"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

25 March 2010

Teknik Penyusuan

Untuk memastikan kejayaan dalam penyusuan.

Ibu-ibu perlulah:
  • Mempunyai kemahuan untuk menyusukan bayinya
  • Yakin bahawa susunya mencukupi
  • Cukup rehat dan hindari dari tekanan
  • Diberi pengetahuan semasa mengandung tentang faedah-faedah susu ibu dan cara-cara penyusuan


Posisi Ibu

Ibu boleh memilih kedudukan yang paling selesa dan dapat bertahan lama.
  • Posisi baring
  • Duduk : cradle hold atau reverse cradle hold
  • Kedudukan sisi (football hold)
  • Berbaring terlentang

Posisi Menyusukan Bayi Anda

Anda boleh memilih posisi yang anda rasakan sesuai mengikut keselesaan anda dan bayi.


Posisi Bayi

Sentiasa memastikan bayi selesa, jaga dan tidak menangis
Kedudukan bayi (aligment)
Bayi dipegang dengan tangan rapat
Perut bayi menghadap ke perut ibu
Kepala bayi rapat ke buah dada dan di ampu


Melekap (Attachment)

Cara Memegang Buah Dada

1. Gunakan posisi 'C' dengan menggunakan posisi C, tidak memberi tekanan kepada saluran laktiferous pengaliran susu tidak terganggu.

2. Elakkan memegang buah dada dengan posisi 'Scissor Hold':
  • posisi scissor boleh menyebabkan tekanan di buah dada bahagian atas dan bawah dan menyebabkan pengaliran susu terganggu.
  • posisi scissor juga boleh menyebabkan puting kerap terkeluar dari mulut bayi kerana tekanan di bahagian atas areola
  • posisi scissor boleh digunakan sekiranya susu terlalu banyak, untuk mengurangkan kecepatan pengaliran susu

3. Gunakan selimut atau bantal untuk mengampu bayi

4. Sentuh puting ke bibir bayi

5. Tunggu sehingga bayi membuka mulut seperti menguap

6. Rapatkan bayi ke buah dada supaya mulut bayi dapat kawasan hitam (areola) sebanyak mungkin.


Posisi yang betul setelah bayi melekap:
  • Hidung Bayi : jauh dari buah dada
  • Bibir Bayi : terbuka luas seperti mulut ikan
  • Dagu Bayi : terkena atau menekan buah dada

Semasa Menyusu:
  • Bayi menghisap dan berhenti
  • Terdengar bunyi bayi menelan susu
  • Pipi bayi kembong
  • Sekiranya bayi berhenti terlalu lama atau tidur, bangunkan bayi anda dengan cara memegang di bahagian dagu, kaki dan lain-lain bahagian

Teknik Mengeluarkan Mulut Bayi Dari Buah Dada
  • Letakkan hujung jari kelingking di bahagian sudut mulut bayi
  • Keluarkan puting susu apabila bayi kenyang.

Puting Tiruan dan Sucking Confusion
  • Selepas menggunakan puting tiruan, bayi suka menghisap buah dada
  • Bayi beralih kepada sedutan dan aliran graviti yang bergantung kepada saiz lubang puting
  • Bayi mungkin mengangkat lidah untuk mengawal aliran susu
  • Akhirnya bayi lebih suka kepada puting tiruan

Tidak Perlu Air Tambahan Atau Puting Kosong (Dummies)
  • Ada hisapan - ada pengeluaran
  • Risiko alahan
  • Risiko jangkitan melalui puting
  • Mengubahkan teknik menghisap yang tidak betul
  • Boleh menyebabkan kegagalan dalam penyusuan susu ibu

Tanda-tanda Susu Ibu Mencukupi
  • Bunyi bayi menelan susu
  • Ibu merasa sesemut di buah dada
  • Let down di buah dada yang sebelah lagi
  • Bayi kencing 6 kali atau lebih 24 jam
  • Buang air besar 4 - 8 kali dalam masa 24 jam
  • Selesa di antara penyusuan
  • Payudara keras sebelum menyusu dan lembut selepas menyusu
  • Berat badan bayi naik 18 - 30 grams / tiap hari atau 125 - 210 grams / seminggu.


Lama Dan Kekerapan Menyusu
  • Lama masa menyusu terpulang kepada bayi
  • Puaskan menyusu pada satu buah dada sebelum memberi yang satu lagi
  • Susuan pada peringkat awal - bayi mendapat fore milk atau susu awal
  • Susuan peringkat pertengahan dan akhir bayi mendapat hind milk atau susu matang

Kekerapan:
  • Terpulang kepada bayi mengikut kekerapan masing-masing
  • Peringkat awal - lebih kerap
  • atau mengikut keperluan bayi

Makanan
  • Ibu memerlukan kalori yang tinggi dan air yang mencukupi untuk menghilangkan dahaga.
  • Ikuti panduan makanan ibu mengandung dan ibu menyusu bayi

No comments:

Post a Comment