"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

26 April 2010

Tip Jaga Tali Pusat Bayi

Tali pusat atau 'umbilical cord' adalah saluran kehidupan bagi janin semasa dalam kandungan kerana saluran inilah yang menyalurkan nutrisi, vitamin dan oksigen ke janin. Namum sebaik sahaja bayi dilahirkan tali pusat tidak diperlukan lagi dan dipotong dan diikat atau dikepit.

Pangkal atau sebahagian tali pusat yang masih melekat di perut bayi akan mengering dan biasanya akan tanggal sendiri dalam waktu 1 atau 3 minggu, meskipun ada juga yang mencapai 4 minggu. Umumnya, ibubapa baru agak takut-takut mengendalikan bayi baru lahirnya, terutama jika tali pusat bayi masih melekat. Walaupun nampak menakutkan, kenyataannya bayi anda tidak berasa sakit atau terganggu olehnya.

Sebenarnya merawat tali pusat ini adalah mudah. Yang penting, pastikan tali pusat dan kawasan sekelilingnya bersih dan kering. Sentiasa cuci menggunakan air bersih dan sabun. Umumnya, jururawat atau bidan akan memberi panduan kepada anda untuk membersihkan tali pusat menggunakan ubat khas. Terbaru WHO mengatakan bahawa membersihkan pangkal tali pusat ini cukup sekadar menggunakan air bersih dengan sabun, kemudian dikeringkan pada udara suhu bilik.

Kajian mendapati pangkal tali pusat lebih cepat tanggal menggunakan air bersih dan sabun berbanding menggunakan ubat-ubatan. Walaupun mencuci menggunakan sabun dan air biasa meninggalkan sedikit bau, tetapi ia tidak perlu dibimbangkan. Jika anda bimbang untuk memilih cara mana yang boleh digunapakai, lebih baik berbincang dengan doktor.

Apapun, selagi tali pusat tidak tanggal, sebaiknya jangan mandikan bayi dengan cara memasukkannya ke dalam air. Cukup sekadar dilap saja dengan air suam. Alasannya, untuk memastikan tali pusat sentiasa kering.

Jangan bimbang, bayi anda tetap wangi walaupun hanya dilap sahaja selama seminggu, bahagian yang harus dibersihkan dalam pangkal tali pusat, bukan atasnya. Untuk membersihkan pangkal ini, anda harus mengangkat sedikit tali pusat dengan perlahan. Ia tidak menyakitkan bayi.

Sisa air atau alkohol yang melekat pada tali pusat boleh dikeringkan dengan menggunakan kain kasa steril atau kapas. Setelah kering anginkan tali pusat. Anda dapat mengipas dengan tangan atau meniup-niupnya untuk mempercepatkan pengeringan. Tali pusat harus dibersihkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Tali pusat juga tidak boleh ditutup rapat dengan apapun, kerana akan membuatnya menjadi lembab. Selain melambatkan tanggalnya tali pusat, juga menimbulkan risiko infeksi (jangkitan). Kalaupun terpaksa ditutup (mungkin anda takut melihat tampalan tersebut).

Tutup atau ikat dengan longgar pada bahagian atas tali pusat dengan kain kasa steril. Pastikan bahagian pangkal tali pusat dapat terkena udara. Bila bayi menggunakan lampin pakai buang, pilihlah yang memang khusus untuk bayi baru lahir (yang ada lekukan di bahagian depan). Dan jangan kenakan seluar atau jump-suit pada bayi sehinggalah tali pusatnya tanggal.

Bila bayi anda menggunakan lampin kain, jangan masukkan baju atasannya ke dalam lampin. Biarkan tali pusat terkena udara agar cepat mengering dan tanggal. Biarkan tali pusat lepas dengan sendirinya. Jangan memegang mahupun menariknya kerana rimas melihatnya melekat di perut bayi anda.

Segera beritahu doktor jika tali pusat belum tanggal selepas minggu keempat atau adanya tanda-tanda infeksi seperti pangkal tali pusat dan sekitarnya berwarna merah, keluar cairan berbau, keluar darah atau bayi demam tanpa jelas sebabnya.

