"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

20 March 2010

Cirit Birit

Cirit birit terjadi apabila anak buang air besar beberapa kali sehari. Penyakit ini selalunya disebabkan oleh kuman virus tetapi terdapat sebab-sebab lain seperti kuman bakteria, parasit, ubat antibiotik yang berlebihan dan tidak tolerans terhadap susu. Cirit birit kerap terjadi pada anak yang menghidap selesema, sakit tekak dan jangkitan air kencing serta jangkitan-jangkitan lain yang melibatkan perut.

Bayi yang diberi susu badan lazimnya kerap membuang air besar iaitu 6 - 8 kali sehari. najisnya berwarna kuning dan tidak berbau busuk. Ini bukanlah cirit birit.

Cirit birit berbahaya apabila kekeringan atau dehidrasi berlaku. Jika kehilangan cecair melalui najis yang keluar melebihi kemasukkan air dan garam dari mulut dan usus, kekeringan akan berlaku.

Tanda-Tanda
  • Najis yang cair atau lembik lebih kerap daripada 3 kali sehari (kecuali bayi yang diberi susu badan)
  • Tanda-tanda kekeringan (dehidrasi) ialah mulut dan lidah kering, tiada air mata, mata cengkung, kurang bermaya, kurang kencing dan kadar jantung meningkat tinggi lebih daripada 120 kali seminit.
  • Muntah-muntah
  • Kawasan sekitar kemaluan dan dubur mungkin merah jika cirit birit berpanjangan
Tindakan Ibubapa
  • Terus memberi anak susu badan atau susu biasa tanpa mengurangkan sukatannya.
  • Jika anak tidak muntah, berikan cecair garam rehidrasi (ORS, gesolyte, oralyte) setiap kali anak cirit. Ikut sukatan yang disyorkan oleh pembuat.
  • Jika anak muntah-muntah, kurangkan susu dan cecair rehidrasi tetapi berikan lebih kerap daripada biasa. Cecair boleh diberi 1/2 hingga 1 jam selepas anak muntah.
  • Ambil suhu badan anak
  • Sapukan ubat krim petroleum jelly atau zink oksida di kawasan lampin anak jika duburnya merah.
  • Setelah satu dua hari, cecair ORS boleh diberhentikan.
Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
  • Anak kelihatan kekeringan
  • Anak memuntahkan semua makanan dan cecair yang diberi. Muntah yang berterusan.
  • Kurang air kencing dan tidak bermaya
  • Kadar jantung dan pernafasan yang meningkat
  • Anak demam tinggi
  • Ada darah pada najis
  • Sakit perut dan menangis lebih daripada 30 minit.

Nota :
  • Ubat antibiotik dan ubat untuk cirit birit akan membuatkan cirit birit anak lebih teruk lagi. Ubat untuk memberhentikan cirit birit tidak patut diberikan kepada bayi.
  • Ada kalanya doktor anda akan menukar jenis susu kepada susu tanpa laktosa. Setelah 2 atau 3 minggu tanpa cirt birit, anak boleh minum susu biasa.
  • Susu kacang soya jarang sekali digunakan selepas cirit birit kecuali jika doktor pasti yang anak mempunyai alahan kepada protein di dalam susu biasa.

1 comment:

  1. anak-anak saya pernah kena cirit birit ni..
    boleh singgah ke >>>ummiexclent punya blog untuk berkongsi pengalaman... selamat berkenalan

    ReplyDelete