"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

14 March 2010

Penyusuan Ibu Kepentingan Sejagat

Di negara sedang membangun terdapat 40 000 kanak-kanak mati setiap hari (20 seminit) kerana kekurangan zat makanan. Dalam kebanyakan negara sedang membangun seramai 25% kanak-kanak mati sebelum meningkat umur 5 tahun.

Beberapa tahun yang lepas, UNICEFF (United Nations International Childrens of Fund) telah pun mengenalpasti 7 langkah yang mudah, praktikal dan berkesan dalam menyelamatkan kanak-kanak ini.

Penyusuan ibu adalah kaedah lama dan diterima secara menyeluruh dan ia adalah kaedah yang paling baik bagi bayi. Lebih dari satu abad data secara saintifik telah menunjukkan kebaikan penyusuan ibu dari segi kesihatan iaitu:

1. Penyusuan ibu menyelamatkan nyawa

Bagi bayi di negara sedang membangun, risiko kematian bayi bertambah 10 - 15 kali ganda bagi bayi yang tidak menyusu ibu dalam masa 3 - 4 bulan pertama. Secara keseluruhannya kematian ini adalah berkaitan dengan penggunaan susu formula yang menyebabkan cirit-birit.
Di Cairo, sebanyak 150 per 1000 kematian kanak-kanak berlaku sebelum kelahiran yang berikutnya. Kebanyakan kematian ini berkaitan dengan pemberhentian penyusuan ibu yang terlalu awal. Di bahagian pedalaman Bangladesh pula 1/3 dari kematian kanak-kanak berumur 18 - 36 bulan adalah disebabkan kegagalan dalam memberi penyusuan ibu.Secara keseluruhan dianggarkan jika lebih ramai ibu menyusukan bayinya secara optima terdapat pertambahan 2 million bayi yang dapat diselamatkan.

Di negara-negara industri pula impak penyusuan ibu terhadap kadar kematian bayi adalah lebih rendah kerana lain-lain faktor yang dapat mengurangkan kadar kematian bayi. Adalah dianggarkan penyusuan ibu boleh mengurangkan lagi kadar kematian dalam masa 1 tahun yang pertama sebanyak 4 per 1000 bayi.

Di U.S.A. dan di Negara Barat Eropah kematian secara tiba-tiba (Cot Death) adalah punca utama kematian bayi lebih dari satu bulan pertama. Kebanyakan bayi yang mati ini (SIDS- Suddent Infant Death Syndrome) adalah bayi yang menyusu botol.


2. Susu Ibu adalah makanan bayi yang sempurna bagi bayi

Susu ibu adalah makanan bayi yang terbaik dan sempurna dan ia mengandungi semua zat pemakanan (nutrient) yang diperlukan bagi bayi yang sedang membesar dalam kadar yang betul. Susu ibu sahaja sudah cukup memenuhi kehendak bagi 6 bulan yang pertama. Tidak seperti susu formula susu ibu mudah dihadamkan dan sentiasa sedia untuk digunakan pada suhu yang tepat. Tidak ada sebab atau masalah yang berlaku berpunca dari pencairan atau pemekatan kandungan susu yang mana boleh membahayakan kepada bayi. Apabila susu ibu diberikan bersama dengan lain-lain makanan penceraian susu, ia masih lagi sumber utama zat makanan sepanjang tahun kedua, dalam mencegah kekurangan zat makanan.


3. Penyusuan ibu mengelakkan cirit-birit

Bayi sehingga berumur 2 bulan adalah 2 kali ganda mendapat cirit-birit apabila ia tidak diberi susu ibu dan kebarangkalian untuk mati dari kesannya meningkat sehingga 25 kali ganda. W.H.O. menilaikan bahawa penyusuan ibu adalah langkah pertama dalam mencegah cirit-birit di kalangan bayi.

Keadaan ini adalah lebih ketara dimana penjagaan kesihatan tidak terjaga seperti tempat-tempat dimana sumber bekalan air yang tidak sempurna dan kekurangan pengetahuan dalam penyediaan susu.


4. Penyusuan Ibu adalah Imunisasi bayi yang pertama

Apabila bayi dilahirkan ia terdedah kepada pelbagai kuman, dan pertahanan bayi yang paling kuat adalah kolostrum yang dihasilkan pada awal penyusuan. Sayangnya sebahagian kepercayaan dan tradisi mengatakan pertahanan yang paling kuat dari serangan kuman. Susu ibu khasnya kolostrum kaya dengan antibodi dan lain-lain sel pertahanan yang dapat membantu bayi dari serangan bakteria dan virus ini.


5. Penyusuan ibu mencegah dari alahan (allergies)

Terdapat banyak sindrom yang disebabkan allaergies dari susu formula. Antaranya kembung perut, muntah, cirit-birit, atau najis berdarah, enzema, atopik, asthma, dan lain-lain. Sindrom ini berkurangan apabila bayi diberi susu ibu sepenuhnya.


