah mendapat jangkitan.
Berikut antara perkara yang perlu anda perhatikan sewaktu menukar lampin bayi.
Berikut antara perkara yang perlu anda perhatikan sewaktu menukar lampin bayi.
- Pastikan anda membasuh tangan terlebih dahulu dan keringkan sebelum mula menukar lampin bayi bagi mengelakkan risiko jangkitan.
- Lapkan sekitar alat kelamin bayi dengan tisu basah yang dirumus khas untuk kulit bayi. Lap dan bersihkan sekalipun bayi tidak membuang air besar. Ini bagi memastikan kesan urin pada kulit bayi benar-benar bersih. Jika tidak, ia boleh menimbulkan ruam.
- Jika bayi anda bayi lelaki, tutup sedikit bahagian hujung zakarnya dengan kain sewaktu anda membersihkan kulit sekitar alat kelaminnya. Ini bagi mengelakkan urinnya berteraburan jika dia kencing sewaktu anda sedang menukar lampinnya.
- Bagi bayi perempuan, pastikan anda lap bersih di celah-celah alat kelaminnya bagi mengelakkan jangkitan bakteria.
- Jangan lupa bersihkan juga di bahagian punggung belakang bayi. Angkat sedikit kedua kakinya dan lap di bahagian belakang tersebut bagi membersihkan sisa urin yang masih melekat.
- Bagi bayi yang baru lahir, elakkan dari tali pusatnya termasuk ke dalam lampinnya kerana ia boleh menyebabkan kesakitan pada bayi.
- Untuk bayi lelaki, pastikan kedudukan zakarnya berada ke bawah sebelum memasang lampinnya. Ini bagi memudahkan pengaliran urin.
No comments:
Post a Comment