"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

14 March 2010

Batuk

Kanak-kanak sering kali batuk. Ini adalah cara mereka membersihkan kerongkong dan saluran pernafasan. Batuk dapat mengeluarkan kahak yang kental daripada saluran pernafasan. Ramai kanak-kanak batuk apabila mereka menghidap selsema kerana hingus daripada hidung akan mengalir ke kerongkong dan seterusnya mengakibatkan batuk. Batuk begini tidak membahayakan.


Tanda-Tanda

Batuk merupakan satu tanda bagi penyakit lain seperti bronkiolitis, asma / lelah, krup, pneumonia dan batuk kokol. Penyakit tuberkulosis atau batuk kering juga akan membuatkan pesakit batuk berbulan-bulan lamanya. Selalunya penyakit yang disebutkan tadi mempunyai ciri-ciri lain.


Tindakan Ibubapa
  • Beri anak minum secukupnya
  • Galakkan anak mengeluarkan kahak setip kali ia batuk
  • Ajar anak menghembuskan hingusnya sendiri.
  • Rawatan selanjutnya bergantung kepada punca batuk.

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
  • Usia anak kurang daripada 6 bulan kerana jangkitan paru-paru seperti bronkiolitis sering melibatkan anak dalam lingkungan usia ini.
  • Demam
  • Kadar pernafasan semakin cepat (lebih daripada 40 seminit pada bayi dan lebih daripada 30 seminit pada anak yang lebih besar).
  • Batuk yang mengakibatkan pernafasan terhenti dan muka anak menjadi biru.
  • Kurang selesa atau daya untuk menyusu
  • Batuk berterusan lebih daripada 7 hari
  • Batuk mengganggu tidur
  • Batuk mengakibatkan muntah setiap kali anak makan atau minum
  • Anak tertelan benda asing.

Komen : Ubat batuk yang mengandungi codeine tidak sesuai untuk anak. Ubat batuk jarang diberi kepada anak yang batuk beberapa hari sahaja.

No comments:

Post a Comment