Sakit pinggang dan sakit belakang adalah gejala sinonim dengan ibu hamil. Ia seringkali menggangu dan membuat ibu hamil tidak selesa malah mengganggu kerja dan aktiviti yang sedang dilakukan. Tiada ubat khas untuk masalah ini melainkan kaedah pergerakan tubuh yang betul bagi mengurangkan kesan masalah ini. Berikut antara cara yang boleh anda jadikan panduan untuk mengatasi masalah tersebut.
- Senaman khas untuk ibu mengandung baik untuk kesihatan pinggang dan membantu mengurangkan rasa sakit di bahagian tersebut.
- Postur yang betul semasa mengambil barang di lantai juga memainkan peranan. Elakkan terus tunduk atau membongkok untuk mengangkat barang di lantai. Sebaliknya bengkokkan kaki dan pastikan bahagian belakang anda lurus. Elakkan juga mengangkat barang yang terlalu berat.
- Pastikan anda duduk dengan posisi yang betul. Letakkan bantal kecil untuk menyokong bahagian belakang. Elakkan menyilang kaki ketika duduk dan jangan mencangkung.
- Elakkan memakai kasut tumit tinggi. Pakai kasut yang rata dan ringkas.
- Tidurlah di atas tilam yang tebal kerana ia membantu mengurangkan rasa sakit belakang.
- Mintalah suami mengurut belakang anda perlahan-lahan menggunakan minyak bayi untuk melegakan kesakitan.
- Elakkan berdiri terlalu lama.
- Jaga-jaga dengan pertambahan berat badan anda. Pertambahan yang berlebihan juga mudah membuat anda sakit belakang.
No comments:
Post a Comment