Pada kira-kira sepuluh hari yang pertama kehidupan bayi anda, rangsangkan refleks penghisapannya. Usap pipinya yang paling hampir dengan anda. Dia sepatutnya berpaling dan membuka mulutnya. Jika dia tidak berbuat demikian, atau bayi lebih besar, biarkan beberapa titis susu terbentuk pada puting susu, kemudian sentuh bibirnya dengan puting itu untuk memberinya merasa susu tersebut. Adalah lebih mudah untuk bayi anda menelan jika dia berbaring dalam keadaan separuh tegak. Letakkan lapik dada pada bayi sebelum menyusukannya.
Apabila bayi anda menyusu, pegang botol tersebut dengan baik supaya dia dapat menarik botol pada arah bertentangan ketika menghisap. Condongkan botol supaya puting susu dipenuhi susu, bukan udara. Sekiranya puting susu itu jatuh, gerakkan ke sekeliling di dalam mulut bayi anda untuk membenarkan udara masuk kembali ke dalam botol.
Apabila bayi anda telah menghabiskan semua susu tersebut, tarik botol darinya dengan teguh. Jika dia masih hendak menghisapnya, berikan jari kecil anda yang bersih. Dia akan memberitahu anda jika dia menghendaki susu lagi.
Jika Dia Enggan Lepas
Sekiranya bayi anda enggan melepaskan botolnya, walaupun selepas penghisapan yang lama, sisipkan jari kecil anda di antara gusinya sepanjang puting susu tersebut.
Tidur Semasa Menyusu
Jika dia terlena semasa menyusu, mungkin ada angin di dalam perutnya yang menyebabkannya berasa kenyang. Dudukkan dan sendawakannya selama beberapa minit, kemudian berikan susu lagi.

No comments:
Post a Comment