"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

08 July 2013

Pantang Larang Semasa Dalam Pantang

Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:

Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.

Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.

Jangan Terlalu Aktif
Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.

Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.

Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.

Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.

Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.

Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.

Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.

Pantang 100 Hari
Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.

Cara Mandi

Daun nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang.

Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Guna menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun.

Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.

Cara Berbaring / Tidur

Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.

Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang

Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 tujuh adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann ibu-ibu semasa dalam pantang. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.

Berbedak juga dapat menjaga kesihatan ibu0ibu selama dalam pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasukki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.

Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.

Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklha dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.

Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.

Duduk mencangkung semasa dalam pantang adalah dilarang, kerana cara ini boleh membuatkan peranakan turun dan melemahkan otot-otot perut.

Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.

Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.

Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.

Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah.

36 comments:

  1. salam,
    Nak tanye boleh tak makan kopi radix semasa hamil atau berpantang?tujuan mengeluarkan angin dalam badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Maaf akak tak pasti dgn kandungan kopi radix....uhuhu

      Delete
  2. akum. nk tanya. sayur bayam n epal boleh makan tak?

    ReplyDelete
  3. salam, nak tanya. buah limau tak boleh makan masa berpantang. bagaimana pula dengan buah oren?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam noorafzan,
      Boleh makan. Insyaallah takde masalah. Tq

      Delete
  4. sy xpasti dgn kebenaran alasan2 ttg larangan2 di atas.. tp bile tgok org2 zaman mak, opah sihat tubuh bdn, so sy decide nk amalkn pantang dgn cara org2 zaman mereka.. mungkin kesan buruk xnmpk skg, dah tua, sape yg tau.. tmbah2 yg dalaman..

    ReplyDelete
  5. ada yg blh d amalkn.ada yg sy tk amalkn.depends on orang n jnis darah ler.sy jnis yg lasak.sy tk blh asyik baring saja tnpa buat apa2.bl sy byk buat kjer,sy rs sgt sihat.

    ReplyDelete
  6. Salam, kak sy da berpantang selama 26 hari, 1 week lpas sy ada termakan buah lai, sbb sy tak tahu... tanye mak pun mak kata boleh je... than 4 hari lpaa sy baru terasa kesannye. Su punye buah dada sebelah kiri ada mcm biji angin. Sakit sangat. Sy da cuba tuam ngn kain panas pun ta jalan. Makin bertambah lg 2 biji angin tu. Tiap kali sy nk perah susu msty sy nangis kak. Sakit betol. Dan tiap kali lepas maghrib msty sy demam, suhu bdn sy mncecah smpai 39.+·c. Dan kepala sy pun sakit mcm nk pecah da 4 hari sy alami semua ni. Please akk tlg sy.. sy dah tak tahu nk buat mcm mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam suhaizah samad,
      Sakit yg dialami mungkin sbb bengkak susu. Rasanya bukan sbb mkn buah lai. Mkn panadol 2 biji, buat demahan. Pastu petah ye. Insyaallah ok nanti. Klau perlu blh call akak 0192077643 tq

      Delete
  7. Akak nak tnya,pisang bleh mkn x?sy ade mkn pisang berangan.byk juga lebih 5 biji kot.he.pastu mlm sy kesejukan mcm nak kejang.hu.

    Buah apa je yg bleh sy mkn.risau plak kot nutrisi xckup dlm susu coz sy full bf.

    ReplyDelete
  8. Salam nani,
    Sebenarnya pisang boleh mkn. Tp jgnlah mkn terlalu banyak. Cukuplah sebiji sehari. Lain2 buah prun, oren n epal hijau. Insyaallah nutrisi dlm susu ibu cukup. Jgn risau ye. Tq

    ReplyDelete
  9. Salam kak. Nak tanya sikit, kalau baby angin n kembung perut, adakah disebabkan badan saya juga angin? Tapi saya takda la rasa kembung atau angin. Meragam pulak baby pasal tak selesa perut kembung. Lepas bf je tunggu beberapa min mesti die nk muntah..

    ReplyDelete
  10. Wsalamvkameilia,
    Bb kembung perut n angin tak menybbkan bdn puan berangin. Pynca bb kembung perut mungkin disbbkan oleh pemakanan si ibu atau bb tidak dipakaikan barut n disapukan minyak. Slps penyusuan, klau perlu sendawakan ye. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum kak engku...
      nk tanye pasal perut baby kembung... sy pantang mkn ikan goreng n sayo bayam... itu makann harian sy... setiap ari sy akan pakaikn baby barut n minyak yuyi... n tuam perut baby dgn air suam... tp perut baby still kembung... ade x cara lain untuk atasi perut kembung tu...

      Delete
  11. nk tambah satu lagi..orang dulu2 mlarang ibu2 mnyapu sampah spanjang tempoh bpantang sbb takut bentan..dan emosi kena sentiasa dijaga bg mngelakkan angin meroyan naik ke kepala..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikm. Tumpang ye..nak share pengetahuan..kopi radix blh minum sbb ia memanaskan badan. Ada macam2 radix yg elok dlm produk tu. Produk kopi yg memanaskan mcm tu blh minum tp jgn le byk2. Sy pernah minum produk mcm ni cuma masa pantang setakat sehari pg, sehari ptg, cukup le..lebih2 sgt nnt, susu cpt kering/baby tak nak menyusu sgt sbb mgkin rasa pahit sikit. Buah oren mmg sgt digalakkan kalau c-zer, cpt baikkan luka c-zer tu. Mgkin kalau normal, lagi cpt baik kot... :)

    ReplyDelete
  13. salam kak engku. sejak bersalin sehingga hari ke 20 berpantang ni, jari-jari saya sakit dan kebas. sendi jari rasa sangat tak selesa.

    sebab angin atau apa? macam mana cara nak hilangkannya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, minum susu tepung ye. Klau ada budget blh ambil produk shaklee.Insyaallah mmbantu

      Delete
  14. saya nk tnye,luka bersalin akan sembuh brape lame ?sbb saya da 3 mggu masih lg trase xsdp untuk duduk dgn selesa,

    ReplyDelete
  15. Salam kak engku, nak tanya, sy baru lepas bersalin, dan dlm tempoh berpantang 10 hari. Baru sekejap ni, sy tukar pad, tgh dok bersihkn darah, tiba2 sy rasa ada seketul darah keluar. Tp bila sy tgk blk, mcm bukan darah. Tp sy xtahu apa tu. dia seketul besar, lembik2 mcm tu. lepas tu sy kencing, rasa ngilu sgt. Lepas ti terus rasa berdenyut yang amat. Mohon kak engku bagi pendapat. Tq.

    ReplyDelete
  16. Salam kak engku, nak tnya..sya kini berpantang akibat keguguran 4 bln lbh..skrg kalo sya tgk, darah sya dah tiada dan pad sya pun sentiasa bersih tnpa ada darah..ikut btl pantang sya 40hari.nak kepastian sgt2..apakah sya boleh bersama suami atau kena tunggu juga selepas 40hari? Terima kasih..

    ReplyDelete
  17. thanks sudi kongsi info.. bg sy elok kita ikut cra dlu2 xyh moden sgt.. sbb moden sgtla jhitan mudah terbuka.. alhmdulillah walaupun sy xkuat pantang tp sy thu itu pentg n pnjgaan yg elok mmberikn tubuh lbh sht n kuat dlm msa yg lama.. nk pkai lama lbh baik ikut cra lama..

    ReplyDelete
  18. Info yg baik tuk di share..buah lai memg sejuk..adik saya dalam pantang makan buah lai bentan..

    ReplyDelete
  19. Salam kak..saya skrg dlm pantang hari ke 31..dlm 2 3 hari ni saya mengalami sakit kepala dan badan rasa seram sejuk..dan seluruh badan rasa sakit terutama sendi2...adakah itu dinamakan bentan? Dan apakah cara untuk mengatasinya...tp setahu saya tiada pula memakan benda yg sejuk atau tajam..tq

    ReplyDelete
  20. Assalammualaikum...kak..sy masih didlm pantang...lagi 5hari bru hbs..2hari lepas sy bgn tdo dan tdapat byk darah di kain sy..pdhal nifas sy sudah bhenti sjk mggu kdua dlm pantang...adakah darah yg keluar itu period...ataupun nifas? Atau adkh sy mglami tumpah darah atau bentan...

    ReplyDelete
  21. buah jambu batu boleh makan tak? macamane nak hilangkan kembung perut pada bayi?saya da urutkan bayi tp kembung perut still terjadi pada bayi saya?mohon bantuan.terima kasih

    ReplyDelete
  22. isteri saya berpantang di umah mentua, saya bekerja di luar dan sering out station...info bagus,tapi tak boleh nak copy paste,susah nak print nak bagi bini..well...

    ReplyDelete
  23. Salam..kak sy nak tanya..kenapa waktu sy dekat nak besalin ni..mcm batu meroyan sya bengkak..sy dpt rasa batu meroyan tu di bwh alat sulit ni..kenapa ya??

    ReplyDelete
  24. Dy nk tanya kak engku nie bidan ker..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masniza, akak nie bidan kerajaan (pandai sambut kelahiran baby), mak akak bidan kampung (tukang urut ibu berpantang)

      Delete
  25. Assalammualaikum Kak Engku,
    Saya nak tanya, saya bersalin czer pada 22hb. Mei 2014. Sekarang ni masih dalam pantang, kemusykilan saya ialah tiada darah keluar sebagaimana orang lain bersalin. Adakah darah saya sudah membeku. Darah hanya keluar hari pertama hingga ke lima sahaja. Sekarang ni saya berpantang tidak memakai tuala wanita kerana tiada darah yang keluar. Saya sangat risau memikirkan perkara ini. Harap Kak Engku dapat membantu.

    ReplyDelete
  26. Assalam kak..

    Info yang sangat-sangat berguna bagi saya yang nak berpantang lai 2 minggu ;-)

    Sebelum ni mak yang jaga, dan mak memang extreme sangat cara berpantang dia. maklumkan nenek dulu bidan ;-)

    Kali ni suami yang nak jaga sendiri. SO, kena banyakkan ilmu berpantang laa ni. Terima kasih ye kak, atas ilmu ini. ;-)

    ReplyDelete
  27. Salam dek. Anak saya jangka bersalin anak pertama awal ogos ini insyallah tetapi di London. Di sana daun dan akar kayu tak ada. Anak nak bawa dari sini tak di benarkan. Tolong bagi petua dalam pantang mengikut negeri orang yang tiada basic daun rampai dan lain2. Mungkin ada capsule ubat2 melayu untok buang angin. Terima kasih engku.

    ReplyDelete
  28. Salam dek. Anak saya jangka bersalin anak pertama awal ogos ini insyallah tetapi di London. Di sana daun dan akar kayu tak ada. Anak nak bawa dari sini tak di benarkan. Tolong bagi petua dalam pantang mengikut negeri orang yang tiada basic daun rampai dan lain2. Mungkin ada capsule ubat2 melayu untok buang angin. Terima kasih engku.

    ReplyDelete