"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

08 February 2010

Menu Makanan Dalam Pantang (4)

Sardin Halia


Bahan:


1 tin sadin
2 ulas bwg merah (hiris)
1 ulas bwg putih(hiris)
halia (hiris)
air
garam

Caranya:


panaskan minyak then goreng ikan sadin sampai garing
lepas tu angkat..kurangkan minyak..tumis bwang / halia sampai kuning
lepas tu campo air sket..dah mendidih masokkan ikan sardin tadi..
campo kuah sardin tu sket je.



Sos Lada Hitam


Bahan:


Lada hitam
Kunyit hidup garam
Bawang putih 1 ulas jer.
Sikit cuka
Garam

Caranya:


Semua bahan ni mesin dan gaulkan
Rasa garam..dah mendidih & pekat boleh di angkat

Simpan dan bila nak makan ....hidangkan jer.


Kerabu Pegaga

Bahan:


1 ikat pegaga..bersihkan dan hiris kecil
1 cawan kelapa muda

bahan tumbuk...
1 s/k lada hitam
3 ulas bawang merah
sikit ikan bilis
garam

cara..


1. tumiskan sikit bahan tumbuk dan kelapa.
2. bila dah agak kering..masukkan pegaga dan tuutup api..
3. kacau rata dan hidangkan..

simple kan...


Daging Bakar

Bahan-bahan:


300 gm daging lembut
garam
minyak

Cara:


1. Gaulkan daging dgn garam dan panggang sehingga amsak.
2. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang.

Air Assam
4 keping adsama gelugor
garam
5 s/k lada hitam tumbuk
sedikit hirisan bawang kecil

Cara gaulkan semua bahan dan rasakan garamnya.



Ikan Kering Masak Halia

Bahan-bahan:


200 gm ikan kering [isi]
1 cawan santan
3 sm halia
3 ulas bawang putih
2 s/k lada hitam
2 keping asam gelugor
2 sm kunyit hidup
garam [jika perlu]

Cara:


1. Bersihkan isi ikan kering dan potong kecil.
2. Masukkan dalam periuk bersma abahn2 lain.
3. Masakkan sehingga kuah pekat.
4. Angkat dan hidangkan bersama nasi.



Haruan Panggang Halia

Bahan-bahan:


1 ekor ikan haruan
1 biji limau nipis [ambilkan jusnya]
2 s/b minyak
1/2 cawan air
1 s/k cuka
1 helai daun kunyit [mayang halus]
garam

bahan tumbuk
5 ulas bawang putih
6 sm halia
4 sm kunyit hidup

bahan rempah - tumbuk
1 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
1 s/k lada hitam

Cara:


1. Ikan dibersihkan dan lumurkan jus limau. Basuhkan.
2. Gaulkan ikan dengan sedikit bahan tumbuk. Bakarkan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan separuh lagi bahan tumbuk dan bahan rempah sehingga wangi dan naik minyak.
4. Masukkkan air dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Masukkan cuka dan hirisan daun kunyit.
6. Angkat dan siramkan pada ikan bakar.
7. Hidangkan dan makan semasa panas.



Nasi Mengkudu

Bahan-bahan:


2 cawan beras [basuh dan toskan]
1 batang serai
3 cawan air rebusan daging
1 batang serai [ketukkan]
300 gm daging [rebuskan]
1 s/b serbuk lada hitam
1 s/b kerisek
3 ulas bawang merah [mayangkan]
2 helai daun mengkudu
garam

cara:

1. Bersihkan daging dan rebuskan sehingga lembut.
2. Masukkan beras, serai, air rebusan daging dan garam kedalam periuk dan masakkan saperti biasa.
3. Daun mengkudu di mayangkan halus dan rebus sehingga masak. Perahkan adaunnya sikit supaya kurang pahit.
4. Daging diketukkan dan potong nipis.
5. Campurkan lada hitam, bawang merah, kerisek, dan garam.
6. Gaulkan dengan ansi sehingga rata dan hidangkan


Nasi Pegaga

Bahan-bahan:


3 cawan beras [basuh dan toskan]
3 s/k lada hitam
1 cawan santan pekat [boleh gantiikan dgn susu segar atau susu cair]
3 cawan air
150 gm daun pegaga
sedikit garam

cara:


1. Basuhkan pegaga dan kisarkan. Tapiskan dan ambil airnya.
2. Masakkan beras dengan air pegaga, lada hitam dan garam.
3. Apabila hampir kering tuangkan santan dan amsakkan saperti nasi biasa.


Nasi Halia

Bahan-bahan:


3 cawan beras
4 cawan air
100 gm halia [mesin dan tapiskan]
150 gm ikan kurau masin
1 batang serai [ketukkan]
2 s/k lada hitam
2 s/b kerisek
2 s/b air rendaman asam gelugor
2 ulas bawang putih
sedikit isi cekur ] tumbukkan
garam

Cara:


1. Masukkan beras, serai dan perahan halia dalam periuk dan masakkan saperti nasi biasa.
2, Ikan kurau masin dibakar dan ditumbukkan isinya.
3. Gaulkan ikan tumbuk, kerisek, lada hitam, bawang putih, bawang putih isi cekor dan garam.
4. Bapurkan air rendaman asam keping. Kacau rata.
5. Taburkan atas nasi dan hidangkan supaya dimakan panas2.


Nasi Remuni Kedah

Bahan-bahan:


3 cawan beras [basuh dan toskan]
1/2 cawan pati dan remuni [kisarkan daun dan ambilkan airnya]
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 s/k halba
3 sm halia [mayangkan]
garam

Cara:


1. Campurkan semua abhan dalam periuk dan masak saperti nasi biasa.
2. Hidangkan bersama sambal ikan talang, ikan bilis goreng dan sambal kelapa.

No comments:

Post a Comment