Tanda-Tanda
- Mata bengkak dan hidung berhingus
- Kulit gatal serta ruam
- Bibir, lidah dan muka bengkak
- Nafas sesak, nafas berbunyi, batuk
Tindakan Ibubapa
- Kenal pasti benda-benda yang kerap mendatangkan alahannya / alergi jauhkan anak daripada benda-benda ini.
- Jangan beri makanan yang mengandungi bahan awet dan pewarna kepada anak.
Rujukan Kepada Doktor Perlu Apabila
- Nafas anak sesak atau berbunyi. Ini menandakan kecemasan.
- Ada tanda-tanda lain seperti yang disenaraikan di atas. Rujukan segera perlu dilakukan supaya diagnosis yang tepat dapat dibuat. Doktor akan memberikan ubat antihistamine kepada anak yang terlibat.
Komen : Alahan /alergi sering terjadi jika ada ahli keluarga yang menghidap asma / lelah atau ekzema. Asap rokok membuatkannya lebih teruk lagi. Sekiranya anak mempunyai alahan terhadap sesuatu ubat ia harus dipakaikan rantai "Medic Alert".
No comments:
Post a Comment