"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

08 February 2010

Menu Makanan Dalam Pantang (5)

Minuman Milo Nestum


Bahan-bahan :


3 sudu besar milo

1 sudu susu pekat manis / atau 2 sudu susu tepung

(kalau guna susu tepung, tambahlah gula sikit)

4 sudu besar nestum


Cara-caranya :


Masukkan semua bahan diatas kedalam cawan / mug. Lepas tu tuangkan air panas dan kacau. Campurkan dengan air sejuk jika anda nak kurangkan panas air atau nak bagi suam.

Mudah sangat, dan yang penting ia bagus diambil sama ada bagi mereka yang sedang dalam pantang bersalin atau bagi ibu-ibu yang menyusukan anak kerana Nestum kaya dengan serat yang boleh membantu sistem penghadaman dan mengurangkan masalah sembelit manakala milo pula merupakan minuman yang memberi tenaga.



Kerabu Pegaga


Bahan-bahannya :


Pegaga secukupnya (dipotong ikut kesukaan anda)

1 ulas bawang putih

1 sudu teh lada hitam

i inci halia muda

2 biji bawang merah

50 gram ikan bilis (kalau nak gantikan dengan ikan masin pun boleh juga - tapi ikan masin hendaklah dibakar dulu kemudian dibuang tulangnya)

1 inci kunyit hidup


Cara:


Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lada hitam dan ikan bilis sehingga lumat.

Goreng kesemua bahan diatas tanmpa minyak. Biarkan sehingga sedikit kering dan angkat.

Kemudian gaulkan bahan-bahahn yg digoreng tanpa minyak tersebut dengan pegaga yang telah dipotong.

Siap… boleh makan bersama dengan nasi yang masih panas. Mesti sedap dan menyelerakan.



Ikan Tenggiri Goreng Halia


Bahan-bahannya :


1 keping ikan tenggiri

4ch halia di hiris dan di goreng

2 sudu makan minyak bijan

1-2 sudu makan kicap manis

1/2 sudu teh serbuk kunyit

1/2 sudu teh garam


Cara:


Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing dan di ketepikan.Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan ikan semula.Tuangkan kicap dan di kacau rata. Angkat ikan dan letak dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya.



Ayam Masak Bijan


Bahan-bahannya:


1/2 ekor ayam di buang kulit- di potong dan di bersihkan

4cm halia tua - di hiris

3 sudu makan minyak bijan

1/2 sudu makan kicap manis

Sedikit garam

Air secukupnya


Cara:


Panaskan minyak bijan dan tumiskan halia sehingga berbau harum. Masukkan ayam dan di kacau hingga rata. Tutup kuali dan dan masak ayam selama 20 minit dengan api yang kecil. Tuangkan sedkit air supaya tidak terlalu kering. Akhir sekali masukkan kicap dan di kacau rata. Bila ayam masak tutupkan api. Tambah garam jika perlu.



Sup Ikan Haruan


Bahan-bahannya:


1 ekor ikan haruan

2 cawan air

2 sudu makan minyak jagung

1 sudu makan lada hitam - di tumbuk

3 ulas bawang merah - di tumbuk

2 ulas bawang putih - di tumbuk

2 cm halia - di tumbuk

1 keping asam keping

Garam secukup rasa

Daun bawang dan daun sup di hiris


Cara:


Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air dan di tos. Panaskan minyak jagung dalam periuk dan tumiskan bahan yang di tumbuk tadi hingga berbau.

Masukkan sedkit air. Apabila mendidih masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera.



Rendang Peria


Bahan:


2 biji peria katak (bersaiz besar, dibuang bijinya dan dipotong)
1 cawan santan
1 sudu makan ikan bilis – dikisar
50 gm pucuk pegaga
1 cm kunyit hidup – dikisar
1 sudu teh lada hitam – dikisar
2 keping asam keping
Garam secukup rasa

Cara:


Masak bersama kesemua baham kisar, santan, dan asam keping ke dalam periuk. Biar mendidih.Masukkan peria dan pucuk pegaga. Perlahankan api. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar mendidih sehingga kuah pekat atau kering jika suka. Hidangkan bersama nasi putih.