Selepas tali pusat tanggal, pusat bayi kadang-kadang kelihatan tertonjol. Jangan bimbang, ia akan menjadi normal (tidak terjojol) dengan sendirinya.

15 comments:

  1. kak engku, durra confuselah? Mnjd kbiasaan kita mengenakan binder (barut) pada bb yg bru lahir. Tp mngikut penerangan kak engku kita sharusnya mengelak utk mnutup tali pusat bb agar cpt kering..Mmmmh mcmana yeah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam durra,
      Barut mmg penting buat bb baru lahir untuk elakkan kembung perut. Sementara tunggu tali pusat tanggal, pakaikan barut waktu pagi sahaja dulu. Bila waktu tgh @ mlm @ cuaca panas bukak lah barut. Insyaallah dpt bantu tali pusat cepat kering. Tq

      Delete
  2. Salam kak engku, baby sy dah tanggal tali pusatnye pd hr ke10 tp skg hr ke 14 still ade kesan2 darah pd pusatnya. Boleh jelaskn mcm mana cara nk jaga pusat dia yg still bdarah tu? Sy tgk x bengkak cuma merah skit. Boleh pakai barut ke atau perlu dedahkn kpd udara utk elak lembab? Harap pnduan dr k.engku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, bb yg dah tanggal tali pusat mmg akan keluar darah @ discaj dari tali pusat. Puan perlu bersihlan dgn pencuci yg pihak spital bekalkan. Jika kelihatan merah, bengkak n discaj yg byk atau berbau....akak nasihatkan ke mana2 klinik untuk jumpa doktor ye. Klau blh pakai barut waktu pagi je dulu dan dedahkan pd udara lbh bagus. Nanti cepat kering. Tq

      Delete
  3. salam..bby saya dah berumur 2 bulan, ttp pusatnya tersembul keluar sbb tidak dijaga dgn betul,.jadi mcm mana saya nak betulkan pusatnya supaya normal semula? Bby dilahirkan tak cukup bulan, jadi dia tinggal 34 hari di NICU..sepanjang di wad, tiada siapa pun yg tekankan pusatnya ke dalam..mintak pandangan dr kak engku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, terima kasih sudi tanya akak. Masalah pusay yg tersembul keluar tu...akak nasihatkan puan bawak bb jumpa doktor ye. Mungkin bb perlu rawatan. Tq

      Delete
    2. cuba tungkukan ats pusat bby puan..

      Delete
  4. salam k.engku..
    sy bru lepas melahirkan bayi perempuan 9hari lalu,tali pusat bayi tertanggal waktu berusia 5hari.masalahnya sekarang,pusatnya berdarah sedikit tp ianya membimbangkn sy.pe yg perlu sy buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Jgn risau. Hanya cuci dgn pencuvi tali pusat yg pihak hospital bekalkan ye. Insyaallah akan ok nanti.

      Delete
  5. Nk tanggal cepat senang jer campur bedak sejuk ngn garan secubit lumur pada pusat tiap kali lepas mandi ketiga tiga anak saya guna petua nih alhamdulillah cepat tanggal

    ReplyDelete
  6. anak saya dh nk msuk 1 bulan tp tali pusat belum tanggal.. risau jgak.. tp nurse ckp klu bersih xpe,nnt tanggal sndri tali pusat tu.. risau jgak..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam arefita,
      Nie 1st time akak dengar bb 1 bulan tali pusat masih belum tanggal. Lambat betul ye. Takpe jglah kebersihan. Insyaallah nanti dia tanggal. Sabar ye.

      Delete
  7. salam kak engku..nak tnya,apa yg nak dibuat dengan tali pusat yg da tertanggal tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Ikut petua orang tua2....dia suruh simpan. Klau ada ramai anak letak dlm satu plastik satukan semua sekali. Kononnya hubungan adik beradik erat n saling tolong menolong...hihihi

      Delete
  8. Salam Kak Engku, bolehkah saya letak minyak gamat supaya tali pusat cepat kering. Apakah kesannya.

    ReplyDelete