"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

14 February 2010

Masalah Penyusuan - Susu Ibu

Pemeriksaan Buah Dada dan Puting
  • Pemeriksaan yang teliti jika ibu menghadapi masalah yang disyaki berpunca dari buah dada
  • Mengajar ibu supaya menyediakan puting yang sesuai untuk penyusuan
  • Perhatikan perbezaan antara kedua-dua belah buah dada
  • Perhatikan samada terdapat bengkak, ketulan atau kemerahan
  • Anatomi buah dada yang tidak normal dan riwayat pembedahan yang pernah dilakukan
  • Puting tenggelam yang mungkin menyusahkan bayi melekap

Pengendalian Kes Puting Tenggelam (Inverted Nipple)

Puting tenggelam berlaku jika rawatan semasa antenatal tidak berkesan. Bantuan awal diperlukan selepas bersalin apabila anak mula menyusu.
  • Beri keyakinan kepada ibu bahawa dengan kesabaran dan kegigihan dia mungkin akan berjaya
  • Beritahu ibu bahawa bayi hisap dari buah dada dan bukan dari puting
  • Galakkan ibu mengadakan sentuhan kulit dengan bayinya
  • Galakkan ibu memegang bayi dengan betul
  • Galakkan pemakaian 'breast shield'
  • Bantu ibu mengeluarkan putingnya sebelum menyusu (menggunakan breast pump, syringe)
*Sekiranya masih gagal, bantu ibu memerah susunya dan berikan perahan susu ibu kepada bayinya dengan cawan.


Bengkak Buah Dada (Breast Engorgement)

Dalam keadaan laktasi peredaran darah dan lymph akan meningkat. Ini mengakibat rasa tegang, penuh dan panas. Penyusuan akan mengurangkan rasa ketegangan ini. Peningkatan volume ini susu yang cepat akan mengakibatkan pengaliran susu yang banyak dan akan mengalami kebengkakan.

Bengkak akan timbul sekiranya pengeluaran susu tidak kerap atau tidak cukup. Setengah ibu dapat menghasilkan susu yang terlalu banyak sehingga anak tidak dapat menghisap semuanya. Ini mengakibatkan bengkak buah dada.

Buah dada akan panas, sakit dan bengkak. Pada 'engorgement' yang teruk pengeluaran susu akan berkurangan atau terhenti.


Cara - Cara Mencegah Engorgement:
  • Pastikan susu ibu diberi 1 jam selepas bersalin
  • Pastikan penempatan bersama antara ibu dan anak setiap hari
  • Adakan anggota memberi bantuan dengan cepat dan ibu tahu cara memberi susu ibu
  • Ibu digalakkan memberi penyusuan on demand (memberi ikut kemahuan bayi) iaitu dalam 8 hingga 12 kali penyusuan dalam 24 jam.
  • Adakah ibu selesa dalam suasana 'caring atitude'
  • Bila ibu tidak dapat menyusui anaknya, ibu digalakkan memerah susu dengan kerap
  • Jangan memberi bayi puting kosong atau susu botol. Ini akan mendatangkan kekeliruan 'sucking effect' kepada bayi

Cara- cara Mengatasi Engorgement:
  • Periksa samada kedudukan bayi adalah betul antara penyusuan. Sebelum penyusuan, letakkan tuala panas di areola supaya susu dapat keluar
  • Galakkan penyusuan on demand
  • 'Cold Compress' mengurangkan sakit antara penyusuan. Sebelum penyusuan, letakkan tuala panas di areola supaya susu dapat keluar
  • Galakkan ibu untuk memerah susu sebelum penyusuan untuk melembutkan areolar dan seterusnya membantu bayi get 'attached'
  • Setelah susu dikeluarkan, letakkan 'cold compress' atas buah dada untuk mengurangkan bengkak
  • Sekiranya dengan penyusuan kepada bayi sahaja tidak dapat melegakan 'engorgement', ibu dinasihatkan supaya memerah susu antara masa bayi tidak menyusu.

Puting Luka (Sore Nipple)

Sebab-Sebab Terjadi Sore Nipple:
  • Ibu perlu pertolongan tetapi tidak dibantu cara penyusuan yang betul akibatnya 'attachment yang tidak betul'
  • Buah dada engorgement sebab penyusuan kurang kerap
  • Bayi belum pandai membentuk 'suckling effect'
  • Bayi ada 'thrush infection' yang berjangkit pada puting ibu
  • Terdapat 'thrush tied' pada bayi - short frenulum

Rawatan Puting Luka:
  • Pemeriksaan samada kedudukan bayi adalah betul, proper atua good attachment adalah penting
  • Letakkan/sapu susu yang diperah pada puting untuk melegakan serta melicinkan tisu puting. Letakkan tuala basah sebelum penyusuan untuk merangsangkan proses 'let down'
  • Mulakan penyusuan pada buah dada yang kurang luka/buah duada yang sihat.
  • Jangan hadkan jumlah penyusuan
  • Sekiranya bayi tertidur dan tidak menyusu lagi, lepaskan puting secara perlahan-lahan daripada bayi dengan memasukkan jari untuk lepaskan hisapan. Elakkan dari menarik puting, dikhuatiri akan menambahkan lagi luka di puting anda.
  • Biarkan buah dada terdedah pada udara dan matahari untuk penyembuhan yang segera.
  • Berikan rawatan 'oral thrush' pada mulut bayi dan puting ibu.

