"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

16 March 2010

Buah Zakar Tak Turun

Buah zakar bayi lelaki yang baru lahir biasanya berada di dalam skrotum (pundi-pundi buah zakar). Sebilangan kecil bayi dilahirkan tanpa buah zakar di dalam skrotumnya. Sebilangan lagi buah zakarnya terletak di atas skrotum berhampiran dengan zakar.

Tanda-Tanda
  • Buah zakar tiada di dalam skrotum
  • Pundi-pundi buah zakar terlibat kelihatan kecut
  • Keadaan ini selalunya dikenalpasti apabila anak diperiksa sebelum pulang dari hospital tempat ia dilahirkan.
Tindakan Ibubapa

Ibubapa harus memastikan semua anak lelaki yang baru lahir mempunyai dua biji buah zakar yang terletak di dalam skrotum.

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila

Semua bayi lelaki yang tidak mempunyai buah zakar atau kedudukannya yang agak tinggi di skrotum perlu dirujukkan kepada doktor. Ini adalah kerana pembedahan untuk menurunkan buah zakar ke dalam skrotum perlu dilakukan.

Komen : Jika buah zakar tidak turun ke dalam skrotum, ia akan kecut dan boleh mengakibatkan barah.

7 comments:

  1. saya ingin bertanya.anak lelaki saya baru berumur3 tahun.baru skarang ni saya dan suami perasan yang buah zakarnye tidak sama besar.kedudukan buah zakar sebelah kanan agak tinggi berbanding dgn sebelah kiri.adakah ini perkara biasa atau bermasaalah.harap puan dpt bantu saya

    ReplyDelete
  2. akak rasa cuba buat pemeriksaan kat klinik ye, mungkin doktor dapat mengenal pasti punca sebenar.

    ReplyDelete
  3. kalau tidak dibawa jumpa doktor adakah hal tersebut akan membawa kesan kepada kanak2 lelaki pada masa dia dewasa kelak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik bawa untuk pemeriksaan doktor dulu. Klau ada masalah mungkin doktor boleh jelaskan lbh detail. Tq

      Delete
  4. salam Kak Engku...
    anak sy pernah menjalankan pembedahan menurunkan buah zakar ke dlm skrotum sewaktu berumur 6 tahun dan kini anak sy berumur 12 tahun...tp sy dan suami menjadi heran kadang kala buah zakar ank sy tiada dlm skrotum..adakah itu perkara normal setelah membuat pembedahan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Maaf ini diluar bidang kuasa akak. Akan nasihatkan jumpa doktor, dapatkan pemeriksaan dan penerangan doktorvye. Tq

      Delete
  5. Salam kak , sy mengalami masalah ini ..tapi sudah berusia 18 tahun ... keluarga saya tidak berbuat apa apa sedangkan mereka tahu masalah saya , adakah dengan membiar buah zakar tidak turun akan menyebabkan barah ? Minta penjelasan .. Tq

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Borang Pesanan

Nama:
Email:
No. Tel:
Alamat Penghantaran:
Produk:
Kuantiti:
Harga Anda:
Brg Nak Bila?:

Isikan Je Harga Yang Anda Inginkan, Asalkan Harga Tu LOGIK, Pasti Kak Engku Setuju. Kat Engku Akan Memberi Respon Secepat Yang Mungkin....Insya Allah.


Click here to create your own form.

Mesej & Cadangan

Nama:
Email:
Mesej:

Kak Engku Mengalu-alukan Sebarang Cadangan & Soalan.


Put a website form like this on your site.