"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

16 March 2010

Bisul

Bisul ialah jangkitan kulit yang mengandungi nanah. Jangkitan ini berlaku apabila kuman termasuk ke dalam kulit. Apabila nanah keluar jangkitan boleh merebak ke sekitar badan ataupun kepada orang lain. Anak yang kerap dijangkiti bisul mungkin terjangkit daripada orang lain (seperti ibubapa) yang membawa kuman penyebab pada hidung atau kulit mereka. Pembawa kuman ini tidak semestinya ada bisul

Tanda-Tanda
  • Bisul yang merah dan sakit
  • Kawasan tengah bisul menjadi putih dan nanah keluar apabila pecah dalam masa 4 - 7 hari.
Tindakan Ibubapa
  • Jangan pecahkan bisul kerana ini akan merebakkan kuman
  • Basuh bisul dengan air dan sabun sekurang-kurangnya 2 kali sehari
  • Sapukan ubat krim magnesium sulfat (yang boleh dibeli daripada farmasi) supaya bisul "masak" lebih awal lagi.
  • Apabila bisul pecah, bersihkan kawasan bisul dan gunakan Eusol atau antiseptik lain sehingga ia kering
  • Tutup bisul dengan pembalut kasa (gauze) atau kain bersih yang dibasahkan dengan Eusol atau antiseptik.

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
  • Anak demam dan terdapat banyak bisul
  • Bisul di kawasan antara kedua-dua belah mata dan mulut
  • Umur anak kurang daripada 2 tahun
  • Bisul yang besar dan dalam
Komen : Bisul yang kerap berlaku pada seseorang anak mungkin disebabkan oleh:
  • Kuman Staphylococcus yang terdapat di dalam hidung ibubapa, penjaga atau adik beradik pesakit
  • Kurang daya tahan (imuniti) anak terhadap kuman berkenaan
  • Tanpa rawatan, bisul yang terdapat di kawasan muka berkemungkinan merebak ke otak.

No comments:

Post a Comment