6. Penyusuan ibu mengurangkan penyakit (morbiditi)

Penyakit jangkitan paru-paru adalah punca utama kemasukan dan konsultation di hospital. Pertambahan sebanyak 5 kali ganda terhadap jangkitan paru-paru diperhatikan dalam bayi yang tidak menyusu ibu. Kemasukan ke hospital berpunca dari jangkitan paru-paru seperti 'wheexing brohchiolitis', bronchitis, pneumonia, otitis media adalah lebih tinggi dalam bayi yang diberi susu formula. Bagi bayi yang diberi susu ibu jangkitannya adalah tidak teruk.


7. Penyusuan ibu menggalakkan kesihatan yang lebih baik.

Salah satu fenomena yang diperhatikan ialah hubungan cirit-birit yang berpanjangan dalam bayi yang diberi susu formula dengan sisitem immune. Susu formula mempercepatkan pertumbuhan penyakit 'Coeliac Disease' dan ia juga adalah faktor risiko bagi 'Crohn Disease' dan 'Ulcerative Colitis'. Dalam orang dewasa, kajian juga menunjukkan susu formula adalah faktor risiko bagi penyakit IDDM dan Lymphoma. Penyakit 'Multiple Sclerosis' pula dikaitkan dengan penggunaan susu formula. Kajian ini adalah diperingkat awal tetapi ia memberi kita kesedaran tentang pelbagai penyakit yang berkaitan dengan penggunaan susu formula.


8. Penyusuan ibu mengeratkan hubungan ibu dan anak.

Semua kebaikan tersebut berkurangan disebabkan pengurangan kadar dan lamanya penyusuan ibu di negara membangun semenjak 10 - 15 lepas. Penurunan ini lebih ketara di bahagian bandar dan sekelilingnya dan ini disebabkan interaksi yang kompleks dari pelbagai fenomena:
  • susu gantian mudah didapati
  • kepercayaan yan mengatakan susu gantian adalah moden dan lebih sihat
  • kepercayaan yang meluas mengatakan penyusuan ibu yang bekerja adalah tidak mungkin dapat dilakukan.
  • Tiada simpati dari pihak majikan terhadap pekerja wanita yang memilih penyusuan ibu.
  • Ketiadaan keluarga lanjutan (extended family) yang dapat membantu ibu-ibu baru mengubah suai situasi baru.

Kebaikan Kesihatan Kepada Ibu
  • Oksitosin yang dihasilkan sewaktu penyusuan membantu pengecutan rahim dan membantu mengelakkan pertumpahan darah (PPH)
  • Ibu yang menyusukan bayi lebih bertenaga. Mereka masih boleh menghasilkan susu walaupun pengambilan kalori yang terhad
  • Penyusuan ibu sepenuhnya (eksklusif) melewatkan kedatangan haid. Ini membantu menjarakkan anak secara semulajadi.
  • Kadar barah buahdada dan barah ovari adalah lebih teruk

Lain-lain Kebaikan Kepada ibu
  • Kemurungan (post partum Psychosis) selepas bersalin adalah kurang
  • Beban kerja penyusuan adalah kurang
  • Pemulihan tubuh selepas bersalin lebih cepat
  • Hubungan yang lebih erat mengelakkan penganiayaan bayi
  • Penyusuan ibu membolehkan penyusuan di malam hari dan perjalanan jauh lebih selesa.
  • Tiada masalah kekurangan bekalan susu

Kebaikan Kepada Masyarakat
  • Perbelanjaan bagi penjagaan diet ibu lebih rendah dari pembelian susu formula
  • Lebih perbelanjaan bagi keseluruhan ahli keluarga
  • Ibu dan bayi lebih sihat
  • Belanja bagi rawatan perubatan yang kurang
  • Ibu boleh menjarakkan anak dengan kaedah LAM

Bahaya Penggunaan Susu Formula
  • Bayi kekurangan khasiat penyusuan ibu
  • Air yang digunakan bagi penyediaan susu mungkin tercemar
  • Susu formula yang menyebabkan perbelanjaan yang membazir, bermakna kurang agihan makanan kepada ahli yang lain
  • Ahli keluarga mungkin mencairkan susu supaya ia tahan lebih lama dan menjimatkan
  • Kesilapan membancuh mengakibatkan penyakit
  • Mengandung yang terlalu kerap membebankan keluarga

Penyusuan Ibu dan Ubatan

Kebanyakan ubat yang diambil oleh ibu akan dikeluarkan semula dalam susu ibu tetapi kandungannya adalah terlalu sedikit dan tidak memberi kesan kepada bayi. Hanya sedikit sahaja ubatan yang memberi kesan kepada bayi.

No comments:

Post a Comment