Info : Peria walaupun pahit bagi sesetengah orang, ia adalah sejenis sayuran herba yang sangat berkhasiat dalam membersih darah, anti radang, meningkatkan selera makan, menurunkan panas san menyegarkan. Selain itu peria juga dikaitkan dapat menyubur rambut anak, merawat diabetes, menghilangkan bekas luka, melawaskan dan sebagainya.

Petua Orang Tua : Masakan yang mengandungi lada hitam sangat baik diambil oleh ibu ketika berpantang kerana ia dapat melancarkan proses mencuci darah.



Ayam Kukus Cuka

Bahan A (diperap sebelum dikukus)


8 potong ayam
4 ulas bawang putih – ditumbuk
1 cm halia – ditumbuk
Garam secukupnya

Bahan B


3 sudu makan cuka
30 gm ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara:


Lumurkan ayam dengan bawangputih, halia dan garam. Perap ayam selama ½ jam. Kemudian kukus hingga masak. Tuangkan cuka dan tabur ke semua bahan B ke atas ayam. Kukus sekejap lagi dan boleh dihidangkan.

Petua Orang Tua : Masakan mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin keran cuka dipercayai dapat mengecut perut dan rahim.



Ikan Panggang Halia Muda

Bahan A (diperap)


2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka

Bahan B (dihiris)


3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Cara:


Lumurkan bahan perap pada ikan. Perap selama ½ jam. Kemudian panggang ikan hingga masak. Tumis bahan B hingga naik bau. Tabur atas ikan. Siap untuk dihidang.

Petua Orang Tua : Orang-orang Melayu memperakui halia salah satu herba serta ubat tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman, melembutkan perut, mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani, membuang angin, menghilangkan bau mulut, memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.



Sup Tulang

Bahan A


1 kg tulang lembu – dicuci dan ditoskan
2 sm halia – diketuk
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1 sudu teh garam kasar
1 sudu makan gula
Air secukupnya

Bahan B (ditumbuk)


1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 cm halia
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan lada hitam

Bahan C (ditumis)


2 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar – dihiris
5 biji cengkih
3 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga

Bahan D


2 bunjut rempah sup tulang
3 bji kentang – dibelah dua
8 biji cili api
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos ikan
1 biji jus limau nipis
Sedikit minyak
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa
Bawang goreng, daun sup dan daun bawang – untuk ditabur

Cara:


Masukkan tulang yang telah dibersihkan bersama air, halia, gula, garam kasar dan lada hitam dalam satu periuk. Didihkan atas api kecil dan bertutup hingga tulang empuk. Tambah air jika perlu. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang hingga kuning. Masukkan kesemua bahan C dan kacau. Masukkan pula bahan B dan tumis hingga garing. Setelah garing, masukkan rempah sup. Kacau dan masukkan satu senduk stok dan kacau sekejap. Tuang bahan tumis ini ke dalam periuk stok tulang dan kacau sekejap. Didihkan kembali, masukkan garam, serbuk perasa, sos tiram dan sos ikan. Tutup dan biarkan mendidih lagi. Kemudian masukkan separuh bawang goring. Akhir sekali masukkan cili api dan sedikit hirisan saun sup. Tuang jus limau dan kacau rata. Ketika menghidang, taburkan bawang goring, daun sup dan daun bawang.

Petua Orang Tua : Masakan jenis sup biasanya banyak menggunakan campuran rempah ratus. Ia sangat baik dalam memanaskan badan dan mencuci darah.



Sup Sayur Campur

Bahan:


3 ulas bawang putih
1 kiub pati rebusan ayam
50 gm suun
40 gm kek ikan
30 gm bunga kobis
30 gm brokoli
30 gm cendawan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak

Cara:


Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga wangi. Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan.

Petua Orang Tua : Walaupun ada yang mengatakan ibu selepas bersalin tidak digalakkan menikmati makanan berkuah, tetapi harus diingat masalah sembelit mudah berlaku sekiranya mereka hanya ingin mengamalkan makanan kering. Sayur-sayuran tetap diperlukan oleh setiap ibu yang sedang berpantang.



