"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

26 April 2010

Kesihatan Bayi Melalui Warna Najis

Pernahkah anda bimbang bila najis bayi bertukar warna daripada kebiasaannya warna kekuningan bertukar kelabu ataupun hijau? Apakah perubahan ini normal atau sebaliknya? Umumnya, najis bayi mungkin berubah-ubah kepada warna-warna seperti kuning, coklat, hijau, merah dan kelabu. Melalui warna-warna inilah anda mengetahui sistem pencernaan bayi normal ataupun tidak.

Berikut anda boleh mengenali najis bayi melalui warnanya:-

Kuning
Warna ini adalah normal jika bayi hanya mendapat penyusuan ibu semata-mata, tiada campuran dengan susu formula. Warna kuning disebabkan bayi mendapat susu ibu sepenuhnya dari foremik (susu bahagian hadapan payudara ibu) dan hindmik (susu dari payudara belakang ibu).

Hijau
Masih dikategorikan normal tetapi jika warna ini berterusan ia menunjukkan anda menyusukan bayi dengan cara tidak betul (yang dihisap oleh bayi hanya foremik). Keadaan ini berlaku kerana pengeluaran susu melimpah disebabkan bayi kerap menghisap susu bahagian hadapan terlebih dahulu yang mempunyai kandungan gula dan laktosa tetapi rendah lemak. Hal ini menyebabkan bayi cepat lapar semula dan susu bahagian belakang yang mengandungi banyak lemak akan dihisap selepas foremik habis, sedangkan hindmik bahagian belakang inilah yang menjadikan najis berwarna kuning.

Merah
Boleh disebabkan adanya titisan darah bersama najis. Darah ini mungkin datangnya dari bayi atau dari anda (ibu) yang terhisap semasa proses bersalin. Jika darah itu datangnya dari ibu atau anak, maka najis akan berwarna hitam dan berlaku selama sehari atau 2 hari. Jika darah tersebut bukan dari anda atau bayi sendiri, kemungkinan lain adalah alergi susu formula atau penyumbatan pada usus. Jika ini berlaku ia perlu segera mendapatkan pemeriksaan doktor.

Kelabu
Warna ini dianggap tidak normal dan anda harus segera mendapatkan pemeriksaan doktor. Warna kelabu menunjukkan terdapat gangguan serius pada hati, hempedu dan usus bayi.

Bentuk Najis
Selepas 2 hari dilahirkan, bentuk najis adalah lembik, kemudian sedikit bergumpal seperti jeli, padat, berbiji dan mungkin juga sedikit cair. Najis bayi yang diberi susu ibu sepenuhnya berbentuk pasta atau krim, berbiji dan agak cair.

Kekerapan Membuang Najis
Berbeza-beza antara seorang bayi dengan bayi lain terutamanya pada minggu keempat dan kelima yang pertama. Biasanya dalam sehari bayi mungkin buang air besar sehingga 5 kali. Bayi menghisap susu ibu sepenuhnya biasanya kerap membuang najisnya bahkan ada yang hingga 7 kali sehari. Jangan bimbang ini adalah normal jika bayi tidak mengalami masalah kesihatan.

23 comments:

  1. as salam,
    kak engku bagaimana kita nk tahu baby isap foremik atau hindmik.Baby intan selalunya menyusu sebelah je..Kadang2 baby t'tidur sambil menyusu..bila tukar utuk menyusu sebelah lagi baby x nk buka mulut sb dh tdo..klu x tdo pn baby x buka mulut...

    ReplyDelete
  2. intan: wsalam, cuba search dlm blog akak nie, akak ada post mengenai nie rasanya hehehe

    ReplyDelete
  3. terima kasih k'engku... nati intan search

    ReplyDelete
  4. Assalam kak engku,
    Sejak sy mula campur susu formula + susu badan anak sy jarang menbuang, kadang2 7-8 hari baru dia berak. Tp sejak akhir2 ni (dh hampir 2 mggu anak sy jadi cirit-birit dan sekarang ni dia membuang tahi hijau.
    Sy nak tau normal ke kalau bayi 4 bulan (minum susu formula + susu badan) berak tahi hijau? Risau jugak bila baby berak tahi hijau.

    ReplyDelete
  5. salam akak krang bby sya dh 4 bln bby sya mnun susu formula anmum sejak 3 bln tp bby sya berak kelabu + kuning... tnya doktor ckp normal sbb bby hnya mnun susu formula jer...bby sya berak 3 hri skli.adakah itu normal leh x lau kak engku terang pda sya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam gemini girz,
      Warna najis bb kekdg dipengaruhi oleh jenis susu yg di minum oleh bb. Tak perlu tisau ye.

