"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

25 March 2010

Diet Dan Ibu Yang Menyusu Bayi: Kepercayaan Diet Di Malaysia

Ibu yang menyusu bayi memerlukan lebih nutrient dari ibu yang tidak menyusukan bayi untuk membentuk susu dan membekalkan nutrient kepada susunya. Jadual di bawah menunjukkan ringkasan perbandingan keperluan nutrient untuk ibu mengandung, ibu yang menyusu dan ibu yang normal:


Nutrient:

1. Tenaga (kilokalori)
  • Wanita Normal : 2000
  • Wanita Mengandung : + 150 - 350
  • Wanita Menyusu : + 550

2. Protein (g)
  • Wanita Normal : 37
  • Wanita Mengandung : + 13
  • Wanita Menyusu : + 24

3. Kalsium (mg):
  • Wanita Normal : 450
  • Wanita Mengandung : + 750
  • Wanita Menyusu : + 750

4. Ferrum (mg) :
  • Wanita Normal/Mengandung dan Menyusu : 28

5. Vitamin A (mcg) :
  • Wanita Normal/ Mengandung : 750
  • Wanita Menyusu : + 450

6. Vitamin D (mcg):
  • Wanita Normal : 2.5
  • Wanita Mengandung/Menyusu : + 7.5

7. Thiamine (mg) :
  • Wanita Normal : 0.8
  • Wanita Mengandung/Menyusu : + 0.2

8. Riboflavin (mg) :
  • Wanita Normal : 1.2
  • Wanita Mengandung : + 0.2
  • Wanita Menyusu : + 0.3

9. Niacin Equivalent:
  • Wanita Normal : 1.3
  • Wanita Mengandung : + 2.3
  • Wanita Menyusu : + 3.6

10. Asid Folik (mcg) :
  • Wanita Normal : 200
  • Wanita Mengandung : + 200
  • Wanita Menyusu : + 100

11. Vitamin B 12 (mcg):
  • Wanita Normal : 2.0
  • Wanita Mengandung : + 1.0
  • Wanita Menyusu : + 0.5

12. Asid Askorbik (mg) :
  • Wanita Normal : 30
  • Wanita Mengandung / Menyusu : + 20


Jadual di atas menunjukkan peningkatan keperluan tenaga sebanyak 25% bagi ibu yang menyusukan bayi. Purata pengeluaran susu adalah sebanyak 850 malam / hari dan tenaga diperlukan untuk tujuan ini adalah 785 kilokalori. Walaubagaimanapun jumlah yang disyorkan oleh Malaysia Recommended Dietaru Allowance adalah tambahan 550 kilokalori kepada keperluan yang normal sebab kalori yang selebihnya boleh diperolehi dari tisu lemak seseorang. Tambahan kalori ini adalah mencukupi untuk jangkamasa penyusuan selama 3 bulan. Bagi ibu yang menyusu bayi melebihi jangkamasa ini atau ibu yang mengalami turun berat badan yang melebihi had atau ibu yang menyusu lebih dari seorang anak akan memerlukan tambahan sebanyak 550 kilokalori sehari.

Pada kebiasannya penggunaan tisu lemak dari tubuh semasa tempoh penyusuan akan menyebabkan ibu mengalami kekurangan berat badan. Sekiranya ibu pandai memilih makanan yang baik, kekurangan kalori serta penurunan berat badan tidak akan mempengaruhi pengeluran susu. Adalah perlu diingat bahawa lemak dalam tubuh digerakkan agak lambat, oleh itu kekurangan kalori yang terlalu banyak dalam diet boleh menjejaskan pengeluaran susu. Ini bermakna ibu yang menyusukan bayi seharusnya tidak boleh mengamalkan diet yang serius untuk mengurangkan berat badan, akibatnya pengeluaran susu akan berkurangan. Ibu-ibu yang ingin mengurangkan berat badan boleh berbuat demikian dengan mengamalkan cara makan yang baik, mengelakkan penggunaan banyak lemak dan gula di dalam diet dan disertai dengan senaman.

Peningkatan keperluan protein akan membekalkan protein dalam susu ibu. Pengambilan protein dan kalori yang berkurangan tidak akan mempengaruhi kualiti susu tetapi kuantiti susu akan berkurangan.

