"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

26 April 2010

Tanda Bayi Penat, Panas Ataupun Sejuk

Menjaga seorang bayi memang merunsingkan ibubapa. Tambah-tambah bila melayan karenah mereka. Apatah lagi jika si manja anda belum boleh bertutur, cara ia memberitahu anda hanyalah dengan menangis ataupun meragam.

Mungkin ramai ibubapa tidak tahu ia mungkin disebabkan bayi anda mengalami kepanasan, kesejukkan atau mengalami kepenatan. Untuk itu, ketahui gejala anak yang mengalami sejuk, panas dan penat, jika mengetahui gejala, ia akan memudahkan anda mengatasi masalahnya.

Bayi Kepanasan

Kita juga sering salah mengambil berat tentang suhu badan anak yang meningkat. Kebanyakkannya menyangka bila suhu tinggi anaknya sakit, namum sebenarnya bayi kepanasan. Penyebab anak kepanasan, lebih banyak dipengaruhi faktor persekitaran, seperti kurang udara segar, cuaca di luar panas terik, ruangan sempit atau cahaya yang masuk ke bilik berlebihan.

Gejalanya
  • Anak mulai gelisah
  • Kulit anak mulai merah atau lebam dari sebelumnya
  • Berpeluh di dahi, kepala dan ketiak. Bajunya juga basah
  • Kulit di bahagian lain tubuhnya jadi kering
  • Bibirnya kering
Rawatan

Ia harus cepat dirawat jika tidak anak boleh mengalami demam. Inilah langkah-langkah rawatannya:
  • Jauhkan anak dari cuaca panas dan dinginkan ruang udara. Kalau sedang berada di bawah terik matahari, segeralah berteduh. Jika sedang berada di dalam ruangan tertutup yang kurang udara, misalnya di dalam kereta yang tiada hawa dingin, ajak anak keluar dari kenderaan.
  • Bukakan selimut anak. Sebaiknya bayi tidak dibendung, bimbang apabila telah terbiasa dibendung, ia mungkin menjadi rimas dan suhu badannya meningkat lalu menyebabkan demam.
  • Pakaikan baju bayi yang sesuai untuk cuaca panas, seperti kain yang diperbuat dari kain kapas yang menyerap peluh. Tukarkan segera baju yang telah basah.
  • Setelah itu, ukur suhu anak dengan termometer. jika hasilnya menunjukkan angka 36 - 37 darjah celcius, ia masih normal. jika lebih dari 37.5 darjah celcius, kemungkinan anak demam. Jika sampai 39 darjah celcius bermakna dia sudah demam tinggi, apa lagi jika sampai 40 darjah celcius.
Bayi Kepenatan

Bayi menunjukkan gejala penat bila tidak cukup tidur, kualiti tidur kurang mungkin disebabkan oleh terlalu sering didukung, terlalu lama bermain. Biasanya bayi yang mengalami kepenatan pasti akan tidur dengan sendirinya. Namum demikian, hal itu boleh dilihat secara lebih menyeluruh melalui gejala berikut;_
  • Bayi meragam, apabila diajak bermain atau berjalan-jalan anak mula meragam, itu menunjukkan anak kepenatan. Tenangkan dia dengan cara membuatnya lebih selesa, supaya dia boleh tidur dengan tenang. Mungkin juga dia mencari tempat tidur.
  • Tatapan matanya sayu atau layu. Namum, ciri ini tidak selalu menjamin bahawa si bayi memang kepenatan. kemungkinan dia sakit. Kerana itu fahami betul anak kita secara baik. Periksa selalu suhu tubuhnya, termasuk tubuhnya. Jika kita curiga, segera bawa ke klinik. Harus diingat, terlalu kepenatan akan menurunkan daya tahan tubuh dan kemudian mengundang penyakit.
Bayi Kesejukkan

Gejala kesejukkan sering berlaku kepada bayi yang baru lahir, antara gejalanya ialah:-
  • Bayi menggigil
  • Kulit anak terlibat belang-belang, merah campur putih atau timbul berselang seli.
  • Lebih parah lagi, kulit bayi menjadi biru yang biasa dilihat pada bibir dan hujung jari-jarinya.
  • Jika hal tersebut dibiarkan, ia boleh menyebabkan kematian.

No comments:

Post a Comment