"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

08 February 2010

Menu Makanan Dalam Pantang (2)

Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahannya:


Daging hihiris halus
Lada hitam secukup rasa
Halia
Bawang besar
Bawang putih
Sos Cili/Cili mesin
Sos tomato
Sos tiram
Kicap pekat
Garam/serbuk perasa

Caranya:


Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang
telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.


Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan
air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.

Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.



Ikan Masin Lada Hitam

Bahannya:


Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
Lada hitam


Caranya:


Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
dan gaulkannya sebati.



Buncis Tumis Lada Itam

Bahan tumis (ditumbuk)


Ikan bilis (secekup)
2 biji bwg merah(kecil)
1 biji bwg putih
1 sudu besar lada itam


Caranya:

Tumiskan bahan yg ditumbuk (dlm 1-2 sudu besar minyak masak) hingga naik bau masukan 1/2 cawan air.....pastu masukkan kacang buncis kacau2 (buncis jgn sampai layu sgt)...siap utk dihidangkan

No comments:

Post a Comment