Salur Tersumbat (Blocked Milk Duct)

Salur tersumbat disebabkan susu dari satu bahagian buah dada tidak mengalir dengan baik dan membentuk satu ketulan susu pekat yang akan menyumbatkan susu

Sebab-sebab Salur Tersumbat
  • Penyusuan ibu tidak kerap
  • Susu tidak dikeluarkan secukupnya dari semua bahagian buah dada
  • Tekanan setempat ke atas sebahagian buah dada

Cara - Cara Merawat Salur Tersumbat
  • Periksa cara bayi melekap
  • Menggunakan lebih dari satu posisi semasa menyusu supaya susu dapat dikeluarkan dari semua bahagian buah dada
  • Memberi susu dengan kerap
  • Susui bayi dengan buah dada yang sakit dengan dagu bayi menghala ke arah pembengkakan tadi
  • Mengurut bengkak ke arah puting dengan perlahan-lahan sebelum dan selepas penyusuan
  • Sebelum penyusuan letakkan tuala basah panas di bahagian yang bengkak
  • Jangan menggunakan bra yang ketat.

Jangkitan Buah Dada / Breast Infection (Mastitis)

Merupakan radang pada buah dada yang mengakibatkan 'localised tenderness', kemerahan dan sakit.

Ibu menderita demam, rasa letih, loya atau pening kepala. Selanjutnya ia menjadi abcess. Kawasan abscess ini rasa panas, sakit dan mengandungi cairan.


Sebab-sebab Mastitis:
  • Puting pecah atau merekah
  • Salur tersumbat, bengkak buah dada atau penakungan susu (milk stasis)
  • Tekanan setempat ke atas sebahagian buah dada
  • Badan tidak dapat melawan kuman kerana keletihan

Rawatan Mastitis:
  • Jangan berhenti penyusuan ibu
  • Lebihkan berehat sebanyak mana yang boleh
  • Minum lebih banyak air jika dahaga
  • Mulakan penyusuan dengan buah dada yang terlibat dahulu
  • Pastikan bayi melekap dengan betul untuk penyusuan yang berkesan
  • Tuamkan buah dada dengan air suam sebelum dan selepas penyusuan untuk menambahkan pengaliran susu
  • Beri ubat penahan sakit
  • Antibiotik secukupnya
  • Ubat anti inflamatori (panadol)
  • Perah susu pada buah dada yang terlibat

Apa Yang Patut TIDAK Dilakukan Pada Puting Luka
(LARANGAN UNTUK PUTING LUKA)

  • Jangan gunakan nipple shield
  • Jangan berhenti menyusui bayi
  • Jangan Hadkan jumlah atau masa penyusuan
  • Jangan letakkan oil-based lotion atau ubat beracun pada puting

Keputihan (Trush Infection)

Semasa dalam proses keluar dari rahim ibu, bayi boleh dijangkiti 'oral thrush', jangkitan yang disebabkan oleh Kulat "Candida Albicans".

Bayi kemudiannya menyebabkan jangkitan ini berpindah kepada puting ibu semasa menyusu. Dengan itu adalah penting rawatan diberi kepada ibu dan bayi.


Tanda-tanda Infection:
  • Puting boleh kelihatan normal merah atau radang
  • Terdapat kesakitan yang "serius", ibu mengadu puting rasa terbakar dan bisa selepas penyusuan
  • Terdapat bercah-cah putih di dalam mulut bayi (fungal diaper rash)
  • Ibu mempunyai infeksi di vagina

Rawatan Untuk Ibu:
  • Gentian Violet 1/4 - 1/2% sekali sehari selama 3 hari
  • Nystatin atau fungal cream disapu selepas setiap penyusuan, diputing.
  • Jemur atau anginkan puting selepas penyusuan. Jika menggunakan breast pads, ganti bila basah
  • Basuh tangan dengan bersih selepas menggantikan napkin atau selepas ke tandas
  • Ubat infeksi di vagina (pasangan suami/isteri)

Rawatan Untuk Bayi:
  • 1/4 - 1/2% Gentian violet setelah penyusuan atau Nystatin Drops selepas setiap penyusuan seterus 14 hari
  • Bila terdapat diapres rash - sapukan Gentian Violet sekali selang sehari atau Nystatin Cream 4 kali sehari
  • Perah susu secara Demahan Botol Panas

Buah Dada Bernanah (Breast Abcess)

Jika jangkitan buah dada (mastitis) tidak dirawat dengan segera, ia mungkin membentuk pernanahan di dalam buah dada

