"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

14 March 2010

Asma / Lelah

Asma atau lelah ialah sejenis penyakit yang melibatkan paru-paru. Penyakit ini selalunya dihidapi oleh anak yang mempunyai alahan / alergi yang seterusnya menyebabkan saluran pernafasannya mengecut. Saluran yang kecut ini membuatkan pernafasan sesak dan berbunyi. Benda-benda yang dikaitkan dengan asma ialah debu dan habuk, jangkitan virus seperti selsema, asap rokok, makanan laut, sesuatu jenis buah-buahan, bulu kucing dan ubat-ubatan (contohnya aspirin).

Walaupun kes asma sering terjadi dalam sesebuah keluarga, ada banyak juga kes yang berlaku dalam keluarga yang tidak menghidapnya.


Tanda-Tanda
  • Keadaan penyakit ini selalunya lebih teruk pada waktu subuh atau malam apabila cuaca sejuk. Keadaannya juga menjadi lebih teruk selepas pesakit bersenam. Oleh itu, ibubapa harus berusaha memerhatikan hal-hal ini supaya serangan asma dapat dicegah.
  • Batuk yang berpanjangan dan kerap berlaku pada waktu malam atau sebelum subuh merupakan gejala asma yang awal.
  • Nafas sesak dan berbunyi
  • Kadar pernafasan meningkat lebih daripada 40 seminit.
  • Pesakit menghidap ekzema atau alahan /alergi.

Tindakan Ibubapa

Sekiranya anak pernah mengalami serangan asma (dan ibubapa peka terhadap tanda-tandanya) maka rawatan di rumah boleh dibuat jika ibubapa yakin.
  • Dudukan anak dalam keadaan yang selesa (pastikan tulang belakangnya lurus)
  • Ubat (seperti salbutamol atau terbutaline) untuk mengembangkan saluran pernafasan secara "inhaler" boleh diberi lebih kerap daripada biasa.
  • Ubat prednisolone mungkin diberi oleh doktor jika serangan asma terlalu teruk. Ikut arahan doktor anda.
  • jika ada alat "nebulizer" ubat salbutamol atau terbutaline patut diberi dengan menggunakan alat itu apabila nafas anak sesak. Jika tidak berkesan, bawa anak berjumpa doktor dengan segera.

Pencegahan
  • Elakkan memberi anak minuman berais dan aiskrim semasa ia kurang sihat.
  • Makanan lain yang mungkin memulakan serangan asma termasuklah buah-buahan seperti anggur, epal, tembikai dan oren, kacang goreng dan air minuman bergas. Jauhkan makanan dan minuman ini daripada anak yang terlibat.
  • Ibubapa dan tetamu yang berkunjung patut dilarang merokok di dalam rumah.
  • Pastikan rumah bersih daripada habuk dan debu. (Hendaklah diingat bahawa serangan asma / lelah boleh berlaku apabila ibu membersihkan rumah dan habuk-habuk berterbangan).

Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
  • Kesesakan nafas pertama yang memerlukan diagnosis.
  • Kesesakan nafas yang terlalu teruk dan tidak berkurangan dengan ubat yang diperolehi daripada doktor sebelum ini.
  • Anak tidak daya lagi bercakap
  • Bibir anak kelihatan biru
  • Anak kelihatan keliru
  • Anak yang pernah mengalami serangan yang tenat berkemungkinan tinggi diserang lelah yang teruk lagi.
  • Anak mempunyai ekzema yang teruk.

Komen : kini ubat pil dan cecair untuk melegakan asma kurang berkesan kecuali jika anak tidak langsung boleh menggunakan "inhaler" dengan alat "spacer" (seperti Aerochamber, Nebuhaler, Volumetric dan Fisonair).

No comments:

Post a Comment