"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

11 April 2010

Jagaan Luka Pembedahan (Lower Segment Caeserian Section)

1. Gunakan Cermin untuk melakukan pemeriksaan dengan sendiri atau minta bantuan dari suami untuk melakukan pemerhatian

2. Lakukan pemerhatian di bahagian luka pembedahan setiap hari
  • Pendarahan : bengkak / lebam
  • Cantuman luka : tutup atau terbuka
3. Dinasihatkan supaya:
  • Memastikan bahagian luka sentiasa bersih dan kering. Untuk kesan yang baik, cuba guna kipas meja setiap kali selepas mandi atau berpeluh untuk memastikan keadaan luka sentiasa kering.
  • Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas, yang longgar dan selesa untuk mengelakkan kelembapan.
  • Ambil ubat analgesik seperti arahan doktor supaya kesakitan dapat dielakkan
  • Dinasihatkan mengambil ubatan tradisional selepas 4 minggu bersalin untuk proses penyembuhan luka yang lebih baik
  • Digalakkan supaya mengambil makanan yang tinggi dengan protein dan vitamin C untuk penyembuhan luka yang cepat.
  • Elakkan dari menyentuh bahagian luka dengan tangan kerana boleh menyebabkan jangkitan pada luka pembedahan.
  • Elakkan dari memakai seluar dalam yang ketat dan getahnya boleh menekan luka pembedahan
  • Elakkan dari mengangkat barang berat

4. Sila ambil perhatian sekiranya mengalami tanda-tanda berikut:
  • Kemerahan, bengkak, sakit, panas pada sekeliling luka pembedahan
  • Bernanah atau berair pada luka pembedahan
  • Sakit mencucuk-cucuk pada luka pembedahan
  • Luka pembedahan berbau
  • Demam dan Menggigil

* sekiranya mempunyai tanda-tanda seperti diatas sila ke klinik kesihatan yang berdekatan atau terus ke hospital tempat anda bersalin untuk tindakan lanjut.

3 comments:

  1. sis,luka pembedahan sy bernanah,bkn pembedahan sb bersalin tapi luka pembedahan untuk buang cyst.doc tebuk 3 d prut sy,yang di pusat banyak kuar nanah dan darah sy ada sapu ubat anti septik tapi x mnjadi.ubt ape ssuai tuk sy gunakan,dan sy perlu ke berpantang mcm org bersalin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam noshuha gurl,
      Akak nasihatkan ke hospital tempat operation tu dilakukan ye. Mungkin rawatan antibiotik diperlukan. Tq

      Delete
    2. Askum sis sy br menjalankan pembedahan appendix tiga minggu yg lalu jahitan sy tu ada keluar air dan darah cikit tp x sakit perlu ka sy berjumpa doc sy risau..

      Delete