"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

14 March 2010

AIDS

AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrome) ataupun penyakit kurang daya tahan merupakan ancaman besar kepada masyarakat Malaysia. Penyakit ini adalah jangkitan virus yang tiada penawarnya. Kebanyakan kes AIDS berpunca daripada penagihan dadah, hubungan seks rambang, transfusi darah yang tidak ditapis dan jangkitan melalui seks sesama jenis (homoseks).

Kanak-kanak boleh menghidap penyakit ini melalui jangkitan di peringkat janin. Selalunya selepas dilahirkan bayi berkenaan kelihatan normal tetapi apabila ujian darah dibuat, keputusannya menunjukkan yang ia dijangkiti kuman HIV. Ibu-ibu yang menjadi pembawa kuman AIDS (atau HIV positif) tidak seharusnya memberi susu badan kepada bayi mereka kerana kuman tersebut boleh menjangkiti bayi melalui cara ini.


Tanda-Tanda

Pada permulaannya bayi tidak mempunyai apa-apa tanda. Setelah 12 - 18 bulan jangkitan berulang dengan pesakit diserang pneumonia, cirit birit, jangkitan kulat di mulut atau sakit telinga yang kerap. Badan yang menjadi kurus dan batuk berpanjangan juga merupakan gejala AIDS.


Tindakan Ibubapa
  • Jika ibubapa mengesyaki yang diri mereka pembawa AIDS, ujian darah perlu dilakukan untuk mendapatkan kepastian.
  • Pembawa AIDS patut membawa anak-anak mereka ke hospital untuk menjalani ujian darah. Mereka tidak seharusnya memberi susu badan kepada anak mereka.
  • Anak yang kerap mengalami jangkitan perlu menjalani ujian AIDS ketika menjalani ujian-ujian lain.
  • Jika ibubapa ingin mengambil anak angkat, pastikan status HIV anak tersebut.

Komen : Tidak semua pembawa kuman AIDS akan melahirkan bayi yang dijangkiti kuman tersebut. Ujian darah dapat menentukan sama ada anak itu dijangkiti atau tidak.



No comments:

Post a Comment