Bayi yang dilahirkan pramasa adalah bayi yang dilahirkan sebelum cukup bulan. Selalunya wanita mengandung selama 9 bulan atau 37 - 40 minggu. Bayi pramasa dilahirkan sebelum ia berumur 37 minggu di dalam kandungan. Lapan hingga sepuluh peratus daripada bayi dilahirkan pramasa.
Sebab-sebab bayi dilahirkan pramasa terbahagi kepada masalah ibu dan masalah bayi. Sebab-sebab daripada ibu adalah pendarahan rahim, infeksi /jangkitan rahim, darah tinggi, kencing manis dan air ketuban pecah sebelum tiba masanya. Sebab-sebab masalah bayi pula adalah bayi yang berkedudukan songsang dan anak kembar.
Bayi yang dilahirkan terlalu awal mempunyai risiko besar menghidap masalah pernafasan, penyususan jantung, kerencatan akal dan jangkitan kuman. Risikonya bertambah sekiranya berat badan bayi 1 - 1.5 kilogram. Sebilangan kelahiran pramasa boleh dielakkan dengan penjagaan antenatal (sebelum lahir) yang baik.
Tanda-Tanda
Tindakan Ibubapa
Pencegahan
Semua ibu yang mengandung mesti berjumpa doktor untuk mendapatkan penjagaan antenatal yang memuaskan.
Komen : Walaupun dijaga di wad khas, kadar kematian bayi yang berat badannya 1 kilogram adalah lebih daripada 50 peratus. Susu ibu yang diberi apabila anak kelihatan stabil merupakan pemakanan yang paling sesuai untuk anak.
Apabila balik dari hospital, pastikan bayi :

- Bayi yang kecil kurang daripada 1.8 kilogram
- Bayi kurang aktif, tangisan yang lemah
- Rupa telinga, kemaluan, kulit yang kurang matang
- Sesak nafas dan anak kebiru-biruan.
Tindakan Ibubapa
- Bayi yang dilahirkan pramasa mesti menerima rawatan di wad rawatan khas bayi. Wad khas hanya ada di hospital-hospital sahaja. Seseorang bayi yang berat lahirnya sebanyak 1 kilogram akan menerima rawatan di wad selama lebih kurang tiga bulan. Pertolongan pernafasan mungkin perlu untuk bayi.
- Ibu boleh memerah susu badan untuk diberikan kepada bayi semasa ia berada di wad rawatan khas. Susu ini boleh diberi melalui tiub yang dimasukkan ke dalam perut bayi melalui mulut atau hidung.
Pencegahan
Semua ibu yang mengandung mesti berjumpa doktor untuk mendapatkan penjagaan antenatal yang memuaskan.
Komen : Walaupun dijaga di wad khas, kadar kematian bayi yang berat badannya 1 kilogram adalah lebih daripada 50 peratus. Susu ibu yang diberi apabila anak kelihatan stabil merupakan pemakanan yang paling sesuai untuk anak.
Apabila balik dari hospital, pastikan bayi :
- Tidak kesejukkan
- Diberi susu ibu (atau susu formula) yang mencukupi
- Diberi ubat vitamin serta asid folik yang didapatkan dari hospital
- Tidak terdedah kepada orang dewasa atau anak-anak lain yang selsema atau demam
- Elakkan bayi dicium oleh orang dewasa yang mungkin membawa kuman di dalam hidung mereka
- Diberi imunisasi seperti anak-anak lain kecuali ditegah oleh doktor
- Susu kacang soya tidak sesuai untuk bayi pramasa.
No comments:
Post a Comment