"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

05 April 2010

Senaman Ibu-Ibu Selepas Pantang

Membina Belakang
Duduk dan berlunjur serta bengkokkan lutut kiri pegang lutut dengan kedua tangan. Luruskan badan dengan menggunakan otot0otot bahagian belakang sambil menarik otot-otot perut ke dalam, bahu dikendurkan. Lakukan cara ini 5 kali sebelah kanan dan 5 kali sebelah kiri.

Mengetatkan Badan
Bersedia di atas lantai dengan mengampu badan dengan kedua tapak tangan dan kaki (kedudukan merangkak). Peluk dada dengan tangan kiri sehingga sampai ke belakang sejauh mana yang boleh. Palingkan muka ke sebelah yang sama. Ulang 5 ke kiri dan 5 ke kanan.

Melonggarkan Otot-Otot Badan
Letakkan tangan kanan ke lantai, luruskan tangan kanan ke atas, tekan kedua lutut ke lantai. Lakukan berganti-ganti 4 kali. Kiri kanan dan kiri kanan.

Melegakan Bahagian Belakang
Tekankan kedua tangan ke lantai. Begitu juga dengan kedua lutut tekankan ke lantai. Lentikkan sedikit bahagian belakang untuk melegakan sakit tulang belakang.

Menguatkan Otot Belakang
Duduk di lantai, bengkokkan kedua lutut, luruskan tangan di atas lutut, condongkan sedikit badan ke belakang. Lakukan selama 3 atau 4 minit.

Melegakan Kaki Dan Tangan
Berbaring dengan selesa. Angkat kedua lutut dan luruskan betis ke hadapan. Pegang kedua lutut dengan kuat. Lakukan cara ini selama 3 minit.

Menguatkan Tangan Dan Kaki
Letakkan kedua tapak tangan di lantai, ampu badan dengan kuat. Sebelah kaki di lantai dan sebelah kaki diangkat perlahan-lahan. Lakukan cara ini selama 3 minit.

Duduk di kerusi, luruskan kedua tangan ke atas dengan selesa. Setelah itu tarik nafas perlahan-lahan, sesudah itu ibu-ibu aan berasa lebih segar.

Kembalikan Kesegaran Selepas Pantang
2 biji telur ayam setengah masak dan sesudu madu serta sedikit serbuk lada hitam baik diamalkan oleh ibu-ibu selepas pantang. Khasiatnya untuk mengembalikan kesegaran badan. Amalkan selama sebulan setiap pagi selepas mandi.

2 comments:

  1. salam kak engku. Hanya utk bersiap sedia. bagaimana jika seseorg itu sudah berlari, sit up, melompat ketika baru sahaja 20 hari berpantang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Wah! Hebat nie. 'Tercipta Sejarah'.....nie baru 1st time akak dengar....klau 20hari pantang dah berlari,sit up n melompat. Masa nie badan baru nak cergas, luka bersalin baru nak sembuh.......klau hebat camni boleh jd testimoni akak....hihihi

      Delete