Berurut semasa dalam pantang adalah digalakkan bagi ibu-ibu, tujuan berurut ialah untuk memulihkan tenaga dan menjaga kesihatan wanita selepas bersalin. Berurut ini hendaklah dilakukan seminggu setelah ibu-ibu melahirkan anak.
Berurut hendaklah 3 hari berturut-turut sebelah pagi atau sebelah petang. Di sini ditunjukkan cara-cara yang betul ketika berurut:
Berurut hendaklah 3 hari berturut-turut sebelah pagi atau sebelah petang. Di sini ditunjukkan cara-cara yang betul ketika berurut:
- Ibu hendaklah tidur terlangkup. Mulakan dari bahu kanan dan kiri dengan cara memicit-micit lebih kurang 2 atau 3 minit. Terlebih dahulu badan belakang ibu disapu dengan minyak urut atau minyak kelapa yang dicampur dengan bawang putih atau bawang merah. Cara ini diulang sebanyak 3 kali. Gunakan untuk memulihkan tenaga dan rasa lenguh di bahu.
- Kemudian urut pula belakang ibu, di bahagian tulang belikat, ulang cara ini 2 atau 3 kali selama 2 atau 3 minit. Cara ini juga untuk menghilangkan sakit-sakit di bahagian tulang belikat atau rasa nyeri selepas melahirkan anak.
- Setelah itu picit bahu kiri dan kanan semula selama 2 atau 3 minit ulang 3 atau 4 kali. Cara ini juga untuk memulihkan rasa sakit-sakit di bahagian bahu.
- Picit di bahagian punggung untuk menghilangkan sengal-sengal setelah melahirkan anak. Lakukan cara ini 3 minit dan ulang 3 atau 4 kali.
- Beralih ke bahagian bawah punggung dan peha. Urutan ini untuk memulihkan lenguh-lenguh di bahagian punggung dan peha setelah melahirkan. Lakukan cara ini selama 3 atau 4 minit.
- Urut ke bahagian betis. Picit dan urut selama 2 atau 3 minit. Ulang 2 atau 3 kali.
- Urut di bahagian pergelangan dan buku lali, gunanya untuk membuangkan angin pada sendi-sendi buku lali. Lakukan cara ini selama 3 minit. Ulang 3 atau 4 kali.
- Silangkan betis ke kiri dan ke kanan. Lakukan cara ini 2 kali. Cara ini untuk merapatkan peranakan dan merapatkan peha yang renggang.
- Silangkan semula betis, untuk memperkemaskan lagi cara urutan. Lakukan 2 kali.
- Tekan kedua-dua betis ke bahagian punggung untuk merapatkan peranakan dan menghilangkan lenguh di kaki. Lakukan cara ini sebanyak 2 kali.
- Silangkan semula betis untuk memperkemaskan lagi urutan. Cara ini juga boleh memulihkan rasa lenguh di betis setelah melahirkan.
- Ibu hendaklah tidur terlentang, urut bahagian bahu kiri dan kanan. Lakukan 2 atau 3 kali. Cara ini untuk memulihkan tenaga dan memberi ketenangan kepada ibu-ibu selepas melahirkan.
- Urut bahagian bawah buah dada dengan menaikkan buah dada, cara ini untuk menegangkan buah dada dan melancarkan air susu. Urut selama 2 atau 3 minit. Ulang sebanyak 3 kali.
- Urut bahagian pinggang perlahan-lahan selama 3 minit dan ulang 2 atau 3 kali. Urutan ini adalah untuk memulihkan pinggang, agar ramping semula. Jangan angin masuk ke pinggang.
- Urut dari betis hingga lutut. Cara ini untuk membetulkan urat di betis dan menguatkan kepala lutut. Lakukan selama 3 minit. Ulang sebanyak 2 atau 3 kali.