Rendang Hati Lembu

Bahan:


½ kg hati lembu – dipotong
2 cawan pati santan
½ cawan kerisik
2 sudu makan rempah kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan (dikisar):


10 ulas bawang merah
200 gm cili merah
2 sudu makan ketumbar
3 batang serai
4 cm lengkuas
2 cm halia
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji buah keras

Cara:


1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan hati. Kacau sekejap.
3. Masukkan santan dan masak hingga pekat.
4. Akhir sekali masukkan kerisik dan garam secukup rasa.


Ikan Tenggiri Masak Halia

Bahan:


2 ketul ikan di goreng
2 ulas bawang merah- ditumbuk
sedikit kunyit hidup – ditumbuk atau serbuk
6 ulas bawang putih – dihiris
halia – dihiris memanjang

Cara:


Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah, bwg putih, halia dan kunyit. Masukkan sedikit air dan apabila mendidih tuangkan atas ikan yg telah digoreng.


Ikan Gelama Masak Asam

Bahan:


2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam

Cara:


Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili. Masukkan air asam dan garam. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.


Sawi tumis air

Bahan:


Sedikit ikan bilis
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 pokok sawi – dicuci dan potong

Cara:


Tumbukkan ikan bilis, bawang putih dan bawang merah. Tumiskan bhn tumbuk tadi dan masukkan air. Apabila mendidih masukkan sawi dan tutupkan api.



Kucai goreng kicap

Bahan:


1 ikat kucai – dihiris
2 ulas bawang merah – dihirs
3 ulas bawang putih – dhiris
kicap

Cara:


Tumiskan bawang merah dan putih. Masukkan kucai dan kicap.


Kari Ikan Haruan

Bahan:


1 ekor ikan haruan – dipotong kecil2
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
( dimesin)
1 biji bawang besar- dihiris
1 camt halba campur
1 tangkai daun kari
4 camb serbuk kari ikan
1 camt serbuk cili
1 mangkuk air asam

Cara:


Tumiskan daun kari , halba dan bawang besar yg dihiris. Masukkan bwg yg dimesin, biar sebentar. Masukkan rempah kari dan serbuk cili yg dah dibancuh dengan air. Masak hingga rempah betul2 masak. Masukkan air asam dan ikan Tambahkan garam dan apabila ikan dah masak tutupkan api.


Peria goreng kelapa

Bahan:


5 biji peria kecil/1 biji yg besar – dipotong dan direndamkan dlm air garam
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit kunyit

kelapa parut

Cara:


Tumiskan bawang merah dan bawang putih. Masukkan kunyit dan peria yg telah dipotong. Masukkan kelapa parut dan gorengkan hingga peria lembut sikit tapi jgn terlalu lama.



Sup Ikan Tenggiri

Bahan:


1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup

Cara:


Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan. Masukkan air dan tomato. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup. Biar seketika dan tutupkan api.



Daging Bakar

Bahan-bahan:


300 gm daging lembut
garam
minyak

Cara:


1. Gaulkan daging dgn garam dan panggang sehingga amsak.
2. Renjiskan minyak sekali sekala supaya tidak melekat pada pemanggang.


Air Assam


Bahan:


4 keping adsama gelugor
garam
5 s/k lada hitam tumbuk
sedikit hirisan bawang kecil

Cara:


gaulkan senua bahan dan rasakan garamnya.



Ikan Kering Masak Halia

Bahan-bahan:


200 gm ikan kering [isi]
1 cawan santan
3 sm halia
3 ulas bawang putih
2 s/k lada hitam
2 keping asam gelugor
2 sm kunyit hidup
garam[jika perlu]

Cara:


Bersihkan isi ikan kering dan potong kecil. Masukkan dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masakkan sehingga kuah pekat. Angkat dan hidangkan bersama nasi.



