"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

29 April 2010

Menjaga Si Kembar

Mempunyai bayi kembar memang menyeronokkan walaupun mungkin agak meletihkan kerana beban penjagaannya meningkat 2 kali ganda atau mungkin lebih dari itu. Ibu yang hamil anak kembar sering berasa gusar memikirkan apakah dapat menjaga anak kembar sekaligus dalam satu satu masa. Jangan panik, jangan risau, panduan berikut membantu anda dalam menguruskan anak kembar.

Serba Berganda

Dari segi persiapan, kelahiran anak kembar disambut sama seperti bayi biasa yang lain. Bezanya, anda hanya perlu menggandakan keperluan yang telah disediakan itu. Malah, sebaiknya ibubapa saling berbincang tentang peranan tugas masing-masing agar jadual lebih tersusun dalam menjaga anak kembar.

Jika mampu, anda boleh mendapatkan khidmat pembantu untuk membantu menguruskan anak kembar anda. Jika tidak, jangan takut atau mudah panik. Umumnya anak kembar dikatakan memiliki sikap yang sama atau hampir sama. Contohnya, sewaktu bangun tidur, lapar, mengantuk, menangis malah jatuh sakit juga mungkin pada waktu yang sama. Keadaan ini sebenarnya memberi kelebihan pada ibubapa dalam menguruskan anak kembar kerana keadaan yang dilalui oleh kembar selalunya sama.

Dari segi keperluan, uruskan mereka satu persatu. Namum jika si kembar itu mahu melakukan urusan harian bersama, seperti mandi bersama, ia akan lebih memudahkan tugas anda. Sebenarnya lebih bagus jika si kembar mempunyai aktiviti sendiri dan tidak terlalu mempunyai banyak persamaan. Ini untuk menjadikan mereka lebih berdikari dan mengelakkan mereka terlalu bergantung antara satu sama lain.

4 Bulan Pertama
  • Ini mungkin waktu yang paling sukar untuk anda menguruskan anak kembar. Tidak salah anda mendapatkan bantuan daripada pihak lain seperti pembantu rumah, mahupun sanak saudara. Jangan abaikan setiap tawaran bantuan yang datang kerana anda amat memerlukannya waktu ini.
  • Cuba kurangkan penggunaan tenaga di sekitar rumah anda. Contohnya anda mungkin boleh mengupah pembersih rumah untuk mencuci dan membersihkan rumah atau menggosok pakaian 3 hari atau seminggu? Sekurang-kurangnya ia amat membantu menjimatkan tenaga anda untuk urusan rumahtangga dan mengurangkan kepenatan anda untuk memberi tumpuan pada si kembar.
  • Tidak salah dapatkan panduan tip dari ibu-ibu yang mempunyai anak kembar. Mungkin ada yang berguna boleh anda praktikkan.
  • Adakalanya anda mungkin terlupa banyak perkara kerana harus mengingat lebih dari seorang anak dalam satu satu masa. Kerana itu tidak salah anda sediakan catatan bagi setiap kembar. Catatkan tentang jadual perubatan, yang mana telah mengambil ubat, yang sudah minum susu dan sebagainya. Ini membantu anda untuk mengingatkan keperluan si kembar anda.
  • Belajar menyesuaikan diri dengan keadaan bising atau tangisan yang berganda dari kembar anda.
  • Gandakan juga perhatian anda terutamanya apabila si kembar sudah mula boleh bergerak sendiri.
  • Belajarlah kemahiran dalam menguruskan anak kembar agar anda dapat menyesuaikan diri dan lebih arif dalam menguruskan mereka. Jangan rasa gusar bahawa anda tiada waktu kerana mengurus anak kembar. Sebaliknya anak kembar akan saling memahami dan mempunyai teman untuk membesar. Ini sebenarnya memberi anda waktu terluang kerana sejak lahir, mereka sudah mempunyai teman untuk melayani waktu tumbesaran mereka.

7 comments:

  1. kak engku,

    saya baru bersalin anak kembar girls x seiras sept aritu. mmg betul sgt happy. alhamdulillah skang dh sebulan dan semakin boleh handle ragam mereka. cuma yg jadi cuak bila dua2 nangis saing.. mak oii... kita pun bleh nangis same.. hehe..

    ReplyDelete
  2. salam syieda, tahniah dapat twin baby....bestnya. Banyak2 Sabar ye dlm melayan karenah si kembar tu....

    ReplyDelete
  3. Salam, saya baru melahirkan anak kembar lelaki julai lalu. Skrang ne dah nak 5bulan. Kadang2 rasa seronok jaga si kembar kadang2 pula rasa stress juga bila suami tak ada kerjasama nak jaga mereka tengah malam-subuh tu. Saya juga mempunyai anak perempuan sebelum si kembar ni umur baru 2tahun 1bulan. Punyalah pening saya menjaga ketiga2 mereka ni dalam satu masa. Hanya Tuhan yg tahu rasa nya. Kebetulan pulak saya ni tinggal jauh dari keluarga. Ikut suami tinggal dekat ngan tempat kerjanya.

    ReplyDelete
  4. salam,sya bakal melahirkan baby kembar dlm bln 5 nnt.sye dh mempunyai 2 org anak sblm ini yg berumur 5 thn n 3thn.sye tidak mempunyai pembantu rumah,sya bekerja sebagai guru n biasanye pulang ke rmh dlm pkl 4 ptg setiap hari.sye risau memikirkan mampukah sye menjaga kedua2 kembar n anak2 yg lain nnt.tolong beri sedikit tip kak engku....

    ReplyDelete
  5. salam...tahniah Syieda dpt twins.saya pun baru dpt twins.boys seiras....sama halnya mcm u..kalo dua2 nangis, i pon bole nangis apabila kita bersendirian menangani mereka....

    ReplyDelete
  6. salam.saya bru gak dpt baby twins lelaki.bru 1bln.memg penat brganda smp berat sy turun 10kg..memg sma je pergai diorg.ngs sma.berak.smp pening dbuatnya..btl kta awak smua.lau dua2 ngs, sy pn mcm nk ngs..panik.hehe..dalam ht ni duk ckp je.cpatla bsar.hehe

    ReplyDelete
  7. Assalam.. saya baru lahirkan bayi kembar.. dah sebulan.. memang banyak sangat keje.. sampai umah x terurus di sebabkan x sempat. stress tengok umah sepah.. tapi apakan daya.. biar aje le... penah gak nangis sekali sebab stress sangat,. tapi nangis minta tolong dengan Allah semoga di permudahkan segala urusan saya.. selalu nak kene ingat baca robbi yassir wala tu asssir.. semoga di permudahkan urusan saya jaga baby... apepun wajah2 comel nie buat segala tekanan ilang bila perati wajah dorang lama2.. sekarang ni dah buat positive thinking aje le.. biar aje le umah tak kemas, janji jangan stress.. takut stress nanti akan menyebabkan penyakit kemurungan.. lagi teruk.. dan mungkin boleh menyebabkan orang panggey gila meroyan.. betul tak kak Engku?

    ReplyDelete