- Urut dari betis hingga ke hujung jari kaki, untuk mengeluarkan angin dan menghilangkan lenguh-lenguh kaki. Ulang 2 atau 3 kali selama 3 minit.
- Urut lengan kanan dan kiri. Ulang sebanyak 3 kali, cara ini boleh menghilangkan rasa lenguh-lenguh di kedua belah tangan kanan dan kiri serta kedua belah bahu ibu-ibu.
- Urut daripada pangkal peha hingga lutut. Baik untuk mengendurkan ketegangan di bahagian peha dan lutut. Lakukan sebanyak 2 kali selama 3 minit.
- Urut daripada peha membawa ke betis dan jari-jari kaki. Urutan ini boleh memulihkan kaki yang tegang dan letih serta otot-otot kaki. Lakukan sebanyak 3 kali.
- Urut di bahagian muka. Mulakan dengan mengurut kedua-dua belah kening, urutan ini untuk menghilangkan sakit di mata dan menghilangkan rasa pening selepas melahirkan. Cara ini juga mencegah angin meroyan naik ke kepala. Lakukan sebanyak 3 atau 4 kali.
- Urut di bahagian dahi untuk menegangkan kulit muka dan untuk merawat agar ibu-ibu yang baru melahirkan tidak mudah mendapat penyakit pening kepala. Lakukan sebanyak 3 kali berturut-turut.
- Mengurut untuk menaikkan seri muka. Urut dari dagu hingga ke tepi dahi. Lakukan sebanyak 3 kali selama 3 minit.
- Picit di kiri kanan mata untuk menghilangkan pening kepala dan menjaga mata supaya tidak cepat rabun dan menghindarkan angin meroyan naik ke kepala. Lakukan cara ini sebanyak 3 kali.
- Urut leher hingga kedua belah bahu sebanyak 3 kali, cara ini untuk melegakan ketegangan mengendurkan urat-urat leher dan meghilangkan rasa pening kerana tidak cukup tidur. Lakukan cara ini sebanyak 3 kali.
- Mengurut bahagian kepala untuk melegakan rasa pening kepala dan menghindarkan angin meroyan naik ke kepala. Picit kulit kepala berulang-ulang kali untuk mengeluarkan angin dari kepala. Cara ini boleh mengendurkan ketegangan dan memulihkan penglihatan yang kabur. Ulang cara mengurut kepala ini sebanyak beberapa kali yang boleh melegakan ibu.
- Urut bahagian tengkuk untuk melegakan ketegangan urat-urat di bahagian leher. Lakukan sebanyak 3 kali. Urutan ini untuk mengeluarkan angin yang naik ke kepala.
- Urut dari bahagian tengkuk hingga ke bahu. Untuk melegakan lagi bahagian kepala ibu-ibu. Lakukan cara ini sebanyak 3 kali.
- Urut di bahagian leher untuk menghalang angin meroyan naik ke kepala dan menghalang dari ketegangan leher.
- Urut kedua belah bahu untuk melonggarkan urat saraf dan memberi kelegaan bagi ibu-ibu dalam pantang.
- Urut dari bahu hingga ke pinggang untuk melegakan rasa lemah dan sakit badan ketika melahirkan anak.
- Ibu hendaklah tidur mengereng, urut bahagian punggung hingga ke peha. Cara ini boleh memulihkan rasa sakit-sakit ketika melahirkan.
- Urut pangkal peha serentak untuk memulihkan tenaga. Cara ini hendaklah dibuat disebelah kiri dan kanan bergilir-gilir.
- Tarik kedua-dua tangan ke belakang, sedangkan kaki kanan tekan di bawah ounggung untuk membetulkan peranakan. Lakukan sekali lagi dengan cara yang lembut dan berhati-hati.
- Akhir sekali tarik kedua tangan dengan lembut, cara ini untuk melegakan semua urat saraf dan cara terakhir bagi urutan ibu-ibu dalam pantang.
No comments:
Post a Comment