"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

20 March 2010

Cacing

Kanak-kanak sering dijangkiti cacing. Ada banyak jenis cacing seperti cacing gelang, cacing kait, cacing cambuk dan cacing kerawit. Anak dijangkiti cacing apabila termakan telur-telur cacing yang halus yang terdapat di celah-celah kuku dan tangan mereka yang tidak dicuci sebelum makan. Telur cacing juga didapati dalam makanan yang tidak bersih. Cacing kait pula boleh masuk melalui kaki anak yang tidak berkasut. Cacing yang matang akan hidup di dalam usus anak dan memakan makanan yang ditelan oleh anak. Darah pun akan disedut dan lama-kelamaan anak akan menjadi pucat. Cacing boleh menjangkiti anak-anak yang tinggal di kampung-kampung dan juga di bandar-bandar. Amalan kesihatan yang baik akan menolong menghapuskan jangkitan cacing di kalangan kanak-kanak.

Tanda-Tanda
  • Kebanyakkan anak tidak mempunyai apa-apa tanda
  • Gatal di dubur, muntah cacing, najis bercacing (cacing kerawit, cacing gelang)
  • Pucat, letih lesu (cacing kait)
Tindakan Ibubapa
  • Basuh sayur-sayuran dan buah-buahan sebelum dimakan
  • Basuh tangan semasa menyiapkan makanan dan sebelum makan
  • Jauhkan anak daripada kawasan kotor, berlumpur dan bertanah
  • Jangan membiarkan anak berkaki ayam ketika berjalan atau bermain di luar rumah.
Rujukan Kepada Doktor
  • Untuk meminta nasihat
  • Mencari sebab-sebab lain mengapa anak pucat dan letih lesu
Komen : Kanak-kanak boleh diberi ubat cacing (seperti Combantrin, Zentel dsb) satu hingga dua kali setahun.

6 comments:

  1. anak umur setahun 10 bulan leh bg ubat cacing ke?saje2 bg utk protect..ada baca website mana ntah, ubat cacing leh bg umur 2 thn ke atas??

    ReplyDelete
  2. Ubat cacing boleh diberi kepada anak bila anak umur 2 tahun. Tapi sesetengah klinik bila anak dah umur 1 tahun ada yang dah start bagi. Jadi bila anak puan dah umur setahun 10 bulan bagi ubat cacing takde masalah, boleh bagi tapi puan mesti ingat selang masa untuk dos berikutnya sekurang-kurangnya selepas setahun atau 2 tahun.

    ReplyDelete
  3. klu mengandung,tak boleh mkn ubat cacing..tapi klu sebelum mengandung,bolehke..atau kena jarakkan beberapa bulan selepas mkn ubat cacing..mcm injek rubela cthnya..tq

    ReplyDelete
  4. azma0601: hehehe akakpun tak berapa pasti kes camni, cuba azma tanya kat doktor mungkin doktor dapat berikan penjelasan yg sepatutnya hehehe. Ngape lak nak makan ubat cacaing lak nie.?

    ReplyDelete
  5. mmg setiap tahun kami sekeluarga akan makan..tahun ni belum lagi...tu yg nk tanya

    ReplyDelete
  6. azma0601: setahu akak tak perlu utk kita ambil ubat cacing utk setiap tahun.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.

Mesej & Cadangan

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.