      Delete
    2. maknanye normal la najis bb sya erk kak...

      Delete
    3. Mungkin normal, mungkin tak. Tp kena selalu buat pemantauan ye. Insyaallah takde apa2.

      Delete
    4. risau gak kn sbb smp krang najis dia kelabu tp berak smua ok...cme wrna jer yg membimbangkn sya....

      Delete
  6. assalam k.engku..
    dua hari nie anak saya sering mbuang najis berbentuk cecair warna kuning pekat berserta ketulan warna putih..sehari hampir 5kali. saya risau jika susu formulanya tidak sesuai kerana sy br tukar.. sebelum nie, anak sy minum susu formula s**w,shari 1kali shj anak sy mbuang. najis nya bwarna hijau dan ketul2 kuning. bolehkah saya tahu najis mana yg menandakan susu sesuai??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam aqil,
      Maaf mmg susah nak tahu najis yg menandakan susu yg di minum oleh bb sesuai. Ia bergantung pd penerimaan bb. Bb kena cuba minum susu dan perlu pemerhatian. Bila dah campur susu @ bg bb susu formula sahaja mmg byk masalah. Insyaallah klau bb hanya di beri susu ibu, semua masalah tidak berlaku. Susu ibu adalah mknan terbaik untuk bayi.

      Delete
  7. Salam,mcmana nk bg baby hisap susu hindmilk tu?sbb baby sy mmg jarang poo poo tp tiap Kali poo poo msti warna hijau...risau lah saya..kak engku Ada cdgn?bby sy 4bln n fully bf.

    ReplyDelete
  8. Wsalam, cuba bagi baby hisap sebelah payudara sehingga kenyang. Dan apabila penyusuan yg lain cuba berikan payudara yg sebelah lain pula, cuba tengok, ok ke tidak? Mengenai baby klu fully bf jarang poo poo tak perlu dirisaukan kerana ini adalah perkara normal.

    ReplyDelete
  9. salam..anak saya berusia 25 hari...setakat ini dia hanya membuang air besar hanya sekali sehari..najisnya berwarna kuning..adakah ini normal?anak saya hanya minum susu formula..

    ReplyDelete
  10. Salam..kak engku..anak sy berusia 21 hari..Anak sy minum susu ibu n susu formula..biasanya najis dia bwarna kuning n lembik,tapi seminggu ni najis dia keras..mcm sembelit je.bole tak tau kenapa jadi mcm ni?kesian tgk dia meneran mase nk buang air besar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, susu ibu adalah mknan terbaik buat bb. Sikit pun takde masalah berak. Anak klau dah campur susu mmg byk masalah. Mungkin sbb tak ikut sukatan yg betul bb sembelit. Tq

      Delete
  11. assalamualaikum kak,

    Anak saya umur 39 hari. Masa umur dia sebulan, saya ada bagi anak saya susu formula sebab susu tetek kurang. pada masa yang sama, isteri saya ada ambik pil perangsang susu nama dia pil ASI. Lepas daripada tu, anak saya start kerap berak, kadang2 warna kuning, kadang2 warna hijau. Macammana ye kak? Normal ke?

    ReplyDelete
  12. salam,,,anak saya skang dh 4 bln...selepas pengambilan ubat buasir yang diperolehi dari doktor hospital kerajaan...najis anak saya bertukar hijau dan berlendir putih.. doktor btau ubat itu x de effect pd baby..tp selepas pengambilan ubat kenapa najis anak saya bertukar warna? skang dh 5 hari saya x ambil ubat tu, tapi najis anak saya masih berwarna hijau..skang saya sgt risau...


    ReplyDelete
  13. Salam...anak sy baru 16 hari..semalam dia berak kuar dalam 2 biji bentuk macam kacang jagus..tapi kecil lah tak lah sebesar kacang tu..warna putih n bila sy tekan dia macam nasi+tepung...normal ker...baby sy fully bf on demand...

    ReplyDelete
  14. Salam kak..sy ada baby yg baru lahir 5 hari dan ada kuning. Kami cuba bg pnyusuan ibu stiap hari..najis baby mgkin ok sbb warna mcm normal. Yg dirisaukan, kuning baby bkum hilang...susah ckit bila mnyusu sbb baby slalu jer tdur..bila bngun tk plak hisap puting ibu...riaulah kak camana nak atasi madalah baby ni..plz kak

    ReplyDelete
  15. Salm kak, sy nk tnya ank sy 6buln dah mula mkn mknan pepejal.semalam dyer mkn bubur 4 kli sehari, pastu dyer buang njis warna kuning dan juga ada setompok njis sebesar duit syiling 50sen bewarna klbu.knp jd mcmtu yer kak

    ReplyDelete