Bayi atau kanak-kanak yang mengalami jangkitan mulut akan berasa sakit di dalam mulutnya, dengan itu penyusuan akan menyakitkannya. Seriawan (tompok putih di lidah dan lelangit) sering dikaitkan dengan bayi.
Kanak-kanak yang berusia lebih daripada setahun cenderung mengalami lepuhan selsema, biasanya pada atau sekeliling bibir, tetapi adakalanya di dalam mulut.
Cara Membantu
Jika mulut anak sakit, jadikan waktu makan dan minumnya tidak menyakitkan. Sejukkan makanan panas terlebih dahulu sebelum memberikan makanan itu kepada anak kerana makanan panas, umumnya menyakitkan berbanding makanan sejuk. Beri anak minuman sejuk dengan banyak, jika tidak mahu biarkan anak menggunakan straw untuk menyedut minuman dari cawan.
Makanan Terbaik Untuknya
Apa Puncanya
Seriawan sejenis jangkitan disebarkan oleh yis yang hidup dalam mulut dan usus. Yis ini biasanya dikawal oleh bakteria, adakalanya berganda di luar kawalan sehingga menyebabkan ruam yang menyakitkan.
Gejala
Apa Boleh Anda Bantu

- Sup yang berkhasiat dan mudah dimakan, boleh dihidangkan sejuk. Sebagai pilihan cairkan makanan atau potong halus.
- Minuman sejuk, tetapi elakkan jus buah-buahan kerana ia terlalu berasid.
- Aiskrim adalah pilihan tepat kerana ia sedap dan sejuk.
- Keju, galakkan anak makan keju dan minum air selepas makan untuk membantu membersihkan giginya tanpa perlu digosok.
Apa Puncanya
Seriawan sejenis jangkitan disebarkan oleh yis yang hidup dalam mulut dan usus. Yis ini biasanya dikawal oleh bakteria, adakalanya berganda di luar kawalan sehingga menyebabkan ruam yang menyakitkan.
Gejala
- Anak enggan makan atau menyusu disebabkan sakit mulut.
- Terdapat tompok berwarna kekuningan berkrim di sebelah dalam pipi, lidah atau lelangit yang tidak mudah hilang jika anda cuba mengelapnya.
- Mungkin juga berlaku di bahagian dubur seperti ruam lampin.
Apa Boleh Anda Bantu
- Lapkan tompokan dalam mulut anak perlahan-lahan menggunakan sehelai sapu tangan yang bersih. Sekiranya tompok itu tidak tanggal dengan mudah, anak anda mungkin mengalami seriawan. Jangan gosok dengan kuat bimbang kesan tompakan yang kerap anda lap itu akan berdarah dan menyakitkan bayi.
- Berikan anak makanan yang mudah dimakan. Sekiranya dia menyusu botol, beli puting susu yang lebih lembut dan sentiasa bersihkannya dengan cermat. Sterilkan puting setiap kali selepas penyusuan.
- Sekiranya anak menyusu badan, teruskan penyusuan seperti biasa tetapi lebih berhati-hati tentang kebersihan puting untuk mengelakkan puting anda dijangkiti. Cuci puting anda menggunakan air, bukan sabun selepas penyusuan bayi. Jangan pakai pelapik payudara. Sekiranya puting berasa sakit atau mengalami tompok putih, minta nasihat doktor.
- Jika anda pasti anak mengalami seriawan, anda perlu membawanya segera mendapatkan rawatan. Doktor mungkin memberikan ubat untuk dititiskan ke dalam mulut bayi sebelum penyusuannya, atau gula-gula berubat untuk dihisap kanak-kanak yang berusia dua tahun ke atas.
No comments:
Post a Comment