Bayi akan diperiksa beberapa kali pada minggu yang pertama. Seorang bidan akan mengukur beratnya dengan kerap dan memeriksanya setiap hari untuk memastikan tidak ada sebarang masalah atau tanda jangkitan. Dia juga menjalankan satu lagi ujian apabila bayi berumur kira-kira enam hari. Sebagai tambahan, bayi anda diperiksa sepenuhnya oleh seorang doktor sekurang-kurangnya sekali pada beberapa hari yang pertama. Oleh itu, ini merupakan peluang yang baik untuk membincangkan sebarang kebimbangan.
Pemeriksaan Umum
Doktor akan memeriksa bayi anda dari kepala hingga kakinya untuk memastikan tidak terdapat sebarang tanda luar biasa.
Pemeriksaan Umum
Doktor akan memeriksa bayi anda dari kepala hingga kakinya untuk memastikan tidak terdapat sebarang tanda luar biasa.
- Doktor mengukur kepala dan memeriksa bayi untuk mencari sebarang keluarbiasaan. Dia memeriksa fontanel dan merasa lelangit bayi untuk memastikan bahagian ini lengkap.
- Dia mendengar degupan jantung dan paru-paru bayi untuk memastikannya normal. Deruan jantung merupakan perkara biasa di kalangan bayi yang baru dilahirkan dan biasanya tidak menandakan sebarang kecacatan.
- Dengan meletakkan tangan pada perut bayi, doktor memastikan saiz organ abdomennya adalah betul. Dia juga merasa denyutan groin bayi.
- Kemaluan bayi diperiksa untuk memastikan tidak terdapat keluarbiasaan. Jika anda mempunyai bayi lelaki, doktor akan memastikan sama ada kedua-dua buah zakarnya telah turun atau belum.
- Doktor menggerakkan kaki bayi ke hadapan dan ke belakang, dan memastikan bahagian bawah kaki berada pada susunan yang lurus serta kepanjangan kaki adalah sesuai, dan bayi tidak mengalami kaki tombol.
- Doktor memeriksa bahagian pinggul untuk memastikannya tidak terkehel dengan cara membengkokkan kaki bayi ke atas dan memusingkannya dengan lembut.
- Doktor menggerakkan ibu jarinya ke belakang, bayi, dari atas ke bawah, untuk memastikan vertebra bayi berada pada kedudukan yang betul sepanjang tulang belakangnya.
Ujian Guthrie
- Ujian ini biasa dilakukan di rumah oleh seorang bidan, enam atau tujuh hari selepas bayi dilahirkan. Ini melibatkan tusukan kecil pada tumit bayi untuk mengambil sampel darahnya. Sampel ini diuji untuk PKU, iaitu punca kecacatan mental yang jarang berlaku, serta kekurangan tiroid.
No comments:
Post a Comment