Haruan Panggang Halia

Bahan-bahan:


1 ekor ikan haruan
1 biji limau nipis [ambilkan jusnya]
2 s/b minyak
1/2 cawan air
1 s/k cuka
1 helai daun kunyit [mayang halus]
garam

bahan tumbuk
5 ulas bawang putih
6 sm halia
4 sm kunyit hidup

bahan rempah - tumbuk
1 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
1 s/k lada hitam

Cara:


1. Ikan dibersihkan dan lumurkan jus limau. Basuhkan.
2. Gaulkan ikan dengan sedikit bahan tumbuk. Bakarkan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan separuh lagi bahan tumbuk dan bahan rempah sehingga wangi dan naik minyak.
4. Masukkkan air dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.
5. Masukkan cuka dan hirisan daun kunyit.
6. Angkat dan siramkan pada ikan bakar.
7. Hidangkan dan makan semasa panas.



Asam Pedas Rebus


Bahan:


2 – 3 ekor ikan kembung
2 sudu besar asam jawa
400ml air
1 batang serai, dititik
garam secukup rasa


Giling:


10 tangkai lada kering
1 sudu kecil belacan
6 ulas bawang merah


Cara:


Cili Kering direbus dan di tumbuk lumat/blander.Jika tidak suka pedas boleh dikurangkan bilangannya. Lumatkan bawang merah dan belacan. Masukkan semua bahan tumbuk dan serai dengan 400ml air asam. Apabila mendidih, masukkan ikan dan garam secukup rasa. Biarkan ikan masak, tutup api dan hidang.


Masakan jenis ini sesuai untuk mereka yang berpantang,cuma jangan dimasukkan cili dan belacan.Gunakan ikan cencaru, ikan bawal, ikan merah dll dari jenis yang tidak gatal

24 comments:

  1. terima kasih atas infonya...sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  2. Tq, menu di atas membantu sy menyediakan mknan utk adik ipar

    ReplyDelete
  3. Info yg menarik..sesuai sgt..thanks ye kerana berkongsi ;)

    ReplyDelete
  4. aslm..org bpantang bole mkn cendawan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam,
      Dalam pantang tak boleh makan cendawan sbab sejuk.

      Delete
  5. Terima kasih. Byk idea masakan bole apply.
    Terima kasih sekali lg.

    ReplyDelete
  6. Wah..rupa-rupanya banyak menu yang ibu berpantang boleh diaplikasikan terima kasih banyak-banyak.

    ReplyDelete
  7. Ingatkan masa pantang tak boleh makan sedap sebab saya hanya dibenarkan makan ikan bilis dengan nasi putih je. tq for info.

    ReplyDelete
  8. salam akak.dlm pantang sbb keguguran 6mgu,bleh mkn buah manggis / buah tomato x. thanks..

    ReplyDelete
  9. slm kak..sy nak share resepi ni kat blog sy ye..utk panduan hubby masakkan utk sy dlm pntang nnt:)

    ReplyDelete
  10. salam, terima kasih kerana berkongsi resepi bpantang n ia sgt berguna.nak tanya la,kalo dlm pantang boleh ke mkn@minum oren??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sama2, boleh mkn tp jgn mkn byk. Takut sakit perut je....uhuhu

      Delete
  11. Salam k.engku.sdap tul semua menu tu.saya dlm pantg cuma makan ikan merah n ayam panggang kunyit je.emak saya mmg pantang betul mkn.masa pantang le paling xbest skali..lepas ni leh cuba menu kak engku ni le..tq..

    ReplyDelete
  12. Boleh mkn mknan bersantan ke? Klu ceaser takut bernanah ..sy dh 32hr .tq

    ReplyDelete
  13. hai..x lma g sy akn brpantang..bleh try smua resepi ni..

    ReplyDelete
  14. Kang engku... Rendang daging ngn ayam dalam panang bersalin czer leh mkn ker? Sy dh 31 hari berpantang...

    ReplyDelete
  15. mcm org gugur 11 minggu boleh makan nestum atau sambal2.. sy dh bpantang seminggu.. jemu dah mkanan asam2 ni..

    ReplyDelete
  16. Blhke makan belacan n sos tiram time pantang ceasar?

    ReplyDelete