"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

14 February 2010

Penyusuan Bagi Bayi Bermasalah

Susu ibu adalah makanan asas bayi walaupun bayi bermasalah seperti masalah kongenital atau pramatang masih boleh menyusu ibu. Apabila bayi memerlukan lebih perhatian, ibu memerlukan lebih banyak kontek dan temujanji, galakkan dan kemahiran bagi membantu meneruskan penyusuan ibu sepenuhnya.


Bayi Pramatang dan Bayi Kurang Berat (Very Low Birth Weight)

Apabila bayi telah bersedia menyusu dengan mulut, elakkan dari menggunakan puting tiruan.
  • Susu paling sesuai ialah susu ibu segar. Susu ibu mengandungi faktor pencegah penyakit (antibodi) hormon dan enzim yang tidak terdapat dalam susu formula. Omega 3 Fatty Acid dalam susu ibu baik untuk tumbesaran otak.
  • Sehingga bayi bersedia untuk menyusu dengan sendiri, bayi perlu diberi susu ibu dengan menggunakan tiub atau sudu.
  • Susu ibu pramatang sesuai bagi bayi pramatang kerana protein yang lebih tinggi. Memberi susu formula pramatang hanya memberi bimbangan kepada ibu yang mengatakan susunya tidak cukup baik bagi bayinya. Jika susu formula perlu digunakan hanyalah sehingga ibu sudah mempunyai susu perahan yang cukup sehingga bayi boleh minum sehingga 180 - 200 ml / kg / hari.
  • Jangan gunakan botol dan puting susu. Galakkan bayi menyusu dengan segera.

Membantu Ibu Menyusukan Bayi Pramatang
  • Aturkan cara pendekatan dengan bayi sekerap yang mungkin, siang dan malam. Galakkan ibu supaya memegang dan membelai bayi mereka.
  • Pastikan ibu mendapat tempat berehat yang sesuai di hospital.
  • Nasihatkan ibu supaya membasuh tangan dan memakai gaun steril sebelum memegang bayi mereka.
  • Galakkan ibu menyusukan bayi secepat mungkin.
  • Bantu ibu menyusukanbayi dan jangan biarkan bayi menangis.

Bila Bayi Bersedia Menyusu
  • Bayi sudah bersedia untuk menyusu apabila keadaannya sudah stabil
  • Gunakan kaedah sentuhan kulit. Galakkan ibu memegang bayi hanya berlampin sahaja. Bayi boleh menyusu apabila ia mahu.
  • Timbangan adalah tidak tepat dan mengelirukan. Faktor kematangan adalah lebih penting dari berat bayi. Biasanya bayi pramatang lebih 34 / 52 atau lebih dari 1.8 kg sudah bersedia untuk menyusu sendiri.
  • Apabila bayi bersedia untuk menyusu ia akan membuat gerakan dengan lidah dan mulutnya. Ia juga akan cuba memasukkan tangan ke dalam mulutnya.

Membantu Ibu Meneruskan Penyusuan Badan
  • Jika boleh mulakan memerah susu 6 jam selepas bersalin
  • Gunakan pam elektrik jika ada dan perah kedua-dua belah buah dada.
  • Mulakan perahan susu sebanyak 8 x sehari.
  • Bantu ibu membuat urutan buah dada sebelum dan selepas memerah susu.

Bagaimana Memulakan Penyusuan
  • Mula dekatkan bayi ke buah dada bila bayi dalam keadaan hendak / separuh tidur.
  • Pegang bayi dengan mengampu badan bayi sepanjang lengan ibu dan kawal kepalanya dengan baik.
  • Ibu mungkin perlu mengampu buah dada dengan memegangnya dengan empat jari dibawah dan ibu jari di atas. Bantu letakkan mulut bayi ke puting susu.
  • Gunakan kaedah 'Dancer Hand Position'.
  • Untuk membantu pengeluaran susu buat urutan setiap kali berhenti untuk menyusu.

