"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

16 March 2010

Biliari Artesia

Perkataan "biliari" bermakna saluran daripada hepar (hati) ke usus kecil, dan "artesia" bermakna saluran itu tersumbat sejak lahir lagi. Penyakit ini merupakan salah satu daripada sebab-sebab jaundis (sakit kuning) yang berpanjangan sehingga 2 minggu selepas bayi dilahirkan. Ramai ibubapa menganggap jaundis itu biasa dan tidak faham bahawa jaundis yang berpanjangan mesti dirawat dengan pembedahan tetapi pembedahan itu mesti dilakukan sebelum bayi berumur 8 minggu untuk berjaya tanpa kesan sampingan yang berpanjangan.


Tanda-Tanda
  • Jaundis berpanjangan (melebihi 2 minggu selepas dilahirkan)
  • Air kencing pekat (berwarna seperti teh-O)
  • Najis berwarna pucat
  • Perut membesar disebabkan oleh hepar (hati) yang bengkak.
Tindakan Ibubapa
  • Periksalah najis bayi yang dijangkiti jaundis. Pastikan ia berwarna kuning atau hijau
  • Semua bayi yang masih kuning pada hari ke 14 mesti diperiksa oleh doktor, lebih-lebih lagi jika najisnya menjadi pucat
  • Susu badan masih boleh diberi kepada bayi
Komen : Beberapa ujian darah dan air kencing perlu dilakukan sebelum diagnosis biliari artesia dibuat. Sebab-sebab jaundis yang berpanjangan lain akan juga difikirkan oleh doktor sebelum pembedahan dilakukan. Kerapkali pemeriksaan semasa pembedahan yang "intraoperative cholangiography" (disebut sebagai kolangiografi) dapat menentukan diagnosis dengan tepat. Jika pembedahan dilakukan lebih daripada 6 - 8 minggu, hati anak akan terus rosak. Pemindahan hati mungkin perlu jika pembedahan asal lambat dilakukan dan kegagalan hati berlaku.

No comments:

Post a Comment