"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

20 March 2010

Campak

Campak ialah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus campak. Penyakit ini bermula dengan tanda-tanda selesema, batuk dan mata merah. Anak akan demam dan disusuli dengan timbulnya ruam merah. Ruam ini bermula di muka dan leher selepas 4 hari anak demam dan seterusnya keseluruh badan. Ruam ini berterusan sehingga seminggu. Campak adalah jangkitan kanak-kanak yang selalunya tiada kesan sampingan. Ia merupakan salah satu daripada penyakit kanak-kanak yang boleh dicegah dengan suntikan pelalian campak. Pelalian ini diberi ketika anak berumur 9 bulan.

Tanda-Tanda
  • Selsema, mata merah dan berair pada permulaan penyakit
  • Batuk dan demam
  • Ruam merah di muka dan merebak ke seluruh badan
Tindakan Ibubapa
  • Beri ubat paracetamol jika anak demam
  • Beri anak minum secukupnya
  • Jangan hantar anak ke sekolah
  • Sapukan losyen calamine untuk mengurangkan kegatalan
Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
  • Tanda-tanda campak dikenal pasti
  • Kadar pernafasan anak melebihi 40 kali seminit
  • Batuk yang berpanjangan
  • Demam yang tidak reda sesudah diberi ubat
  • Anak tidak makan dan minum secukupnya
  • Anak kelihatan letih lesu, terlalu mengantuk atau muntah-muntah
  • Anak sawan
Komen : Anak yang menghidap campak boleh menjangkitkan orang lain sehari sebelum permulaan tanda pertama sehingga 4 hari selepas ruam timbul. Komplikasi-komplikasi campak termasuk pneumonia, jangkitan telinga dan sawan. Semua komplikasi campak boleh dielakkan dengan suntikan pelalian campak.

Penyakit beruam lain seperti roseola, rubela dan penyakit virus lain sukar dibezakan daripada campak. Dalam istilah Bahasa Melayu, perkataan campak merangkumi semua penyakit yang beruam ini.

4 comments:

  1. anak saya ada ruam..kdg2 hilang kdg2 ada..mcm jerawat..sbb pernah picit keluar mcm nasi...mcmne nk rawat?doktor kata xde apa2..byk tpt dh pi...bkn alergik, bkn gatal..apa tu yek?tqdoktor kt dh bsr akan ilang..

    ReplyDelete
  2. ryme, ruam pada anak biasa berlaku kerana kulitnya yang sensitif dan memerlukan perhatian yang rapi.Cuba amalkan 'calamine lotion' untuk disapu di bahagian kulit yang mengalami ruam tersebut.Jika ruam bertambah teruk, cuba buat rujukan dengan pakar kulit. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. dia jenis ada lps tu dh ilang...lama ckit ada..lps tu ilang lg

    ReplyDelete
  4. ryme, macam biskut chipsmore je...hehehe
    Cuba amalkan calamine lotion ye...mudah2an ok.

    ReplyDelete