"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

05 March 2010

Saranan Pemakanan Mengikut Kumpulan Umur Kanak-kanak

Saranan Pemakanan Bagi Bayi dari Lahir hingga Berumur 6 Bulan
  • Berikan hanya susu ibu dari lahir hingga bayi berumur 6 bulan (180 hari)
  • Susukan anak anda dengan susu ibu sekerap yang mungkin dan mengikut kehendaknya, siang dan malam, sekurang-kurangnya 8 kali dalam masa 24 jam.
  • Susukan anak anda apabila dia menunjukkan tanda-tanda lapar, meragam dan menghisap jari.
  • Galakkan bayi anda menyusu pada sebelah payudara terlebih dahulu sehingga kosong kemudian barulah bertukar ke payudara yang berikutnya.
  • Jangan berikan makanan atau minuman selain daripada susu ibu kerana susu ibu boleh menghilangkan rasa dahaga dan lapar anak anda.


Saranan Pemakanan Bagi Bayi Berumur 6 Bulan hingga 1 Tahun
  • Susukan anak anda dengan susu ibu sekerap yang dia mahu.
  • Berikan makanan asas bersama pelbagai jenis makanan daripada sumber haiwan dan makanan berkhasiat yang lain.
  • Tingkatkan kuantiti makanan mengikut umur sambil meneruskan penyusuan susu ibu.
  • Pada umur 6 - 8 bulan, berikan 2 - 3 sudu besar bubur pekat atau makanan yang dilecek sebanyak 2 - 3 kali sehari.
  • Tingkatkan pemberian makanan secara beransur-ansur sehingga 1/2 cawan.
  • Pada umur 8 bulan, berikan makanan jejari yang mudah bayi pegang dan kunyah.
  • Biarkan bayi anda cuba makan sendiri tetapi berikan bantuan.
  • Elakkan makanan yang boleh menyebabkan bayi anda tercekik (seperti anggur, kacang dan lobak merah).
  • Berikan 1 - 2 snek di antara waktu makan utama bergantung kepada seleranya.
  • Pada umur 9 - 11 bulan, berikan makanan yang dicincang atau dilecek dan makanan jejari, sebanyak 1/2 cawan, 3 - 4 kali sehari bersama 1 - 2 snek bergantung kepada selera anak anda.
  • Berikan anak anda makan menggunakan pinggang atau mangkuknya sendiri.
  • Bantu anak anda makan dengan sabar. Bercakap dengan penuh kasih sayang, pandang pada matanya dan galakkan dia makan tetapi jangan paksa anak anda makan.
  • Elakkan dari sebarang gangguan semasa anak sedang makan dan cuba sedaya upaya untuk menarik perhatiannya untuk makan.
  • Selepas berumur 6 bulan, bayi anda mungkin memerlukan lebih air walaupun dia minum susu seperti disarankan. Bagi memastikan sama ada anak anda masih dahaga atau tidak selepas makan, berikan sedikit air padanya (air masak didih yang disejukkan).
  • Dalam saranan ini, standard sukata "cawan" yang digunakan adalah 250ml atau 8 oz dan sukatan bagi sudu makan adalah 15 ml.
  • Saranan ketumpatan tenaga dalam makanan ialah 0.8 hingga 1.0 Kcal/g. Sekiranya makanan yang diberikan adalah cair dan mempunyai jumlah nutrien yang sedikit (lebih kurang 0.6 Kcal/g), jumlah makanan perlu ditingkatkan kepada 2/3 cawan pada bayi berumur 6 - 8 bulan dan 3/4 pada umur 9 - 11 bulan.

Saranan Pemakanan Kanak-kanak Berumur 1 hingga 2 Tahun
  • Berikan anak anda susu ibu sehingga 2 tahun
  • Teruskan memberi anak anda makan 3 - 4 hindangan makanan utama yang berkhasiat, sama ada makanan dicincang atau dilecek (jika perlu), 3/4 - 1 cawan pada setiap hidangan. Berikan 1 - 2 snek setiap hari di antara waktu makan mengikut selera anak anda.
  • Berikan makanan asas bersama pelbagai jenis makanan berkhasiat yang lain.
  • Berikan anak anda makan menggunakan pinggan atau mangkuknya sendiri. Teruskan usaha membantunya makan secara aktif.
  • Saranan ketumpatan tenaga dalam makanan ialah 0.8 hingga 1.0 Kcal/g. Sekiranya makanan yang diberikan adalah cair dan mempunyai jumlah nutrien yang sedikit (lebih kurang 0.6 Kcal/g), jumlah makanan perlu mengambil 1 cawan penuh pada setiap hidangan.


Saranan Pemakanan Kanak - Kanak Berumur 2 hingga 5 Tahun
  • Berikan makanan keluarga 3 kali sehari. Berikan 2 snek di antara waktu makan utama.
  • Berikan pelbagai jenis makanan seperti yang tersenarai dalam Panduan Pemberian Makanan Pelengkap. Sekiranya anak anda menolak untuk makan makanan baru, terus memujuk anak anda beberapa kali untuk merasainya. Tunjukkan bahawa anda juga menyukai makanan tersebut.
  • Jangan paksa anak anda makan. Beri anak anda makan berdasarkan sukatan yang bersesuaian mengikut saiz, umur dan tahap aktiviti. Tingkatkan kuantiti makanan anak anda mengikut peringkat umur.

No comments:

Post a Comment