"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

16 March 2010

Berhingus

Hingus berpunca daripada jangkitan virus terhadap hidung anak. Bayi yang berhingus tidak berupaya menghembuskan dan mengeluarkan hingusnya. Seterusnya hingus itu akan menyumbat hidungnya.

Tanda-Tanda
  • Hidung berhingus
  • Hidung tersumbat, susah menyusu
  • Pernafasan berbunyi - selalunya ketika tidur

Tindakan Ibubapa

Untuk menolong bayi mengeluarkan hingusnya:
  • Gunakan putik-putik kapas dengan memasukkannya ke dalam hidung bayi untuk mengeringkan hingusnya
  • Penyedut hidung boleh dibeli dan digunakan apabila hidung bayi tersumbat dengan hingus
  • Ubat paracetamol (seperti panadol atau calpol) tidak perlu diberi. Hingus bukannya sesuatu yang membahayakan dan ibubapa harus bersabar kerana masalah ini selalunya sembuh dalam masa 3 - 4 hari.

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
  • Bayi demam
  • Kurang daya menyusu
  • Sesak nafas yang ketara
  • Kurang aktif atau gelisah
  • Ibu khuatir
Komen : Jika masalah berterusan, ubat titisan hidung seperti saline akan diberi oleh doktor. Tidak ada bukti bahawa ubat authistamine dapat mengurangkan hingus. Alahan / alergi juga boleh membuat anak sentiasa berhingus.

No comments:

Post a Comment