"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

14 March 2010

Apendisitis (Apendiks)

Apendisitis adalah jangkitan terhadap sebahagian daripada usus kecil yang dipanggil apendiks. Ia merupakan suatu keadaan kecemasan kerana tanpa pembedahan penyakit ini tidak akan pulih. Apendisitis jarang terjadi kepada kanak-kanak yang berumur kurang daripada setahun.

Tanda-Tanda
  • Sakit perut lebih daripada 4 jam
  • Demam, kurang selera makan
  • Muntah-muntah dan muntahnya berwarna hijau
  • Sakit perut yang bermula di kawasan pusat dan kemudiannya menular ke sebelah kanan (hanya 30 peratus pesakit menunjukkan gejala ini).
  • Perut kembung
  • Menangis tidak henti-henti

Tindakan Ibubapa
  • Beri perhatian kepada anak-anak yang mengadu perutnya sakit, lebih-lebih lagi jika terdapat tanda-tanda di atas.
  • Bawa anak berjumpa doktor dengan segera kerana apendiks yang tidak dibedah dengan segera akan pecah dan mengakibatkan kesan sampingan yang buruk.
  • jangan beri anak makanan atau minuman (termasuk ubat paracetamol) kerana ini akan melambatkan pembedahan. Semua pembedahan mesti dijalankan semasa perut pesakit kosong.

Komen : Pembedahan untuk mengeluarkan apendiks yang dijangkiti kuman selalunya mengambil masa kurang daripada 90 minit. Sebelum pembedahan dijalankan, doktor akan meminta izin bertulis daripada ibubapa dan akan menerangkan tentang pembedahan dan penjagaan setelah pembedahan. Anak yang sakit harus berpuasa sekurang-kurangnya 4 jam sebelum pembedahan dilakukan ke atasnya.

No comments:

Post a Comment