Rawatan (Breast Abcess):
  • Antibiotik secukupnya
  • Torehan (incision & Drainage) jika perlu
  • Warm Compress
  • Penyusuan yang berkesan

Makanan (Susu Gantian) Boleh Diterima Apabila:
  • Ibu mendapat jangkitan kuman 'Herpes Simplex' buah dada
  • Ibu mendapat jangkitan HIV selepas bersalin
  • Ibu sakit teruk
  • Ibu mengambil ubat yang tidak boleh digunakan semasa menyusu
  • Ibu tidak mahu memberi susu disebabkan alasan yang diluar kuasa hospital kakitangan kesihatan

Perbandingan Antara Bengkak Buah Dada, Salur Tersumbat dan Mastitis


Bengkak Buah Dada (Breast Abcess)

Berlaku secara Perlahan dan sebaik sahaja selepas bersalin. Biasanya melibatkan kedua-dua belah buah dada. Bahagian buah dada akan bengkak, panas dan ibu mengalami sakit keseluruhan buah dada. Ibu boleh demam hingga mencapai suhu badan melebihi 38.4C. Pada hakikatnya ibu berasa sihat.


Salur Tersumbat (Block Duct)

Juga Berlaku secara perlahan terutama selepas penyusuan. Biasanya melibatkan sebelah buah dada sahaja. Mungkin mengalami sedikit panas dan mengalami sakit sedikit tetapi setempat sahaja. Ibu akan alami demam dan suhu badan melebihi 38.4C. Pada hakikatnya ibu berasa sihat.

Jangkitan (Mastitis)

Berlaku secara tiba-tiba dan yang mengakibatkan 'localised tenderness' kemerahan dan sakit. Ibu menderita demam suhu badan melebihi 38.4C , rasa letih, loya atau pening kepala. Selanjutnya ia menjadi abcess.


Penyusuan Bila Ibu Sakit
  • Ibu boleh menyusukan bayi apabila ibu demam
  • Bayi yang menyusu menerima 'antibodi' melalui jangkitan kepada ibu menerusi 'penyusuan ibu'
  • Sekiranya ibu dimasukkan ke wad, bayi perlu sentiasa bersama ibu.

Masalah Kekurangan SUSU
  • Kerapkan penyusuan ibu walaupun pada waktu malam
  • Beri peluang bayi menghisap sepuasnya
  • Pastikan bayi melekapkan mulutnya di areola (kawasan hitam/coklat) dengan betul. (Pipi dan dagu bayi bersentuhan dengan payudara)
  • Tenangkan perasaan dan fikiran. Dapatkan rehat yang cukup.
  • Makan makanan yang seimbang dan minum air secukupnya

7 comments:

  1. Sy rs sy terkena keputihan..puting luka dan sakit dia kemaluan ketika membuang air kecil.bayi pula mengalami diapers rash.bayi sudah 6bln+..yg jd persoalan ialah.dgn doc mana patut sy dptkan rawatan ye kak engku?pakar kanak2 atau wanita?

    ReplyDelete
  2. Tiga hari lalu anak saya mengalami oral trush di dalam mulutnya. Dia menyusu badan seperti biasa tetapi kali ini berlaku rekahan di bahagian pangkal puting payudara saya. Sekarang saya mengalami demam dan kemerahan di sebahagian payudara sebelah kanan. Apakah rawatan yang sebaiknya untuk saya dan berapa lama jangkaan masa untuk saya elok dr masalah ini? Anak saya kini berumur 2 tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam rita,
      Akak nasihatkan rita jumpa doktor untuk pemeriksaan n rawatan antibiotik. Tq

      Delete
  3. Saya baru selesai menjalani pmbedahan membuang nanah di breast kanan. ( breast abcess ) boleh kah sy menyusukan anak lg jika di takdirkan sy bersalin lg pd masa akn dtg. Skrg sy sudah bhenti menyusu atas nsht doktor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Sedihnya akak dengar....breast abcess. Insyaallah puan masih boleh menyusukan jika ditakdirkan puan bersalin lagi. Tq

      Delete
  4. Salam..sy br mula untuk menyusukan anak sy y berusia 1 bln..masalah skrg susu sgt kurang dan myebabkan anak sy x nk myusu bdn...sy pernah menjlni pembedahan breast untuk mbuang ketumbuhan,,,adakah ia mberi kesan terhadap kkurangan susu...satu lg adakah puting luka disebabkn susu kurang dan bayi menghisap dgn kuat..

    ReplyDelete
  5. Saya baru mengalami breast abcess kali kedua untuk anak pertama saya yang ketika itu berusia 6 bulan.kali pertama kene anak berusia 4bulan.saya telah stopkan susu badan atas nasihat doktor.masihkan ade peluang saya untuk menyusukan kembali anak saya tanpe mangalami breast abcess utk kali ketiga untuk anak yang ni?

    ReplyDelete