Jangkaan Sewaktu Menyusu
  • Jangkaan bayi akan berhenti rehat ketika menyusu. Harapkan suasana tenang dan tidak terburu-buru.
  • Hentikan susuan jika bayi terlalu mengantuk, tetapi biarkan ia di buah dada walaupun ia tidak menyusu.
  • Elakkan kebisingan, lampu terang atau menghayunkan bayi sewaktu menyusu.
  • Perhatikan bayi menelan susu.
  • Jika perlu perah susu 'hindmilk' yang lebih lemak dan susukan ia menggunakan sudu atau cawan.

Penyusuan Lebih Dari Satu Bayi

Bayi kembar atau tiga masih boleh menyusu dengan cukup. Masalahnya bukan pengeluaran susu tetapi sokongan atau galakkan dari kakitangan kesihatan, keluarga dan rakan.


Nasihat Kepada Ibu
  • Cuba cari bantuan untuk menjaga anak yang lain dan kerja rumah.
  • Jika perlu beri susuan dengan posisi berbaring bagi mengelakkan keletihan.
  • Pastikan ibu mendapat makanan yang seimbang.
  • Cuba luangkan masa lebih banyak dengan bayi supaya dapat mengenali dengan lebih terperinci tabiat setiap bayi tersebut.
  • Susukan bayi dengan serentak untuk menjimatkan masa.
  • Biarkan bayi menetapkan kaedah susuan yang sesuai.

Keadaan Khas

1. Sumbing Bibir Dan Lelangit Bercelah
  • Susuan ibu masih berkesan walaupun dalam keadaan sumbing yang teruk. Bayi sumbing lebih terdedah kepada 'Otitis Media' dan URTI. Susu ibbu penting bagi mengurangkan kadar jangkitan ini.
  • Buah dada atau jari boleh menutup sumbing bagi membantu bayi menyusu.
  • 'Dental Plate' mungkin diperlukan untuk menutup lelangit (hard palate) ketika menyusu.
  • Susuan mungkin lebih lama.
  • Ibu mungkin perlu memerah susu dan diberikan dengan menggunakan sudu atau cawan.

2. Bayi Yang Mendapat Kecacatan Otak
  • Guna posisi yang boleh menyokong bayi.
  • Sokong buah dada dan gunakan kaedah 'Dancer Hand Position'.
  • Penyusuan mungkin lama
  • Ibu mungkin perlu memerah susu dan diberi dengan menggunakan sudu atau cawan.

3. Bayi Sakit
  • Pastikan ibu dapat tinggal bersama bayi di hospital.
  • Nasihatkan ibu supaya menyusu dengan lebih kerap untuk membanyakkan susu.
  • Jika bayi tidak dibenarkan menyusu, bantu ibu memerah susu untuk membantu mengekalkan pengeluaran susu.
  • Nasihatkan ibu supaya menyusukan bayinya dengan lebih kerap selepas bayi sembuh dari penyakit.

2 comments:

  1. huhuh...sy br dpt bby pramatang...29week..berat 1.24 (wkt lahir). skg turun 1.10kg. sedeyh sgt bila dgr suara anak org lain menangis.anak sendiri tak dgr suara pon.wktu lahir ja kuat menangis.
    dahla badan kecik.nafas pun laju.tapi nasib la dia da mula minum susu badan walau guna tiub..
    kesian bby dlm inkubator tu taw.da ar berdengung duduk dalam tu.trauma bila pintu inkubator dibuka..asyik kene cucuk dan masuk wayar.aduhhhh...sedeynya.

    ReplyDelete
  2. me: sabar la ye, setiap yang berlaku tu ada hikmahnya, mungkin ada rahmat di setiap kejadian tersebut, apa yang penting me bersabar dan berdoa agar baby kekal sihat, disamping tu jaga kesihatan diri, dan kerap perah susu utk diberikan pada baby, Insya Allah nanti semua tu akan beransur ok....utk pengetahuan ramai lagi yang mengalami lebih teruk daripada me, apa yang penting kita terus dan terus berdoa utk kesihatan baby ye.....ok jaga diri tau

    ReplyDelete