Keperluan vitamin dan mineral juga meningkat semasa laktasi/penyusuan. Penekanan diberi kepada kalsium, sebab vitamin dan mineral yang lain mudah diperolehi dengan memakan berbagai jenis makanan dan meningkatkan pengambilan kalori.

Ibu yang menyusukan bayi perlu mempastikan pengambilan kalsium yang tinggi untuk mengelakkan kehilangan kalsium tulang di hari hadapan. Pengambilan kalsium yang rendah di dalam diet tidak akan mempengaruhi kualiti atau kuantiti susu sebab kekurangan ini akan ditampung oleh pergerakan kalsium dari tulang yang boleh mempengaruhi kesihatan ibu dalam jangkamasa yang panjang.

Selain daripada nutrient, pengambilan air oleh ibu adalah sama penting untuk pengeluaran susu. Susu mengandungi 87% air. Lebih kurang 750 - 850 ml air digunakan untuk pengeluaran susu. Oleh itu pengambilan air yang tinggi, lebih kurang 3 liter / hari atau 2 -3 quart diperlukan untuk memastikan pengeluaran susu yang cukup. Kekurangan air dalam diet tidak akan mempengaruhi kualiti susu tetapi akan mengurangkan kuantiti susu yang dikeluarkan. Sumber air meliputi air, susu, suup kuah dan minuman lain.


Diet Untuk Memenuhi Keperluan Nutrient

Ibu-ibu tidak memerlukan diet yang istimewa untuk memenuhi keperluan nutrient. Diet yang seimbang adalah memadai. Diet yang seimbang boleh didefinisikan sebagai diet yang mengandungi semua nutrient dalam jumlah yang diperlukan untuk memenuhi keperluan tubuh.


Pada asasnya makanan boleh dikelaskan kepada:

(a) Makanan yang kaya dengan lemak dan karbohidrat

(b) Makanan yang mengandungi vitamin dan mineral

(c) Makanan membina tubuh yang kaya dengan protein


Di bawah ini adalah beberapa panduan untuk merancang diet:

Nutrient:

1. Karbohidrat
  • Sumber: Nasi, tepung, produk dari tepung, semua jenis mee, roti, kentang, ubi, keledek, kek, kuih dan kekacang

2. Protein
  • Sumber : Semua jenis daging, telur, ayam, makanan laut, organ, kacang, susu, keju, jam dan kacang

3. Lemak
  • Sumber: Semua jenis lemak dan minyak, termasuk margerin dan mentega

4. Vitamin dan mineral
  • Sumber: Buah-buahan, sayur-sayuran, susu, keju, telur, daging, roti dan bijirin

Diet seharian untuk ibu yang menyusu boleh dirancang berdasarkan pengkelasan ini:

Makanan
  • Susu : keperluan 1 - 1 1/2 gelas
  • Daging, ikan dan ayam : 120 gm (masak)
  • Telur : 1 biji
  • Nasi dan Jenis Mee : 4 - 5 cawan
  • Lemak dan minyak: 3 camca besar
  • Sayur-sayuran hijau: 1 - 1 1/2 cawan (masak)
  • Buah - buahan yang kaya vitamin C: 180 - 280 grams
  • Sayur-sayuran dan buah-buahan yang lain: 1 1/2 - 2 cawan

Tambahan kalori yang diperlukan oleh ibu yang menyusukan bayi mestilah mengandungi makanan yang kaya dengan vitamin A, thiamine, riboflavina, kalsium dan protein. Bagi memenuhi keperluan untuk protein dan kalsium, ibu-ibu digalakkan meminum susu atau hasil tenusu dengan secukupnya. Ini juga akan memenuhi keperluan vitamin dan mineral yang lain. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran perlu digalakkan walaupun terdapat banyak pantang larang yang berkait dengan makanan ini. Secara umumnya, harus mengambil kira berbagai faktor yang boleh mempengaruhi ibu seperti faktor kebudayaan, sosial dan ekonomik. Nasihat tentang diet mestilah yang biasa ditemui oleh ibu-ibu. Dengan ini dapat dikukuhkan diet yang sediada daripada membuat perubahan yang mendadak.


Kepercayaan Dan Adat Resam

Di Malaysia pantang larang dan penjagaan makanan adalah perkara biasa yang diamalkan selepas bersalin. Walaubagaimanapun waktu selepas bersalinlah merupakan tempoh ibu-ibu memerlukan diet yang berzat untuk menggantikan tenaga, darah dan nutrient yang telah hilang. Kakitangan kesihatan boleh menolong ibu-ibu yang ingin mengikut pantang dengan mengesyorkan berbagai pilihan makanan diet ibu.

