Bronkiolitis merupakan jangkitan virus terhadap saluran pernafasan kecil yang dipanggil bronkiol. Ia sering terjadi pada kanak-kanak yang berumur kurang daripada setahun. Saluran pernafasan ini akan mengecut akibat lendir yang dihasilkan oleh sel-sel bronkiol. Pengecilan saluran pernafasan ini boleh menyebabkan anak sakit tenat dan memerlukan rawatan di hospital. Kanak-kanak akan beransur pulih dalam tempoh masa 3 hingga 10 hari.
Tanda-Tanda
Komen : Bayi yang berumur kurang daripada 6 bulan harus dijauhi daripada sesiapa yang menghidap selsema atau demam. Ini akan mengurangkan risiko jangkitan virus terhadap bayi tersebut. Risiko menghidap bronkiolitis juga dapat dikurangkan jika bayi diberi susu badan.
Tanda-Tanda
- Umur kurang daripada setahun
- Batuk, kadar pernafasan yang cepat (lebih 60 kali seminit), nafas berbunyi
- Demam, selsema, enggan makan atau minum
- Galakkan anak minum secukupnya
- Sukat suhu badan anak setiap 6 jam dan beri ubat paracetamol jika anak demam.
- Jangan merokok kerana ini akan membuatkan jangkitan ini lebih teruk.
- Bayi yang dilahirkan pramasa mempunyai tanda-tanda di atas
- Bayi menghidap sakit jantung berlubang
- Demam lebih daripada 38 darjah selsius
- Kurang daya makan atau minum, muntah-muntah
- Kelihatan semput, pernafasan yang semakin sesak, kurang aktif
- Anak menjadi biru atau berhenti bernafas adalah tanda yang serius, hantar anak ke hospital dengan segera.
Komen : Bayi yang berumur kurang daripada 6 bulan harus dijauhi daripada sesiapa yang menghidap selsema atau demam. Ini akan mengurangkan risiko jangkitan virus terhadap bayi tersebut. Risiko menghidap bronkiolitis juga dapat dikurangkan jika bayi diberi susu badan.
No comments:
Post a Comment