"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

04 February 2010

Jaundis

Apa Itu Jaundis?

Satu Keadaan yang terdapat pada bayi baru lahir di mana mata dan kulit berwarna kuning. Keadaan ini disebabkan 'Bilirubin' yang berlebihan di dalam darah.


Apa Itu Bilirubin?

Bilirubin ialah sejenis kimia semulajadi di dalam darah yang di tapis oleh hati dan dibuang melalui air kencing dan najis.

Berlebihan 'Bilirubin' di dalam darah akan menyebabkan otak/system saraf rosak dan jika ia di tahap yang sangat tinggi akan mengakibatkan kematian.


Tanda-Tanda Jaundis Berbahaya:
  • Kuning bermula dalam masa 24 jam kelahiran
  • Jika kuning sampai ke perut bayi
  • Bayi enggan menyusu atau sentiasa menangis
  • Kurang aktif dan tidak bermaya
  • Kuning berpanjangan melebihi 2 minggu
  • Bayi demam / sawan dan badan kejang
  • Najis bayi berwarna tanah liat

Kesan Jaundis

Jaundis yang tinggi boleh menyebabkan:
  • Bahagian Otak bayi rosak menyebabkan kecacatan akal dan serebral palsi jenis athetoid
  • Kurang pendengaran atau pekak
  • Terencat akal
  • Menimbulkan masalah persekolahan apabila besar nanti

Tindakan Ibu Bapa

  • Ibu bapa perlu bertindak dengan segera sekiranya bayi mereka mendapat jaundis.

Mereka seharusnya:
  • Dapatkan rawatan di hospital
  • Teruskan penyusuan dengan lebih kerap

Elakkan
  • Memberi ubat tradisional secara minum atau mandi
  • Penjemuran di bawah matahari adalah tidak berkesan.

Jika ada kemuskilan, sila hubungi klinik atau hospital yang berhampiran.


No comments:

Post a Comment