Amalkan kebersihan makanan untuk menjamin kesihatan:
- Basuh tangan anda dengan sabun sebelum menyediakan makanan, sebelum memberi anak anda makan dan selepas anda menggunakan tandas.
- Minum air yang bersih, dirawat dan yang disimpan dalam bekas yang bertutup dan gunakan bekas yang bersih untuk mencedok air tersebut.
- Basuh pinggan mangkuk anda dengan air dan sabun atau merebusnya.
- Elakkan penggunaan botol susu yang sukar dibersihkan.
- Sediakan makanan menggunakan peralatan yang bersih.Beri anak anda makan menggunakan sudu yang bersih.
- Pastikan makanan sepenuhnya terutamanya daging, hasil daging, telur dan makanan laut. Makanan yang telah dimasak perlu dipanaskan semula sepenuhnya. Contohnya: masak sup dan stew daging hingga mendidih.
- Tutup makanan yang tidak habis dimakan dan sejukkan dalam peti sejuk jika boleh. Buang makanan yang berada di suhu bilik melebihi 2 jam.
- Elakkan makanan yang mentah dari bercampur dengan makanan yang telah dimasak. Asingkan dalam bekas yang berbeza.
- Gunakan tandas yang bersih, berfungsi dengan baik dan digunakan oleh semua ahli keluarga. Buang najis bayi dan kanak-kanak kecil ke dalam tandas.
- Pastikan anak anda dibersihkan dengan sempurna setelah dia ke tandas. Kemudian pastikan anda basuh tangan anda dan anak anda.
- Masak air dan biarkannya mendidih untuk beberapa saat. Tutup bekas air dan biarkan sejuk sendiri kepada suhu bilik tanpa menambah ais. Air ini adalah selamat untuk diminum oleh bayi anda.
No comments:
Post a Comment