Susu ibu mempunyai kebaikan kepada bayi terutama sekali jika penyusuan ibu diberi sepenuhnya atau secara eksklusif. Pada keseluruhannya bayi tidak mudah mendapat jangkitan penyakit. Penyusuan ibu sepenuhnya memberi cukup makanan kepada bayi bagi tumbesaran. Makanan lain boleh diberi hanya setelah bayi meningkat umur 6 bulan.
1. Perlindungan dari Penyakit
1. Perlindungan dari Penyakit
- Bayi yang diberi susuan ibu kurang mendapat cirt-birit, jangkitan paru-paru (ARI) jangkitan usus (NEC)
- Bahan yang dipanggil 'Bifidus factor' membantu koloni Laktobacillus membiak. Koloni ini bertanggungjawab dalam pencegahan pembiakan koloni E.Coli dalam usus.
- Laktoferrin bergabung dengan zat besi menyebabkan bakteria tidak mudah membiak.
- Banyak agen anti-inflamtory membantu proses inflamatori yang tidak terkawal yang menyebabkan penyakit
- Lymphocyte dan Macrophages membantu melawan penyakit
- Setiap susu ibu mengandungi antibodi untuk melawan penyakit yang telah terdedah oleh ibu tersebut.
- Hormon dan "Growth Factor" membantu pertumbuhan dan kematangan sistem immunie bayi perkembangan otak dan lain-lain
- Enzim lipase dan laktase membantu pembentukan sisi tem penghazaman bayi
2. Perlindungan Dari Allergi (Alahan)
- Sistem usus bayi mudah terbentuk bila diberi susu ibu. Ini boleh mengelakkan protein asing dari masuk ke dalam sistem ini
- Pendedahan yang rendah terhadap protein asing menghasilkan 'toleransi' dan bukannya kesan allergik
- Zat seperti zink dan 'long chain polyunsaturated fatty acid' membantu pembentukan sistem immune bayi
- Dengan memberi bayi sekali sahaja susu formula pada bayi di hari yang pertama boleh menggalakkan allergik. Semua susu formula termasuk susu soya boleh memberi risiko allergik seperti ruam, atopik, asthma, eczema dan lain-lain
3. Lain-lain Kebaikan Kepada Bayi
- Kadar Suddent Infant Death yang rendah (cot death)
- Kadar Kencing Manis (IDDM), Otitis Media yang rendah
- Respon pelalian yang lebih baik
- Kurang masalah gigi "orthodontik"
- Perkembangan tumbesaran, emosi dan sosial yang lebih baik
- Kanak-kanak yang lebih pintar
ramai antara kita mmg nak menyusu anak selama boleh, tp malangnye tak byk sokongan.
ReplyDeleteKeadaan ini biasa berlaku, punca utama ialah kurang pengetahuan tentang kebaikan/faedah susu ibu dan kurang pengetahuan macammana penyusuan ini nak diteruskan bila bekerja nanti. Tapi apabila kita cukup ilmu dan semangat yang kuat dalam diri....insyaallah kita boleh berjaya.
ReplyDeleteKita harus sahut cabaran dan wujudkan semangat yang kuat dalam diri serta mesti yakin....yakin kita mesti boleh lakukan. Jadi secara tak langsung sokongan akan datang dengan sendirinya...insyaallah.