Ekzema adalah kegatalan di bahagian kulit yang disertai dengan kesan atau tompokan merah dan bersisik yang disebabkan oleh alahan. Ekzema biasa dialami di bahagian muka dan lipatan kulit seperti di bahagian dalam siku dan belakang lutut dan boleh tersebar ke bahagian kulit lain.
Ekzema mula dikesan seawal usia bayi 3 bulan hingga 2 tahun, kemudian bertambah baik apabila kanak-kanak membesar. Setengah daripada kanak-kanak yang menghidap ekzema tidak lagi mengalami ekzema bila meningkat usia 6 tahun dan hampir keseluruhannya bebas ekzema apabila mencapai usia baligh.
Anak anda mungkin mengalami ekzema jika ada orang lain dalam keluarga mengalami alahan seperti ekzema, asma dan alergi.
Berikut Panduan Boleh Anda Amalkan Jika Anak Menghidap Ekzema

- Apabila mandikan anak, bersihkan kawasan yang dijangkiti dengan cara mengelap bahagian tersebut menggunakan minyak bayi, gliserin atau ubat salap. Daripada sekadar membersihkannya menggunakan sabun. Bilas sehingga bersih dengan air.
- Selepas mandi, sapukan krim pelembab tanpa pewangi pada kulit anak kerana bahagian ini mungkin menjadi tersangat kering, jangan letak bedak pada kawasan yang dijangkiti.
- Pakaikan anak dengan pakaian daripada kain kapas, bukan kain bulu. Apabila sejuk, pakaikan pakaian daripada kain kapas di bawah lapisan pakaian yang lebih hangat.
- Cuba halang anak daripada menggaru bahagian yang dijangkiti. Pakailah sarung tangan untuk menggaru pada waktu malam jika ini mungkin dapat membantunya. Pastikan kuku jarinya pendek.
- Siasat punca alahan, jika alergi makanan terutama hasil tenusu dan gandum, bulu binatang, pakaian bulu dan serbuk pencuci.
- Kerisauan juga boleh mencetuskan ekzema. Oleh itu siasat sama ada terdapat sesuatu yang merisaukan anak.
- Apabila ekzema adalah teruk, asingkan daripada sesiapa yang mempunyai penyakit cacar air atau lepuhan.
- Jika ekzema anak telah merebak atau sangat gatal, keluar cairan dari ekzema tersebut, segera bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.
No comments:
Post a Comment