"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

16 March 2010

Cacar Air / Chicken Pox

Cacar air ataupun lebih dikenali sebagai Chicken Pox ialah penyakit yang disebabkan oleh virus. Penyakit ini senang berkangkit dan ditandai oleh ruam yang gatal dan berair di badan. Keadaan ini akan berlanjutan selama lebih kurang 2 minggu dan ia tidak berbahaya.

Tanda-Tanda
  • Demam yang sederhana
  • Ruam yang bermula dengan bintik-bintik merah dan menjadi lepuh dengan mengandungi cecair di dalamnya. Ruam ini kemudiannya menjadi kering dan berkuping
  • Ruam yang gatal ini terjadi dalam berbagai-bagai fasa pada sesuatu masa - bintik-bintik merah di satu kawasan dan ruam berair di kawasan lain. Kebanyakkannya di kawasan muka dan badan.
Tindakan Ibubapa
  • Beri anak paracetamol (jangan beri aspirin)
  • Sapukan ubat losyen calamine untuk mengurangkan rasa gatal. Jangan pecahkan ruam berair
  • Ajar anak supaya tidak menggaru ruam yang gatal. Potong kukunya atau dipakaikannya sarung tangan untuk mengurangkan jangkitan lain yang diakibatkan anak menggaru kulitnya
  • Lihat ruam tiap-tiap hari dan awasi suhu badan anak
  • Jauhkan anak daripada kanak-kanak lain sehingga kuping hilang
Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
  • Ruam dijangkiti kuman - merah dan bernanah
  • Demam tinggi berterusan selepas ruam menjadi berkuping
  • Demam tinggi dengan sakit kepala serta muntah, anak keliru dan sawan
  • Kegatalan yang tidak kurang walaupun setelah disapu losyen calamine boleh diubati dengan ubat gatal yang didapati dengan ubat gatal yang didapatkan daripada doktor
Komen : Selagi ruam berair masih wujud, anak boleh menjangkitkan orang lain. Apabila ruam kering, penyakit tidak lagi berjangkit. Datuk dan nenek yang tidak pernah menghidap cacar air mesti menjauhkan diri daripada pesakit. Cacar air berlaku sekali sahaja dalam hayat hidup seseorang.

Ubat untuk cacar air / chicken pow boleh didapati di klinik-klinik yang berdekatan dengan anda. Ubat ini dapat membunuh virus ini dari merebak keseluruh badan. (Sebaiknya ubat ini diambil secepat mungkin)

No comments:

Post a Comment