Makanan biasanya dikelaskan sebagai 'panas', 'sejuk', 'racun' atau 'angin'. Kepercayaan bahawa ibu yang baru lepas bersalin adalah sangat sensitif kepada makanan 'sejuk' terdapat pada semua kaum. Kebanyakan makanan dikelaskan sebagai makanan 'sejuk' adalah buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin dan mineral. Ibu-ibu selalunya percaya bahawa makanan seperti ini mungkin boleh menyebabkan kembong kepada bayi yang disusui atau akan melemahkan tubuh ibut dan meningkatkan kehilangan darah. Walaubagaimanapun tiada terdapat kajian saintifik yang boleh menyokong kepercayaan ini.

Makanan yang dikelaskan sebagai 'bisa' termasuk telur, udang, sotong, kerang dan beberapa jenis ikan. Adalah dipercayai bahawa makanan ini jika dimakan boleh menyebabkan gatal pada luka atau pembedahan, dan ini akan melambatkan pemulihan. Dalam hal ini juga terdapat kajian saintifik yang boleh menyokong kepercayaan ini.

Makanan 'berangin' meliputi makanan seperti nangka, cempedak, ubi, keledek, beberapa jenis pisang, timun dan lain-lain.

Makanan-makanan 'panas' seperti lada merah, lada hitam dan kopi adalah makanan yang diamalkan sebab makanan ini dipercayai boleh memanaskan badan selepas bersalin. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa ibu-ibu lepas bersalin mengamalkan diet yang terhad semasa pantang seperti nasi, garam, lada hitam, dan ikan kering, Bagi kaum cina pula makanan seperti ayam dan halia serta wine. Nutrient yang terdapat dalam diet seperti ini adalah sangat terhad. Pengambilan air juga terhad sebab kepercayaan yang salah bahawa air yang banyak boleh menambahkan kehilangan darah masih dipegang. Diet seperti ini boleh menyukarkan penyusuan, terutama sekali dari aspek kuantiti susu yang dikeluarkan. Ini juga boleh mengakibatkan kekurangan pemakanan dan sembelit pada ibu.

Oleh kerana ramai ibu masih lagi mengamalkan pantang seperti ini, kakitangan kesihatan mungkin boleh mengesyorkan makanan lain bagi mengatasi masalah seperti ini.

Sebagai contoh, sekiranya pengambilan air oleh ibu terhad, kakitangan kesihatan boleh mengesyorkan ibu memakan lebih kuah dan sup dengan makanan lain. Untuk ibu di bandar, terdapat beberapa buah-buahan yang diimport tidak termasuk dalam pengkelasan makanan 'panas' atau 'sejuk', buah-buahan ini boleh dimakan kadangkala semasa pantang.

Di bawah adalah senarai beberapa sumber nutrient yang boleh dicadangkan kepada ibu-ibu yang bersalin untuk mempelbagaikan diet:

  • Kalsium:susu, keju, tairu, ikan bilis, sardin, budu, taukua, tauchoo, fucuk, daun kelor, cekor manis, bayam, karot, ulam raja, pegaga, kaduk dan pucuk betik
  • Vitamin A : hati ayam, hati lembu, bayam, lada, cekur manis, daun turi, pegaga, karot dan mengkudu
  • Asid folik: hati, daging, sayuran hijau dhall
  • Vitamin C: jambu, jambu ajus, betik, limau, lada, kacang kelo, pucuk ubi, cekor manis, daun turi, mengkudu, daun pegaga, kadok dan selom.
  • Ferum: hati lembu, paru, buah pinggang, kerang, udang kering dan pegaga

Kesimpulan:

Akhir sekali perlu diketahui bahawa persediaan untuk menyusuan ibu bukan bermula selepas melahirkan bayi tetapi semasa waktu mengandung lagi. Ibu yang ingin menyusukan bayi harus bersedia bukan sahaja dari aspek fisiologi seperti jagaan pemakanan dan kesihatan tetapi persedian mental juga penting. Kedua-dua faktor ini adalah kritikal untuk mempastikan kejayaan penyusuan ibu.

1 comment: