05 April 2010

Pantang Larang Semasa Dalam Pantang

Ada beberapa pantang larang semasa seorang ibu itu berada dalam pantang selepas bersalin:

Dilarang Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

Memakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.

Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.

Jangan Terlalu Aktif
Ibu yang baru melahirkan hendaklah duduk diam di atas tempat tidur selama seminggu. Ada baiknya jika ada pembantu yang boleh menguruskan bayi dan rumahtangga. Duduk diam ini untuk memulihkan tenaga yang telah hilang dan supaya badan benar-benar dapat berehat.

Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.

Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan tidur diwaktu matahari naik, ini boleh menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit, lebih baik ibu-ibu berjalan di tepi tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari.

Jangan Tidur Waktu Senja
Ibu-ibu yang baru melahirkan dilarang tidur di waktu senja, kerana di waktu senja adalah masa syaitan berkeliaran, jika diamalkan mungkin fikiran ibu-ibu yang dalam pantang akan terganggu dan boleh menyebabkan penyakit gila.

Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.

Tidak Boleh Keluar Rumah Waktu Senja
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang keluar rumah waktu senja, waktu ini syaitan berkeliaran yang mungkin boleh mengganggu ibu-ibu yang lemah fizikal dan mentalnya.

Ibu Jari Tidak Boleh Terantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.

Pantang 100 Hari
Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.

Cara Mandi

Daun nangka, daun pandan, daun inai, bahan-bahan ini direbus untuk mandian bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak. Ibu-ibu selepas melahirkan hendaklah duduk pada bangku, tidak boleh berdiri atau mencangkung kerana cara ini tidak baik untuk ibu-ibu dalam pantang.

Sebelum mandi hendaklah bercebuk dengan air rebusan daun sirih. Guna menyembuhkan luka-luka selepas melahirkan. Jirus dari kepala dengan air suam kuku dengan air rebusan daun-daun.

Ratakan air di seluruh badan jangan sampai mengigil dan kesejukan. Mandi pada setiap pagi dan petang. Mandi air rebusan daun-daun ini selama seminggu.

Cara Berbaring / Tidur

Tidur terlentang tidak berbantal dan terdedah kepada angin sejuk adalah dilarang bagi ibu-ibu di dalam pantang. Tidur dengan bantal tinggi adalahdigalakkan ketika ibu dalam pantang kerana darah kotor tidak naik ke kepala.

Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang

Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 tujuh adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann ibu-ibu semasa dalam pantang. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.

Berbedak juga dapat menjaga kesihatan ibu0ibu selama dalam pantang supaya badan sentiasa panas dan tidak dimasukki angin. Lakukan cara ini pagi dan petang selama sebulan.

Jika cuaca sejuk hendaklah memakai selimut tebal agar ibu-ibu yang dalam pantang tidak masuk angin badannya, bila bangun pagi badannya terasa sihat dan segar.

Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklha dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.

Minum air pati kunyit selama 3 hari semasa dalam pantang adalah baik untuk mengecutkan peranakan dan mengeluarkan darah kotor dalam perut.

Duduk mencangkung semasa dalam pantang adalah dilarang, kerana cara ini boleh membuatkan peranakan turun dan melemahkan otot-otot perut.

Ikan keli adalah ikan yang mengandungi bisa. Ibu-Ibu dalam pantang dilarang memakannya. Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan.

Lobak merah baik untuk dijadikan sayur ibu-ibu dalam pantang, kerana ia mengandungi banyak vitamin. Pucuk pegaga baik direbus dan dimakan bersama nasi bagi ibu-ibu dalam pantang, sayur ini berkhasiat untuk merawat vagina dan penyakit di bahagian vagina. Makanlah 2 kali sehari.

Buah anggur, berkhasiat panas, buah ini boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang.

Sayur-sayuran sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili, tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang. Mengambil sayur-sayuran sejuk boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Selain daripada sayur-sayuran sejuk, buah-buahan seperti nenas, limau dan buah lai tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu semasa dalam pantang kerana buah-buahan ini berbisa dan sejuk. Jika ibu-ibu memakannya boleh menyebabkan bentan dan turun darah.

25 comments:

  1. Saya tidak bersetuju dengan alasan2 dalam berpantang di atas. Berzaman orang Melayu menerima apa yanng diturunkan tanpa soalan apalagi kajian. Kita ditakut-takutkan dengan alasan yang pelbagai, dan mengangguk dalam kelesuan ilmiah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adat berpantang mmg dr dulu lagi...semua di atas adalah biasa kita dgr dan kalau boleh kita amalkan. masa dlm pantang takkan terasa. nanti umur dh meningkat, anda akan rasa sakit2 tu. unless anda org kaya yg selalu mkn vitamin sehari dekat 10 biji :)

      Delete
    2. berpantang itu penting. masa ni memang la tak terasa. tp semua nya akan jelas nampak bila umo dah meningkat. saya sendiri pernah melihat perbezaan antara dua individu yang mana si A berpantang dan B tidak berpantang terus. Nyata wajah dan tahap kesihatan mereka amat berbeza.

      Delete
    3. Salam.
      Terima kasih sudi kongsi info.

      Delete
  2. salam,
    Nak tanye boleh tak makan kopi radix semasa hamil atau berpantang?tujuan mengeluarkan angin dalam badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Maaf akak tak pasti dgn kandungan kopi radix....uhuhu

      Delete
  3. akum. nk tanya. sayur bayam n epal boleh makan tak?

    ReplyDelete
  4. salam, nak tanya. buah limau tak boleh makan masa berpantang. bagaimana pula dengan buah oren?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam noorafzan,
      Boleh makan. Insyaallah takde masalah. Tq

      Delete
  5. sy xpasti dgn kebenaran alasan2 ttg larangan2 di atas.. tp bile tgok org2 zaman mak, opah sihat tubuh bdn, so sy decide nk amalkn pantang dgn cara org2 zaman mereka.. mungkin kesan buruk xnmpk skg, dah tua, sape yg tau.. tmbah2 yg dalaman..

    ReplyDelete
  6. ada yg blh d amalkn.ada yg sy tk amalkn.depends on orang n jnis darah ler.sy jnis yg lasak.sy tk blh asyik baring saja tnpa buat apa2.bl sy byk buat kjer,sy rs sgt sihat.

    ReplyDelete
  7. Salam, kak sy da berpantang selama 26 hari, 1 week lpas sy ada termakan buah lai, sbb sy tak tahu... tanye mak pun mak kata boleh je... than 4 hari lpaa sy baru terasa kesannye. Su punye buah dada sebelah kiri ada mcm biji angin. Sakit sangat. Sy da cuba tuam ngn kain panas pun ta jalan. Makin bertambah lg 2 biji angin tu. Tiap kali sy nk perah susu msty sy nangis kak. Sakit betol. Dan tiap kali lepas maghrib msty sy demam, suhu bdn sy mncecah smpai 39.+·c. Dan kepala sy pun sakit mcm nk pecah da 4 hari sy alami semua ni. Please akk tlg sy.. sy dah tak tahu nk buat mcm mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam suhaizah samad,
      Sakit yg dialami mungkin sbb bengkak susu. Rasanya bukan sbb mkn buah lai. Mkn panadol 2 biji, buat demahan. Pastu petah ye. Insyaallah ok nanti. Klau perlu blh call akak 0192077643 tq

      Delete
  8. Akak nak tnya,pisang bleh mkn x?sy ade mkn pisang berangan.byk juga lebih 5 biji kot.he.pastu mlm sy kesejukan mcm nak kejang.hu.

    Buah apa je yg bleh sy mkn.risau plak kot nutrisi xckup dlm susu coz sy full bf.

    ReplyDelete
  9. Salam nani,
    Sebenarnya pisang boleh mkn. Tp jgnlah mkn terlalu banyak. Cukuplah sebiji sehari. Lain2 buah prun, oren n epal hijau. Insyaallah nutrisi dlm susu ibu cukup. Jgn risau ye. Tq

    ReplyDelete
  10. Salam kak. Nak tanya sikit, kalau baby angin n kembung perut, adakah disebabkan badan saya juga angin? Tapi saya takda la rasa kembung atau angin. Meragam pulak baby pasal tak selesa perut kembung. Lepas bf je tunggu beberapa min mesti die nk muntah..

    ReplyDelete
  11. Wsalamvkameilia,
    Bb kembung perut n angin tak menybbkan bdn puan berangin. Pynca bb kembung perut mungkin disbbkan oleh pemakanan si ibu atau bb tidak dipakaikan barut n disapukan minyak. Slps penyusuan, klau perlu sendawakan ye. Tq

    ReplyDelete
  12. nk tambah satu lagi..orang dulu2 mlarang ibu2 mnyapu sampah spanjang tempoh bpantang sbb takut bentan..dan emosi kena sentiasa dijaga bg mngelakkan angin meroyan naik ke kepala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Terima kasih sudi kongsi info.

      Delete
  13. Assalamualaikm. Tumpang ye..nak share pengetahuan..kopi radix blh minum sbb ia memanaskan badan. Ada macam2 radix yg elok dlm produk tu. Produk kopi yg memanaskan mcm tu blh minum tp jgn le byk2. Sy pernah minum produk mcm ni cuma masa pantang setakat sehari pg, sehari ptg, cukup le..lebih2 sgt nnt, susu cpt kering/baby tak nak menyusu sgt sbb mgkin rasa pahit sikit. Buah oren mmg sgt digalakkan kalau c-zer, cpt baikkan luka c-zer tu. Mgkin kalau normal, lagi cpt baik kot... :)

    ReplyDelete
  14. salam kak engku. sejak bersalin sehingga hari ke 20 berpantang ni, jari-jari saya sakit dan kebas. sendi jari rasa sangat tak selesa.

    sebab angin atau apa? macam mana cara nak hilangkannya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, minum susu tepung ye. Klau ada budget blh ambil produk shaklee.Insyaallah mmbantu

      Delete
  15. saya nk tnye,luka bersalin akan sembuh brape lame ?sbb saya da 3 mggu masih lg trase xsdp untuk duduk dgn selesa,

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.

Mesej & Cadangan

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.