"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

07 February 2010

Bayi Yang Memerlukan Penjagaan Khusus

Sesetengah bayi memerlukan penjagaan istimewa selepas dilahirkan. Ini biasanya disebabkan mereka pramatang (dilahirkan sebelum 37 minggu), atau kecil daripada tarikh. Bayi ini berkemungkinan besar mempunyai masalah berkaitan dengan pernafasan, penyusuan dan pengekalan haba. Oleh itu, mereka memerlukan rawatan dan pengawasan khusus. Masa yang bayi anda perlu berada dalam penjagaan khusus, tentu sukar. Anda bukan sahaja akan terpisah daripadanya sebelum dapat mengenalinya, tetapi perlu membiasakan diri melihat bayi anda dikelilingi oleh pelbagai peralatan menakutkan yang memastikan bayi anda selamat. Pada mulanya, ini agak menakutkan anda tetapi ada baiknya jika anda meminta kakitangan hospital menerangkan fungsi peralatan itu.

Berkenalan Dengan Bayi

Adalah penting anda meluangkan masa sebanyak mungkin dengan bayi anda. Kebanyakkan hospital mempunyai bilik khas yang boleh dijadikan tempat menginap supaya anda berada dekat dengan bayi anda dan boleh mengambil bahagian dalam penjagaan hariannya. Pada mulanya, bayi anda mungkin kelihatan kecil dan mudah tercedera sehingga anda bimbang untuk menyentuhnya. Akan tetapi, semua bayi bertindak balas terhadap pengendalian yang penuh kasih sayang. Walaupun dia tidak boleh dikeluarkan dari inkubator untuk didakap, anda masih boleh bercakap dan mengusapnya melalui lubang pengudaraan pada tepi inkubator. Anda juga mungkin dapat membantu menukar lampinnya dan memakaikannya baju.


Bertanya Soalan

Tanyakan doktor atau bidan anda tentang sebarang perkara yang merisaukan anda. Biasanya ibu bapa tidak bertanyakan banyak soalan kerana bayi mereka kelihatan sangat lemah sehingga mereka bimbang akan jawapan yang akan diberikan. Akan tetapi, dengan penjagaan intensif moden, bayi yang dilahirkan sebelum 28 minggu juga insya Allah dapat diselamatkan.


Penyusuan

Sekiranya bayi anda boleh menghisap, anda akan dapat menyusukannya secara normal. jika tidak, dia akan disusukan melalui tiub yang dilalukan menerusi hidung ke mulutnya, seterusnya ke dalam perutnya.


Penyakit Kuning

Ramai bayi baru lahir mendapat penyakit kuning yang tidak serius, kira-kira 3 hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan kulit dan bahagian putih mata berubah menjadi kekuningan. ini berlaku kerana hati bayi masih pramatang dan sejenis pigmen dipanggil bilirubin, terkumpul dalam darahnya lebih cepat daripada keupayaan ginjal membuangnya.

Penyakit kuning biasanya pulih secara sendiri dalam masa beberapa hari. Namum, bayi anda mungkin lebih mengantuk daripada biasa. Oleh itu, bangunkannya lebih kerap dan galakkannya menyusu. Adalah lebih baik jika buaiannya diletakkan berhampiran dengan tingkap supaya dia terdedah kepada cahaya matahari. Ada kalanya, penyakit kuning perlu dirawat oleh cahaya khusus (fototerapi). Ini biasa dilakukan di wad postnatum. Hanya bayi dalam beberapa kes serius tertentu sahaja yang diberi penjagaan khusus. (Baca Info Jaundis...bagi ulasan yang lebih terperinci).


Lahir Mati

Jarang sekali bayi dilahirkan mati. Perkara yang sukar dihadapi, jika ini berlaku ialah kenyataan bahawa anda tidak berpeluang mengenali anak anda. Mungkin suatu idea yang baik jika anda menemuinya selepas dilahirkan. Dengan mendukung dan memberinya nama, anda boleh bersedih atas kematiannya sebagai seorang manusia, dan anda perlu melakukannya. Anda mungkin berasa marah dan ingin mengetahui silapnya serta mencari sesuatu atau seseorang untuk dipersalahkan. Perasaan malu dan bersalah juga merupakan perkara biasa. Minta doktor menghubungkan anda dengan kumpulan orang yang telah melalui pengalaman yang sama. Adalah lebih baik anda menenangkan diri serta pujuklah diri anda, walaupun sukar untuk menelannya tetapi ingatlah bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. Tanamkan tekad dan azam, selepas pulih nanti usaha kembali untuk mendapatkan bayi yang baru.


No comments:

Post a Comment