Wanita hamil perlu berhati-hati dengan pemakanan yang diambil kerana mudah mengundang risiko terhadap kandungan. Berikut antara perkara yang perlu anda perhatikan dalam pemakanan untuk mengelakkan keracunan makanan yang boleh membahayakan kehamilan anda.
- Elakkan beli makanan yang sudah luput tarikh lupusnya atau pembungkusannya sudah rosak.
- Jangan membeli susu atau makanan berasaskan susu yang tidak dipasteur.
- Simpan daging atau tenusu di bawah suhu 40 darjah selsius.
- Pastikan tangan sentiasa bersih sebelum memegang makanan.
- Cuci sebersihnya buah atau sayuran mentah sebelum dimakan.
- Makanan yang diperap atau didingin beku dalam peti sejuk haruslah dimasak dahulu sebelum dimakan.
- Jauhi makanan mentah atau separuh masak.
- Pastikan daging dan makanan laut dimasak dengan sempurna.
- Pastikan makanan yang dingin beku seperti sosej benar-benar masak kerana makanan jenis ini tidak menjamin bakteria mati sepenuhnya.
- Jauhi daripada membeli makanan yang dijual di tepi-tepi jalan, warung yang tidak menjaga kebersihan, kerana ditakuti makanan terdedah dengan kotoran.
No comments:
Post a Comment