Ramai ibubapa beranggapan memberikan puting kosong kepada si kecil akan menyebabkannya leka sehingga kurang menangis dan tidak mudah meragam. Ia memudahkan ibu melakukan kerja-kerja rumah tanpa gangguan si kecil suka merengek. Berikut tip dan panduan yang perlu anda beri perhatian terhadap penggunaan puting pada si kecil:-
- Tunggu sehingga si kecil anda boleh menggunakan puting dengan baik. Bersabarlah, sebaik-baiknya tunggu sehingga bayi berusia beberapa minggu atau lebih.
- Biarkan bayi menentukan sendiri bila dia perlukan puting kosong. Jangan sesekali dipaksa.
- Pilih puting kosong yang diperbuat dari bahan baik kualitinya dan mudah dibersihkan. Berhati-hati dengan puting yang telah rosak, ia mungkin menyebabkan si kecil tertelan. Sebaiknya pilih yang sesuai dengan si kecil.
- Jika ada puting sesuai, belilah beberapa biji. Sentiasalah menukar puting kerana sebahagian si kecil tidak mahu putingnya ditukar apabila sudah terbiasa dengan puting lama kerana telah lembut.
- Jaga kebersihan puting kosong. Sebelum menggunakan puting baru, cuci terlebih dahulu. Untuk mengelakkannya berkulat, rendamkan setiap hari dalam mangkuk berisi air panas yang dicampurkan sedikit cairan khusus mencuci puting.
- Jangan menggunakan tali menggantungkan puting kosong pada leher si kecil, bimbang tali terbelit di leher dan boleh menyebabkan kematian.
- Jika puting terlepas dari mulutnya ketika tidur, jangan masukkan semula ke dalam mulutnya.
- Cuba cari cara lain untuk menenangkan bayi ketika meragam dan menangis. Jangan terburu-buru memasukkan puting dalam mulutnya. Mungkin dengan sedikit ayunan dan dukungan sudah memadai untuk si kecil kembali tenang. Ini penting supaya dia tidak terlalu bergantung kepada puting kosongnya apabila menangis.
- Ketahui bila sebaiknya anda menghentikan pemberian puting kosong kepada anak. Kebanyakkan kanak-kanak berhenti menghisap puting ketika berusia 2 hingga 4 tahun. Jika tidak pasti usianya yang masih menggunakan puting kosong, anda boleh mendapatkan nasihat pakar kanak-kanak.
- Akhir sekali, keputusan memberikan puting kosong atau tidak berada di tangan anda. Biarkan kesalahan menjadi guru terbaik dalam mendidik dan merawat si kecil anda.
No comments:
Post a Comment