"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

15 April 2010

Tip Tingkatkan Daya Tahan Bayi

Menjadi tugas anda sebagai ibubapa untuk membantu memperkuat daya tahan atau sistem imunisasi bayi anda dari pelbagai penyakit terutamanya demam dan flu, juga mengurangkan kemungkinan jangkitan kuman atau gejala penyakit merbahaya.

Berikut beberapa tip untuk menguatkan daya tahan tubuh bayi anda:
  • Pastikan bayi anda mendapat sistem imunisasi sepenuhnya. Imunisasi merupakan cara yang penting agar bayi tetap sihat dan menjauhkannya daripada beberapa penyakit merbahaya seperti hepatitis TBC, polio dan lain-lain.
  • Berikan bayi anada susu ibu kerana susu ibu paling berkesan untuk memperkuatkan sistem kekebalan tubuh bayi. Susu ibu mengandungi antibodi untuk melawan sebarang jangkitan penyakit. Menyusukan bayi dengan susu ibu juga mengurangkan tempoh jangkitan dan tahap keseriusan sesuatu penyakit yang biasa menyerang bayi, seperti infeksi telinga.
  • Sebelum bayi berusia 6 bulan, jangan biar ia dipegang atau dipeluk oleh ramai orang untuk menggelakkan dari jangkitan virus atau jangkitan penyakit dari orang yang memegangnya.
  • Perhatikan siapa yang mendukung si kecil anda. Siapapun yang mendukungnya haruslah dalam keadaan sihat. Ia bertujuan untuk menghindari bayi dari jangkitan virus atau daripada orang yang mendukungnya.
  • Sentiasa mencuci tangan anda (sebagai ibunya) atau anggota keluarga yang lain sebelum memegangnya. Mencuci tangan secara teratur adalah cara terbaik untuk mencegah penyebarab penyakit. Ini kerana virus dan jangkitan penyakit mudah berpindah di beberapa tempat yang kita sentuh misalnya tombol pintu, gagang telefon dan sebagainya.
  • Ajaklah si kecil jalan-jalan agar tidak menglami stres yang boleh melemahkan sistem kekebalan tubuhnya. Selain mengajaknya berjalan-jalan di sekitar rumah.
  • Beri vitamin C dengan cara menyertakan sayuran dan buah-buahan dalam menu makanan hariannya. Vitamin C diyakini dapat membantu memulihkan sistem kekebalan tubuh si kecil.
  • Jaga pengambilan gula anak, agar anda tidak memberikannya gula secara berlebihan. Kajian menunjukkan bahawa kandungan gula boleh menyebabkan sel-sel darah putih kurang aktif dan responnya terhadap kuman adalah lemah.

No comments:

Post a Comment