"Untuk Respon Pantas, WASAP Je Kak Engku"

019 2077 643 (Nak Tanya Soalan)
019 366 7525 (Nak Order Barang)
KEPAKARAN Kak Engku adalah membantu Mama semua untuk mendalami dan mempratikkan ilmu Kehamilan, Berpantang, Penyusuan Dan Penjagaan Bayi secara online agar Mama lebih bersedia, sentiasa ceria dan teruja sebelum dan selepas kelahiran. Di samping menyediakan khidmat nasihat berkaitan barangan keperluan berpantang dan set bersalin yang pratikal digunakan dengan harga yang Murah dan Semestinya ORI.

14 February 2010

Jaundice Pada Bayi Yang Menyusu Ibu

  • Adalah biasa bayi mendapat jaundis pada minggu pertama. Ia mula kelihatan pada hari kedua dan hilang selepas hari ke sepuluh. Bilirubin dikeluarkan dalam najis dan bukannya dalam kencing. Rawatan jaundis hanya perlu jika jaundis menjadi lebih tinggi.

Terdapat 2 jenis jaundis dalam bayi yang menyusu Ibu:

1. Jaundis Penyusuan Ibu (Breast Feeding Jaundice)
  • Ia adalah jaundis fisiologi yang berlebihan yang disebabkan kurang pembuangan bilirubin dalam najis. Ini disebabkan penyusuan ibu yang tidak mencukupi.
  • Sebanyak 3% dari bayi menyusu ibu mempunyai para SB > 12.9 mg % . Bagi bayi yang menyusu obu paras sehingga 15.5 gm % masih diterima sebagai jaundis fisiologi
  • Jaundis biasanya dikesan 3 - 4 hari selepas lahir dan hilang selepas bayi berumur 2 minggu.

Faktor Yang Menyebabkan Jaundis Penyusuan Ibu
  • Kurang susu ibu atau penyusuan ibu yang tidak kerap
  • Pemberian air atau minuman tambahan kepada bayi

Faktor Berikut Boleh Membantu Mengelakkan Jaundice Penyusuan Ibu
  • Penyusuan yang lebih kerap 8 - 12kali dalam 24 jam siang dan malam
  • Penyusuan yang efektif
  • Pembuangan najis yang kerap
  • Jangan diberi air tambahan kepada bayi
  • Beri susu ibu perahan untuk menambah pengambilan susu
  • Jangan berhenti penyusuan ibu
  • Jangan beri susu formula
  • Nilai semula jika SB > 15.5 gm %

2. Jaundis Susu Ibu
  • Jaundis yang berpanjangan yang disebabkan sesuatu bahan (tidak dikenali) yang mungkin terdapat dalam susu ibu
  • Insiden kurang dari 1%
  • Mula dikesan selepas 1 hari dan kekal dari 3 minggu hingga 3 bulan
  • Bayi berkeadaan normal, sihat, berat badan meningkat dan mempunyai najis yang normal

Rawatan:
  • Pastikan sebab-sebab jaundis yang lain
  • Jika SB lebih 20 mg % hentikan sementara penyusuan ibu selama 24 jam dan jaundis akan berkurangan dari paras sebelumnya. Apabila susu ibu diberikan semula jaundis akan meningkat tetapi tidak mencapai tahap yang lalu.
  • Teruskan penyusuan ibu

14 comments:

  1. salam..kak engku kalau bayi pramatang ok ke kalau diberi susu kambing minum?

    ReplyDelete
  2. wsalam, utk pengetahuan memang tak digalakkan utk memberi baby minum susu kambing kerana susu nie agak tajam utk perut baby.

    ReplyDelete
  3. terima kasih kak banyak ilmu yang saya dapat dari blog akak ni. biarpun saya dah nak dapat anak ke3 tapi blog akak ni memang berguna untuk saya menambahkan lagi pengetahuan....

    ReplyDelete
  4. zarina: thanks ye sudi singgah blog akak. rajin rajin la singgah sini ye, insyaAllah akak akan sentiasa update info dari masa ke semasa. Tq.

    ReplyDelete
  5. salam k.engku,sy br bersalin 5/6 aritu n bby saya masa lahir 35w4d n skrang ni tgh terima rawatan jaundice..sy nak tanya k.engku bila saya boleh start mkn jamu n jamu mana yg akk suggest sbb bby prem so sy x berani nak mkn jamu2 ni..tq

    ReplyDelete
  6. effyzan: wsalam, klu baby kuning, jangan ambil la jamu tau, tunggu sehingga kuning baby betul betul sembuh. InsyaAllah semua jamu ok. Tq

    ReplyDelete
  7. anak saya jaundis dari, dari hari ke 3 hingga hari ni, hari ke 19..masih turun sikit2 je..doktor kata ada kaitan dgn bonjol di kepala akibat kesilapan masa meneran..tp sy ttp risau..bhy x bg ubat sampingan seperti homopati?

    ReplyDelete
  8. mommie yuyu: akak rasa lebih elok kalau bawa ke spital utk rawatan ye.

    ReplyDelete
  9. baby lahir xda msalah jaudis..slpas smngu nmpak mata baby mcm ada kuning..lpas bwa baby ambik sample drh doktor kata normal..
    tpi skrg baby dah 1 bulan 16 hri pun kuning dkat mata baby masih ada juga..kenapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lara, akak nak komen pun susah gak nie, sebab akak tak tengok sendiri keadaan tu, akak rasa cuba Lara bawa baby ke klinik untuk pemeriksaan ye.

      Delete
  10. Trima kasih informasinya, salam dari indonesia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan,
      Terima kasih sudi ziarah blog akak. Moga mendpt manfaat buat pembaca. Amin.

      Delete
  11. Salam kak engku .. Masuk harini dh hari ke 12 bayi saya kuning , bayi saya kerap susu , berak & kencing juga normal & kerap .. Tapi bila cek kuning .. Doc. Cakap bayi saya kena kuning berpanjangan . Apakah cara terbaik utk saya rawat bayi sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Hanya perlu teruskan penyusuan ibu dengan lbh kerap tanpa mengira masa. Lakukan pemerilsaan di klinik untuk ketahui paras bilirubin ye. Tq

      Delete